Skip to main content

Amalan Tips Rayuan Haji

 


Sekadar pelepas rindu...

Bismillah,

Minggu lepas Maq ada ke pejabat Tabung Haji Batu Pahat.Ada sedikit urusan yang perlu uruskan disana.


Sewaktu berurusan Maq ada bertanya kepada pegawai tabung haji berkaitan rayuan haji.Bawah ni antara perbualan kami yang maq masih ingat lagi.


Maq : Cik , tumpang tanya.Andai kata saya sebagai pendeposit yang lambat daftar haji betul ke kena tunggu cukup 5 tahun baru boleh buat permohonan rayuan haji?


Pegawai THBP : owh tak perlu puan,kalau simpanan melebihi 15K puan dah layak buat rayuan haji melalui muassasah.Tapi nanti kos haji adalah bayaran penuh iaitu RM33300 pada tahun ini.


Maq : ooh ..saya sangka kena cukupkan jarak 5 tahun baru boleh buat rayuan.


Pegawai THBP : (sambil senyum meleret) tak perlu puan,sekarang pun puan dah boleh buat rayuan haji untuk musim haji tahun hadapan.


Maq : haaa? boleh dah? masyaallah ye ke? Fahaman saya ,yang sedang buat rayuan sekarang hanya untuk ikut PJH dan ikut mahram jek.


Pegawai THBP : tak puan, semua orang boleh buat rayuan haji.Yang kena ikut giliran tu untuk mereka yang nak guna harga muassasah B40 dan M40.Kalau yang tu memang lambat sebab kena tunggu giliran untuk tawaran.Kalau pendeposit mampu bayar harga penuh bagusnya buat rayuan saja dan bayar pada harga penuh semasa yang telah ditetapkan pada tahun tersebut.Dan boleh ikut dengan muassasah.


Maq : tapi tak semua rayuan tu boleh dapat tawaran kan? 


Pegawai THBP : ye puan,ikut rezeki masing masing.Terutama sekarang kesihatan adalah syarat wajib bagi jemaah.Tapi rayuan kan salah satu usaha kita.


Maq : ye betul,usaha. Masyaallah, sekarang barulah saya faham pasal rayuan haji ni.Sebab tahun giliran saya lama lagi ,masa giliran saya tu mungkin Malaysia ni entah ada lagi ke tak ? waallahu'alam heehee


Pegawai THBP : (senyum je) nanti di aplikasi thjari ,puan masuk dibahagian rayuan kemudian masukan sekali nama suami jugak.Boleh suami pergi sama sebagai mahram.


Maq angguk kepala tanda paham.Tapi dalam hati maq berbisik...


"haji itu ibadah yang perlukan ilmu.Kami kena ambil kursus haji dulu untuk mantapkan ilmu sebelum melakukan ibadah haji..."



Selepas semuanya selesai,maq pun beransur ansur keluar dari pejabat tabung haji bersama dengan sedikit ilmu tentang rayuan haji.


POV : Rajin sangat maq engko bertanya dengan orang tabung haji tu?


Maq : macam kata orang orang bijak pandai " biar tahu jangan keliru" haaaa.Maq just bertanya je bukan kena bayar apa pun,nak pergi haji nanti baru lah kena bayar.


Sekali tu waktu maq online pesbuk,jumpa pulak tips ni.Okey kita selit kejap dalam blog.Buat baca baca,mana tahu satu hari nanti berjasa.


Credit to owner,moga jadi jariah berpanjangan ,Aamiin.


~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•


TIPS RAYUAN HAJI :

1. Solat hajat, tahajud, taubat di sepertiga malam.


2. Bersedekah sekerapnya dan tidak perlu banyak tetapi istiqomah. Setiap hari. Walau seringgit sehari. Berniat supaya Allah jemput haji.


3. Bertalbiah dan beristighfar kala bersendirian sekerap2nya hingga menangis. Biasanya dalam kereta.Bayangkan kita benar benar berihram.


4. Menghadiri kursus haji selagi belum dipanggil Ilahi.Ikhlaskan hati agar sudi menjemput.


5. Setiap kali dengar orang pergi umrah atau haji sedekahkan sekurang kurang 100 riyal untuk disedekahkan di Madinah dan Mekah. Tidakkah 100 ribu dan 1000 ganjaran pahalanya? Niat yang sama agar dijemput haji.


Saya amalkan, selepas 3 tahun Allah panggil. Alhamdulillah. Ada yang 6 tahun berturut2 kursus haji baru dapat.Saya daftar 2010. Giliran 2024. Allah jemput 2018. ALLAHUAKBAR! Nikmat Allah yang manakah kita dustakan?


**Amalan Jemaah Haji


Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji Diuji Lagi

  Bismillah, Minggu ini rakyat bukan sahaja diuji dengan jerebu tebal hingga memaksa sekolah diarahkan  tutup. Bacaan ipu untuk daerah Batu Pahat pada malam ini,9/10/2026 jam :10:00malam Tapi yang lebih membimbangkan negara minggu ini bila sebahagian dari rakyat Malaysia ( pendeposit pendeposit di tabung haji ) diuji paling dasyat bilamana semua urusan ditabung haji telah tertangguh.Tabung haji telah offline! klik pada gambar untuk bacaan yang lebih jelas. Dah masuk hari ke empat aplikasi thijari tidak boleh di 'login'. Kenyataan tentang apa yang berlaku telah pun dinyatakan oleh pihak tabung haji dikesemua laman sosial mereka. Apa yang paling menyedihkan, pendeposit yang nak keluarkan wang mereka dibank pun tak boleh dilakukan kerana semua link tabung haji telah 'offline'. - Ada yang nak uruskan belanja harian tak dapat. -Ada yang nak bayar yuran kemasukan anak yang nak sambung belajar tak dapat. - Ada yang nak teruskan urusan tawaran haji 1448H pun tak dapat. Tabung h...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi." Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar Waktu Malam

Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema.  Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,jangan kena kat keluarga kami yang lain. Awal awal lagi maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu disebabkan kami tak sihat. Takut menjangkit. Maq risau terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung,kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,siapa tahan wey. Bosan tau...