Pertamakali ke Rumah rakit

 

Bismillah ,

Pada 9hb Mac 2023,Maq dan adik adik bawa ibu kami pergi berkelah sambil memancing.Dekat area mana ? Kawasannya tak jauh dari Pasir Gudang ( Jeti Kong Kong )

Kami menyewa 3 unit homestay untuk bermalam selama 3 hari 2 malam disitu termasuklah rumah rakit.

Selepas saja check in , Pertamakalinya ,maq cabar diri maq untuk ke rumah rakit. Sedang elok waktu tu air sungai tengah pasang ,jadinya titian ke rumah rakit tu melandai diatas air.Maq rasa tak seram sangat nak melintas.

Gambar bawah adalah sewaktu maq pergi pertamakali ,waktu tu air sedang surut.Maq rasa gayat nak meniti.


Gambar bawah ni pulak,pemandangan pagi,waktu matahari baru nak terbit.Cantikkan! Haa tengokla titi tu,menjunam gila sebab air sungai sedang surut.Kering darah nak turun.Mujur hanya hero hero je yang tidur kat situ.Heroin comel tidur kat homestay kat darat.


Homestay rumah rakit ni adalah homestay yang terapung diatas air sungai,tempat kaki pancing melayan joran,umpan dan layan perasaan.

Ngerinya kat sini bila rumah tu bergerak gerak dipukul arus sungai, angin pun boleh tahan kemain kencang dia bertiup , haishhh...debo kuat jantung sis memulanya. Tapi bila dah jejak kaki atas lantai rumah tu,dah lega dah ..hidupkan ujian heheheh kerek pulak rasa!

Masani baru check in,Gambar bersama Bonda tercinta.Belakang tulah rumah rakitnya.

ceh..dah sampai...bolehlah tarik nafas lega .Kalau tak taunya  asyik cakap takut..takut. Hmmm badan je besar tapi hati kecil hehehe

Aida pun pertamakali meniti titian ke rumah rakit.Tengok je arus sungai tu,mesti korang dah tahu macamana kuatnya angin bertiup masatu.Cobaannnn...

Atas darat tu homestay kami sewa jugak,tempat tidur ,masak masak dan makan makan bersama keluarga.Ada 2 bilik , 1 toilet ,dan kawasan dalamnya pun sangat selesa.

ceh , bersenang lenang duduk atas air tu,padahal jantung dan kepala rasa melayang layang diayun gegaran arus air sungai memukul rumah rakit.

maq tak reti mancing,main fon maq retilah

Sangat indah dan tenang.Maq suka...
Keindahan kehidupan nelayan.Kelihatan sangat semulajadi dikawasan ni.SubhanAllah..


Di sebelah malamnya ,adik lelaki keluarkan booter miliknya.Apa tu booter? bot pelampung tulah yang maq kata booter.






Kata adik maq ,esok kita pusing pusing kawasan sungai ni . Jalan jalan ambil angin.Allahhu, berani ke maq ?!!makin debo jantung nak tunggu esok haha


Keesokkan harinya !!Bila adik lelaki pelawa berkali kali ,akhirnya dengan berjubah ,maq join dia naik booter.Bismillah 1000 kali dibaca ketika turun titi tu.Untuk menutup yang tak sepatutnya, maq terpaksa edit video kat tiktok hehehe maaf


Layan kejap suara arus sungai...


Seronok betul berehat disini.Bawah ini antara kenangan lain yang sempat maq simpan.















Alhamdulillah, tertunai hajat nak bawa bonda bersantai santai disini sebelum tiba ramadhan.

Terima kasih kepada semua yang hadir,yang berkongsi rezeki dan yang berkongsi masa dan tenaga.Semoga Allah berkati semua usaha kalian. 

Selamat berpuasa hari yang ke 5.Salam sayang dari Maqnie 

Popular Posts