Skip to main content

Beby Ayash cucu simpanan

 


Bismillah,

Sebelum tidur ,masuk kejap blog kawan kawan blogger yang masih aktif blogging.Tahniah buat mereka yang masih seronok berkongsi moment dan info menarik.Maq dah jarang dah berblog. Bukan malas eah tapi masa maq sekarangni sangatlah terhad.


Bila dah umur lebih 50 dan jadi babysitter semula,dia punya letih memang lain macam.Walaupun hanya melayan sorang baby je.

Contohnya dalam video atas ni, diajaknya kita main lari lari,aduhhaii,boleh terpele'ot lutut ni lahai...


Maq ingat lagi,masa memuda dulu bangun pukul 5.45 pagi.Sekarang ni dah level wargaemas ,pukul 4.00 ~4.30am dah kena bangun,buat rutin harian yang orang orang usia senja selalu buat.


Itu nanti berjaga sampailah pukul 10.00malam. Kalau ada rezki dapatlah lelapkan mata sekejap sementara tunggu azan zohor,kalau baby tak mahu tidur,jawapnya sampai ke malamlah mata ini celik.Kadang sampai terlelap sambil duduk.



Maq suruh baby kecik tu tidur tapi baby tua pulak yang lena.


Inilah peneman maq & encik suami sekarang ni.Bila anak anak & cucu cucu tak dapat nak balik.Terima kasih Allah untuk pinjaman yang satu ini.Dah setahun dah maq jaga dia.Inilah anak asuhan kami,tapi kami anggap sebagai "cucu simpanan" haha bukan perempuan/lelaki simpanan tau!


Alhamdulillah,makin aktif dia sekarang ni.So maq dan encik suami pun sama sama jadi aktif terkejar kesana kesini melayan baby. Haa boleh jugalah keluarkan peluh biarpun cuma duduk dalam rumah.

Terima kasih Mummy & Daddy Naail sebab percayakan kami.


Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Amalan 5-8

Jangan Tinggal Solat

Kelas Dhuha Bulan Rejab 1446H

Sembang Emas Diusia Tua

Roti Puri Musim Hujan

Paksa Diri Solat Tahajjud

Amalkan dua doa ini ketika musim penyakit

Tips Rezeki Lancar

KKBP Cashless Payment

3 Kacang Ketot Tok Maq