Assalamualaikum.
Harini saja nak kongsi kisah maq beli cermin mata kat Focus Point,Batu Pahat.
Mulanya malas nak keluarkan duit untuk sepasang cermin mata baru sebab yang lama pakai ni sangat selesa cuma sekarang ni rabun jauh macam bermasalah kat maq.
Lagipun doktor klinik pakar mata memang suruh buat baru katanya nak tahu kesan pada bola mata maq yang berbentuk oval ni dengan power sebelah tinggi ,sebelah lagi rendah...
Bila dah masuk kedalam kedai baru tahu ,rupanya yang promosi tu jenis kanta orang baru nak belajar jadi rabun, hahaha dan Maq sah sah terkeluar dari senarai! sedih..
Inilah punca maq tak layak dapat harga promosi tu.Power mata maq dah naik 900 Kanan ,700 kiri. Sebelum ni 625/600 je.
pekerja kedai : Dah berapa lama tak tukar cermin mata kak?
maqnie : last tukar 2019.
pekerja kedai : power mata akak naik mendadak ni, tinggi sangat! akak tak layak untuk cermin yang tebal tapi kena guna cermin yang nipis.
okey sekarang baru maq paham ,
- Cermin tebal untuk power yang rendah
- Cermin nipis untuk power yang tinggi.
Pilih yang macam ni.
- paling murah
- paling lasak
+rabun jauh
+rabun silau
total : RM 480.00
bingkai ambil yang harga promosi : RM 88.00 sahaja! Kalini maq cuba tak ambil untuk rabun dekat sebab nak jimat kos.Hahaha cerita sebenar lepastu ,bila staff kedai whatsApp ...
okeylah , semua ni silap dari maq..nak sangat berjimat tapi akhirnya sendiri yang pening...😂
Comments
Post a Comment