Skip to main content

Tambah tanah dikubur abah

 

Bismillah,

Pada suatu petang seorang sahabat kampung hantar pesanan di aplikasi whastapp. Dia beritahu kubur arwah abah tanahnya dah semakin mendak ( bahasa orang Johor ) dengan perkataan lain tanah mendap @ tanahnya menurun.

Rasa maq baru sebulan lebih maq tak pergi ziarah kubur abah. Sebelum tu mendapnya hanya sedikit je.

Esoknya maq dan encik suami bergegas ke kampung Koris untuk lihat sendiri apa yang diberitahu.Jarak kawasan perkuburan Koris dengan rumah maq kurang lebih 20-25minit perjalanan.Kalau drive kereta baru dalam 15 minit sampai kot hahaha.

Ternyata memang betul.Tanah dalam kepok kubur abah dah tenggelam dalam anggaran 5-6inci macamtu.

Melihat dari pemukaan tanah dikawasan perkuburan itu memang merupakan kawasan tanah yang senang mendak.Maklomlah keliling kawasan situ memang dipenuhi dengan penanaman kelapa sawit.Risiko tanah terhakis sangat tinggi.


Maq ambil keputusan beli tanah di nursery. Jumlah untuk permulaan beli 16 bungkus.Kalau nak beli tanah guna lori kecil,takut terlebih lebih pulak.Sebab tanah dibawah kepok pun dah semakin berkurang.Macam perlu ditambah.Tapi nanti menyusahkan kerja orang lain yang nak berurusan disitu.So batalkan niat.

Jalan penyelesaian,beli tanah pokok je.Lagipun pokok jasmin yang ditanam di atas kubur abah pun macam kurang baja,harap harap dengan tambakkan tanah hitam tu,pokok akan jadi makin sihat dan segar.





Rupanya 16 pack tanah masih belum cukup. Kami cadangkan tanah hitam dan tanah baja akan ditutupi pula dengan batu batu kecil. Tujuannya supaya kepok tidak bersalut tanah hitam bila hari hujan nanti.Tapi disebabkan dikawasan kampung Koris hingga ke Pekan Senggarang tiada kedai yang menjual batu kecil,kami terpaksa tangguhkan kerja.Next...




Biarpun hujan lebat, kami sempat juga singgah rumah pusaka arwah abah.Sekadar lihat dari dalam kereta.Kosong saja rumah tersebut.Sunyi dan sayu.Keluarga kami hanya harapkan sepupu yang berjiran tolong jaga & bersihkan kawasan keliling rumah.Sejujurnya ,maq rindu suasana rumah itu yang dulu...

Alhamdulillah, akhirnya 4/7/2024  siap juga usaha yang kami rancangkan.2 beg batu kecil telah ditabur diatas kubur arwah abah.Itu pun masih belum dapat memenuhi ruang kepok yang mendak tu.Inshaallah,bagi kesesuaian dulu, kalau serasi,nanti beli lagi batu batu kecil tu.





Nampaknya masih berbaki 2 inci lagi untuk selaraskan ketinggian batu kecil dengan tinggi kepok. Inshaallah ziarah yang akan datang kami akan bawa 1 beg  batu kecil lagi. Dan sebagai waris kami akan pastikan sentiasa ambil masa untuk ziarah abah di "rumah ini".

Tujuan usaha ini semata mata untuk mengelak tanah kepok jadi semakin berkurang dan juga supaya kubur abah selesa dipandang.Tak lebih dari itu.

Maq pernah pesan kat anak anak,kalau maq dah mati,buat kubur maq macam gambar dibawah ini pun takpa,maq suka kubur paling ringkas.


Sumber gambar dari google **

Sebagai waris yang mana ahli keluarga nya telah dijemput Allah pulang, maq pesan ,ziarahlah kubur mereka.Bukan perlu ziarah hari hari tapi seberapa kerap yang anda mampu.Tujuan untuk memastikan " rumah arwah" tidak terbiar  dan tanahnya tidak terhakis.Dan keadaannya elok dan selesa dipandang.

Terdapat banyak juga "rumah" disitu ( tanah perkuburan Koris)  yang maq lihat telah rosak dan yang sudah berlubang pun ada.Semua itu berpunca dari struktur tanah yang hanyut dibawa oleh air hujan dan kayu keranda yang telah reput. Waallahua'lam..

Untuk semua penghuni dikawasan tanah perkuburan Koris,

Bismillahirohmanirahim,

Allahumargfirlahum,
warhamhum,
wa'afihi,
wa'fuanhum


Aamiin Allahhumma Aamiin...

Comments

POPULAR POSTS

Kes Covid 19 Apa cerita?

  Bismillah, Tercetus sejarah dalam diri maq bila baru baru ni maq diuji dengan demam. Tapi demam kali ni lain macam sakitnya.Badan rasa bisa bisa,kejap suhu tinggi,kejap gigil kesejukan,kejap berpeluh,lastly selsema dan terus hilang deria bau dan deria rasa.Teling pulak riuh berdesing. Demam kalini Maq tak pergi klinik pun ianya disebabkan anak bongsu pun kena jadi kami kongsi je ubat yang dia dapat dari KK Batu Pahat. Settle !Benda boleh dapat free buat apa nak bayar berpuluh RM kan sis? haha dasar kedek... Sejujurnya anak pergi KKBP pun sebab nak dapatkan MC,haaa dapatlah 2 hari.MC buat raso raso... Tapi terkejut juga bila anak maq diarah oleh doktor KKBP untuk beli alat ujian Covid19 difarmasi luar dan dia pun belikan set itu untuk maq juga. Akhirnya keputusan kami serupa.Kami positif covid 19... "Alaaaaa..Covid kan selsema biasaaa jeeeeee makcik...Bukan bahaya sangat puuuuuunnnn..." ye sis,dulu je bahaya sekarang dah tak,hahaha. You trylah demam dulu,nanti dapatlah you r

Gurauan si Scammer

  Bismillah, Setiap awal pagi maq akan log masuk akaun tiktok untuk buka kedai maq kat sana.Ceh ..padahal jadi affiliate je pun hehe Pagi tadi ,baru je log-in ,maq dah dapat pesanan kat DM. hmmm mementang maq guna gambar wanita yang bergincu tebal,kemain kau ek nak kenakan acik kau ni.Maq pun dengan rajinnya membalas lah pesanan tersebut. haaa..lepas tu terus je block akaun budak scammer yang chomel shangat tu.Banyak kerja lain yang maq nak kena buat scammer oii. Ye,salah satu kerja nya ialah ke tepian pantai hehehe Cantikkan pantai Bukit Batu ! Pagi ni selepas hantar si bongsu kerja dibandar Batu Pahat , maq dan encik suami sempat singgah ziarah kubur arwah abah di tanah perkuburan kampung Koris.Rindu sangat kat abah.Musim hujan macam sekarang ni,maq top up lagi 2 kampit batu putih kecil atas pusara abah.Sebab bulan lepas semasa kami pergi,ada lubang kecil dipusara abah tu.Tanah kubur berlubang sedalam 4-5inci.Dah 2 kali hal serupa belaku.Punca ? Hanya Allah yang maha mengetahui. Lepa

Khutbah Jumaat JDT

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم           *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*         INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT TARIKH : 27 September 20l9                  27 Muharam 1441 TAJUK  : Golongan Yang Tidak                  Diterima Amalannya                 1) Ingat- setiap amalan di dunia akan diadili di akhirat; Allah SWT tidak menzalimi hamba2Nya; setiap amalan akan dibentangkan; ada amalan yang diterima; ada amalan yg ditolak Allah. 2) Firman Allah Surah Al-Furqan/23 bermaksud: "Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yg mereka telah kerjakan dari jenis amal (yg mereka pandang baik) lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yg berterbangan". 3) Penjelasan maksud ayat :- 3.1) Di akhirat terdapat golongan yg ketika di dunia membawa banyak amalan yg dipandang sebagai amalan baik. 3.2) Semua amalan menjadi debu berterbangan sebab Allah tidak terima amalan2 tersebut. 4) Asbab amalan2 ditolak- dicemari dengan sifat2 mazmuma

Calon SPM 2019

Assalamualaikum. Ini Aida ❤ Aida anak bongsu maq. Tahun ni beliau akan menduduki SPM. Pejam celik ,pejam celik , sekejapnya masa berlalu. Rasanya baru je semalam Aida menangis taknak pergi sekolah tadika. Merengek depan cikgu ,kononnya rindu kat emak dia dirumah , nak balik ,nak jumpa emak dia ,sayang sangat dekat emak dia. Tup tup  2019 dah nak ambil SPM. Besar sudah anak makcik ! Alhamdulillah ,Terima kasih Allah. Tak terasa letih pun membesarkan Aida. Dia ni jenis anak yang tak banyak bantah cakap orang tuanya. Kalini, SPM Aida tak sama macam kakak kakak dia dulu. Along dulu masuk kelas Sains dan Ety pulak ICT . Sedang aida pula kelas akaun & perniagaan.  Dengan sistem pembelajaran yang baru dinaik taraf sekarang ni , maq langsung tak dapat nak membantu.  Serba serbi aida handle sendiri. Kerja sekolah ,nota , kerja krusus , kerja itu ,kerja ini , memang semua dia buat sendiri. Antara sebabnya juga,maq dulu pun masuk kelas sains, tu yang maq tak dapat nak bantu aida

Result pemeriksaan darah sangat mengejutkan

Assalamualaikum.  3hb Ogos yang lalu maq pergi ambil  keputusan pemeriksaan darah yang telah dilakukan 2 minggu sebelum tarikh tu.  Di Klinik kesihatan Batu Pahat.  Apa yang sangat mengejutkan Maq, keputusan kali ini sangat sangat tidak maq jangkakan. Kadar kolestrol dalam darah maq semakin tinggi!  Dan disebabkan hal yang demikian,  akhirnya maq diarahkan tambah lagi dos ubat kolestrol. Salah maq jugak. Sebelum ni doktor bagi ubat suruh maq makan ½ biji setiap malam tapi maq makan ½ biji 2-3 malam sekali. Hmmm.. Makan vitamin tapi tak makan ubat, rupanya tidak dapat nak membantu keputusan pemeriksaan. Malah lebih tinggi dari keputusan keputusan sebelum!  Allahhu akhbar.    Dan lepas maq dapat tahu kolestrol maq semakin naik tinggi,  akhirnya dibilik doktor,  tekanan darah maq pulak dikesan naik tinggi! Mendadak!  Doktor buat pemeriksaan hingga 4 kali dan keputusan bp masih tahap tinggi! Ujian apa kali ini? 😭 Allahhu akhbar...  Ye, semua ni salah maq sendiri. Maq ngaku.Dan akhirnya se

2024 Tahun Pergi Pantai

Bismillah , Macam tak percaya tapi itu lah kenyataannya. Rupanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini,banyak pantai yang maq dah pergi..Antara yang sempat dirakamkan ada dibawah,jom scroll. Bawah ini gambar 24/8/2024-Santai santai diPantai Punggur ,Rengit,Johor .Sambil bersantai makan kerepek dari Azhar food,Sedap... Bawah ni pula memori 4/8/2024 - menikmati keindahan Pantai Puteri ,Melaka. Bawah ni kenangan 26/7/2024-Melihat matahari terbenam di Pantai Sri Menanti,Muar. Bawah ni pula 20/7/2024 - santai santai di pantai Minyak Beku ,Batu Pahat. Walaupun hanya pergi ke pantai pantai yang berdekatan saja namun ia amat bermakna bagi maq untuk rehatkan minda . Sebenarnya ada banyak lagi pantai yang kami bertiga dah pergi dalam tahun 2024 ni.Cumanya takda gambar yang boleh disimpan disini. Sekarang maq dah tak berapa rajin nak ambil gambar.Semenjak dah bercucu ni terasa malu pula nak pegang fon ditempat ramai orang. Bak kata anak anak ,semua ini faktor usia. Antara pantai lain yang kami da

Petua Zaman Maq Kecil

Assalamualaikum. Agak agaknya yang dikata zaman maq kecil tu tahun bila lah ye? Maq rasa ramai dikalangan anda belum lahir lagi masa tu , hehe. Petua petua yang  menjdi amalan di zaman maq kecil ini kekadang bila difikirkan semula sepertinya tak masuk dek akal ,tapi itulah amalan kami dulu kala.. Fuh macamlah maq hidup dizaman purba pulak , hiks 🙊 Nostalgia 1978- pegang tabung unta 😂  rambut potong senget kat dahi tu anggaplah itu adalah fesyen Petua 1 : bila semut masuk dalam telinga ,nak buat apa? Haa kalau semut masuk lubang telinga  belah kiri, tutuplah lubang telinga belah kanan, dan kalau semut masuk  lubang telinga kanan ,tutup lubang telinga belah kiri pulak. Inshaallah semut akan keluar , sebab katanya laluan dah diblock , so dia terpaksa buat u turn,  undur  kebelakang dan undur ,akhirnya terkeluar dari lubang telinga. Mujarab ke petua ni ? Ye , Lulus !! Macam tak logik kan? Maha suci Allah.. Petua 2 : tercekik tulang ikan ketika sedang  makan. Nak buat ap

Tanda Ikan Sudah Masak

Assalamualaikum. Bila ada anak perempuan , serba sedikit hal "kedapuran" mereka kena ambil tahu jugak. Pernah satu hari anak maq tanya :  mak , apa tanda ikan yang kita masak tu dah cukup masak? Maq : " pertama tengok biji mata ikan tu ,kalau dah terjengil keluar ,itulah tanda ikan tu dah cukup masak. Kedua tengok pada bahagian ekor ( lihat gambar atas ) kalau isi ikan tu sudah merekah dari tulangnya ,itulah tanda ikan itu dah masak sempurna. Tapi dalam gambar tu ,ikan tu dah macam terlebih masak ,heee  Tips ini bagi memasak ikan ikan kecil sahaja . Kalau ikan yang besar  tipsnya lain pulak.  Apa pun bagi yang sedang berjinak jinak nak duduk dapur ,mudah mudahan tips ini berguna . Inshaa Allah.

Kisah Sejadah Kecil

Sejadah saiz kecil ini pemberian seorang tuan rumah yang maq hadiri majlis tahlil dan yasin dirumah beliau. Sebelumni maq hanya guna bila keluar berjalan jauh. Untuk permudahkan diri sendiri kalau nak solat dimana mana sekalipun. Sejadah biasa biasa je . Made in Turkiye.  Memang takda yang pelik pun, tapi ketika dihadapan Kaabah ,satu kisah pelik sudah berlaku..  Kisahnya macamni.. Bila ditanah haram , antara barang yang sentiasa perlu ada bagi diri maq sendiri ialah beg kasut , sejadah kecil , spray berisi air bersih untuk whuduk dan pengenalan diri . ( tags yang ejen buatkan ,disangkut pada leher ) Ketika maq dan keluarga lain nak solat di depan pintu Kaabah pada satu petang. Kami pun tercari cari ruang untuk penuhkan saff. Dan akhirnya , maq , ibu serta adik perempuan dapat penuhkan saff yang berhampiran dengan tong air zam zam.  Dalam 2/3meter jarak dari tong. Maq pun bentangkan sejadah disitu , untuk lakukan solat sunat masuk masjid. Ketika siap sol

Cara Pagar Rumah

Assalamualaikum. Dengan izin Allah ,harini maq dapat satu cara  bagaimana nak pagar rumah. Maksud pagar ini ialah kita beri perlindungan kepada persekitaran rumah kita dan seisinya. Sesungguhnya ianya tak pernah terfikir oleh maq selama ini tapi kata dari Pengamal perubatan Ruqyah , inilah cara paling power diamalkan. Dan sangat simple tapi berkesan. Apakah ia? Baca pada gambar dibawah ini. Nasihat maq : Kalau gambar tak jelas ,sila klik kat gambar tersebut. Nah..ternyata bacaan Bismillah yang setiap kali dibaca  kalau kita nak masuk rumah ,nak makan ,nak masak dan nak buat apa kerja sekali pun ,itulah pendinding bagi diri kita dan seisi rumah kita. Alhamdulillah.. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua. InshaAllah. Lepasni jangan lupa baca Bismillah setiap kali nak masuk ke rumah dan ketika hendak makan.. Gambar sekadar hiasan. Sumber dari :  Facebook Encik Suami 😁