Assalamualaikum,
18/7/2022 maq sempat singgah ke galeri ustazah Asma Harun yang terletak di bandar Senawang,Negeri Sembilan.
Rupanya tak susah pun nak cari galeri ustazah ni. Exit tol Senawang ,belok sana ,belok sini , masuk simpang sana , keluar simpang sini , dah sampai. Nak lebih mudah ,cari Pasaraya Mydin Senawang ,diaorang pakat pakat duduk area sama je tu.
Beli apa kat galeri tu?
Kami cari jubah untuk encik suami dan Maq pulak beli kurma tangkai sebagai ole ole dari Senawang untuk anak cucu dirumah. Sebetulnya takda plan pun nak ke galeri tapi disebabkan dah lalu,so singgahlah sekejap untuk ' mencuci mata '
Eaah..macam shopping balik umrah pulak ek! bawa kurma dan jubah.
Ok,itu cerita 18/7/2022. Sekarang maq nak cerita terkini pasal galeri Ustazah tu. Jom baca bawah ni.
JUALAN HARGA GUDANG TERBESAR SEHINGGA 70% DI GALERI USTAZAH ASMA’ HARUN 😃🎊✨
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 ✊, Galeri Ustazah Asma’ Harun berbesar hati menawarkan harga istimewa buat sahabat yang sentiasa menyokong perjuangan jihad ekonomi ini. ✊🏻
Buat julung kalinya, Jualan Harga Gudang Galeri Ustazah Asma’ Harun melancarkan potongan sehingga 70% bermula dari 25 Ogos sehingga 11 September 2022.
Untuk pengetahuan sahabat, busana yang ditawarkan mempunyai permintaan tinggi dan 'in trend design', didatangkan pula dengan pelbagai warna yang pasti menarik hati.
Sahabat semua boleh dapatkan juga pelbagai koleksi pakaian lain seperti telekung, baju kurung, jubah dan banyak lagi pilihan yang ada di sini. 🌹
Bagi sahabat yang jauh di mata dan dekat di hati, usah bimbang pembelian sahabat juga boleh terus di buat melalui kedai Shopee kami :
https://shopee.com.my/galeriuah
atau terus ke galeri :
GALERI USTAZAH ASMA' HARUN (HQ NGERI SEMBILAN)
📍No 96-G, Jalan BPS 6,
Bandar Prima Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan.
atau di
GALERI USTAZAH ASMA' HARUN (OUTLET TERENGGANU)
📍MBKT - 22115-C
Jalan Tengku Omar
Wakaf Tembesu
21300 Kuala Terengganu
Terima kasih tidak terhingga buat semua sahabat yang sudi membeli sambil memberi di Galeri Ustazah Asma' Harun. Semoga setiap ikhtiar jihad ekonomi ini terus dalam lindungan rahmatNya. 🤲🏻
JEMPUT DATANG RAMAI-RAMAI YA. 😃🌹
#GaleriUAH
#UAHSahabatDuniaAkhirat
ok readers ,bagi maq ini je cara kita nak bantu bangsa kita berniaga. Hati rasa seronok bila tengok bangsa sendiri berjaya dan berusaha nak bantu ramai orang dalam perniagaannya.
Jom ramai ramai kita support ustazah Asma' berniaga !
Gambar kenangan 20/8/2022-Maq dan adik terserempak dengan Ustazah dihadapan galeri beliau.Terus kami dipelawa bergambar bersama..SubhanAllah..peramah sungguh orangnya.
Comments