Assalamualaikum. 4 Disember 2018 - budak Ainul Mardhiah dah masuk lapan bulan . Alhamdulillah. Setakat ni perkembangan ainul berjalan seperti kanak kanak normal yang lain, walaupun pre obesiti kata doktor . Dalam usia meningkat lapan bulan , ainul dah pandai berinteraksi dengan orang keliling. Dah pandai memberontak bila tak dapat sesuatu atau pun bila barang ditangannya diambil. Menjelar dan maju kedepan dah semakin laju. Dah pandai berkawan dan menyakat kawan. Pandai rebut permainan ditangan kawan juga. Mangsanya sudah pasti Iman Anaqi ( bff yang maq asuh tu ). Apa yang paling terkini , ainul sedang lagi berusaha nak ikut bff dia ( iman anaqi ) main panjat panjat tangga yang tersergam gagah kat dalam rumah maq ini.. Allah huakhbar ...lihat je video kat atas tu. Ainul dah boleh faham bila dihalang , dah reti buat muka sedih bila lihat orang menangis, dan dah kuat makan haha . Ofcause la ,kan cucu maq , selera mestilah sama dengan tok mak dia ,😂.. Paling...