Haiwan sebagai petunjuk
Assalamualaikum
Masuk sudah ramadhan ke 14 ,esok dah hari ke 15 ! Lajunya masa berjalan. Rasanya baru beberapa hari bangun sahur.
Fenomena di Malaysia dalam bukan puasa ini sudah seringkali kita lihat . Bazar makanan yang merata rata tempat. Harga ayam yang naik , pusat beli belah yang meriah dikunjungi , kuih muih raya yang berbagai jenis sudah dipasarkan . Tukang jahit sudah tak senang duduk sejak 2 bulan lepas . Dan banyak lagi yang kerap sangat kita lihat . Padahal masih dibulan puasa ,namun sambutan bulan shawal dah terlebih dari bulan ramadhan . Macamana tu ?
Kuala Lumpur ,Malaysia ! Baru baru ni dikejutkan dengan kehadiran burung unta berlari laju dihighway MRM . Dan hari ni , seekor kuda hitam pula kelihatan berlari . Apa yang menariknya ,kedua haiwan ini memilih lorong kanan untuk meneruskan perjalanannya . Berlari sekencang boleh tanpa teragak agak dan tidak mengganggu lalu lintas yang sangat sibuk itu.
Biarpun datang haiwan ini merupakah kesan tidak sengaja penjaganya ,namun bila maq perati , kejadian itu sungguh menakjubkan. Apa pendapat Maq ?
Subhanallah , sebelum tiba bulan ramadhan , Malaysia telah dihebohkan dengan sikap pengguna jalan raya yang melalui lorong kecemasan sehingga menjadi viral di media social , dan malah telah menyebabkan kematian kepada mangsa kemalangan akibat ambulan yang tersekat dilaluan kecemasan dihighway. Makanya pada maq , Maha suci Allah , betapa berakalnya haiwan melebihi akal manusia diakhir zaman ini .
Secara sedar atau tidak , biarpun secara kebetulan , Allah telah datangkan 2 haiwan ini sebagai motivasi kepada semua pengguna jalan raya dibulan ramadhan yg mulia ini , apa motif ? Ye , sebagai petunjuk bahawa .. HAIWAN ITU LEBIH TAHU , lorong manakah yang sepatutnya dilalui ,lorong manakah yang selamat, laluan manakah yang tidak mengganggu pengguna jalanraya yang lain , haiwan pun tahu nak cepat , haiwan pun tahu hormat pada pengguna pengguna jalanraya lain .
SEDANGKAN MANUSIA ???? Biarpun disaman berkali kali , kemalangan berkali , kejap je taubat ,dua tiga bulan selepas tu buat semula .
Persoalannya : siapa lebih berakal guna jalan raya pada zaman sekarang ? Haiwan atau manusia?Mungkin lepas ni gajah pulak ambil bahagian? Allah Maha melihat , Allah maha mengetahui . Allah huakbar *