Skip to main content

Bila babysitter menjahit


Assalamualaikum

Bila nak datangnya Shawal , kadang tu kita hampir je lupa yang Ramadhan masih disamping .namun berianya nak sambut Shawal mengalahkan sambutan Ramadhan yang mana bulan keberkatan buat seluruh umat manusia.Lumrah kehidupan, sering aja menyingkap yang belum pasti tapi yang disisi tak di ambil peduli. Allah huakbar ..

Bila babysitter menjahit ? perkara lucu yang buat ada  rasa sedikit tertekan malahan kecewa pun ada . Hehehe sendiri cari pasal !

Pada bulan Shawal TAHUN LEPAS ,ibu maq ada beli sejumlah kain langsir dikawasan Nilai 3 . Ketika itu beliau pergi beraya dirumah adiknya disana.

Seperti tahun yang sebelumnya ,setiapkali beli langsir ,maq lah tukang jahitnya. Okey ..nak dijadikan cerita ,biar pun masa tu maq bakal mengasuh 2 orang baby yang bakal lahir , maq sanggup . Kononnya sambil sambil . Lagipun ada masa lagi setahun kan !


Kawan Mat Jenin suka berangan angan..heee

Bila masuk tahun 2016 ( tahun baru ) maq cuma mengasuh .seorang baby dan 2 orang kanak kanak , kerana sorang lagi sudah dijaga oleh mamanya sendiri . Okey ,masa untuk  ambil ukuran bagi tingkap tingkap  dan pintu ,kemudian gunting lah 30 meter kain langsir tersebut . Okey langsir 30 meter sudah siap digunting !! 😉

Terus jahit ?? Tak pun .. alaaaa nanti lah ,bulan puasa kan banyak rehat ,tak masak tengahari , nanti bila anak asuhan cuti ,bolehlah menjahit .. lagi pun anak nombor dua akan balik cuti sem sebulan ,dapatlah dia bantu bantu ( detik hati maq )

Bila sehari lagi nak puasa ,jiran maq  minta maq jagakan cucu sulungnya ,kerana  menantu perempuannya akan bekerja . Nah !! Rasa tak sampai dihati pulak bila jiran minta tolong.

Okey lah , saya terima , anak pun ada balik bercuti ni ,nanti  dia boleh sama sama jaga.

Haizzz .. janji seorang baby sitter ! Langsir 30 meter  masih tidak disentuh lagi  ðŸ˜‚.

Hari pertama puasa , maq rancang , akan menjahit sambil mengasuh 2 orang baby 7 dan 4 bulan  dan 2 orang kanak kanak berusia 2 tahun lebih . Okey ..meriah !! 😂😂 namun disebabkan dah biasa , maq anggap takpalah biasalah ni , minggu pertama , agak kalut sikit ,  nak sesuaikan keadaan ,kena sabar .

Tapi bila mula je nak menjahit ! Allah hu akbar ..mesin jahit rosak !!! Mata jahitan melompat lompat ,jarak antara satu sangat teruk. Kejap kecil ,kejap besar ,kadang sampai 2,3 inci lompatannya . Nah !!! Puas maq belek, maq adjust mesin tu , ambil jugak masa 4,5 hari asyik melayan mesin yang dah lama diperam ! Masih gagal. Nak beli mesin baru ? Ala  nak raya  kot , banyak benda nak kena beli .

Memang sah !! Mesin jahit maq sudah rosak !bagaimana dengan langsir 30 meter yang sudah dipotong tu ? Adeh bingung ! Rupanya bila maq tanya jiran , dia kata ,jenis kain JC yang maq jahit tu memang kekadang tak sesuai dengan mesin jahit yang biasa biasa ni . Ada mesin khas . Allah hu .. kenapa lah maq boleh tak tahu .

Maq call ibu , beritahu hal yang sebenarnya , akhirnya ibu suruh maq belikan kain langsir baru , yang mesin maq boleh jahit. Sebab  ketila jahit kain jenis cotton , takda masaalah pun.Nak beli lagi langsir 30 meter ?  Nak gunting lagi ? Ukuran pulak  dah dibuang ! Bila nak mencarinya ? Sempat ke ?  Sedang waktu jagaan maq pun dah berubah , sebab ada anak asuhan yang parentnya kerja shif , makanya maq memang ngasuh 7 hari FULL !tiada istilah cuti !

Dalam masa yang sama , anak asuhan maq sorang  demam nak tumbuh gigi ,asyik merengek sakit,manakala baby baru tu pulak dalam proses suai kenal , Allah hu akbar  ,memang menduga !

Akhirnya maq dapat  idea , cari langsir dah siap  ! Dengan ditemani suami dan anak anak ,selepas waktu mengasuh ,maq kena  tahan sikit rasa letih kerja dan letih puasa , akhirnya  tak  sampai 20 minit dikedai langsir  , Allah permudahkan urusan ,bila pergi ke MK , diJalan Keluang , Batu Pahat,  JUMPA !!! Alhamdulillah , walaupun bukan  kain langsir jenis JC . Rasanya ianya dapat membantu. Terima kasih Allah ..




Harini , masih menjahit , dalam proses menjahit kepala langsir pulak. Mohon Allah permudahkan  urusan ini demi ibu tersayang . Maq pujuk mesin untuk lakukan yang terbaik demi hajat ibu nak langsir baru tahun ni .




Harap hasil usaha kali ini diterima , maq pasrah sebab mata jahitan masih kurang memuaskan tapi memang kena buat jugak ,nak hantar ke rumah tukang jahit dikawasan rumah ,rasanya  memang akan ditolak sebab mereka pun sibok sekaramg ni .

Maq mengaku , Semua ni silap maq kerana suka menangguh nangguhkan kerja ,padahal dah tahu maq juga seorang baby sitter FULLTIME !

P/s .. mesin jahit tu dah berusia 14 tahun , agak agak ada sponser tak ? 🙊🙊

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Idea Kosong Dibulan September

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! Yeeeee betuuuuul, Idea betul betul kosong giler bulan ini. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin serabut nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka. Nanti kalau dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum.

Adam Aisy Anti Sosial?

Bismillah, Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?  Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja. Sebenarnya takda pun. Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.  Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !  Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu. Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak. Adam Aisy? Kemas rumah pun rajin! Perabut jati kat rumah maq pun dia suka alih alihkan.Aktiviti deko bersama Adam Aisy ! Padahal kerusi madura tu elok da...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Hilangkan Rasa Lenguh

Bismillah, Ustaz Nik Bakri telah berkongsi kepada acik acik yang kerap diuji lenguh lenguh bahagian badan. Dibawah ini adalah antara yang ustaz ijazahkan kepada penonton dan jemaah yang bertanya. Mula mula , **baca surah  Al Fatihah 1x **baca selawat 3x **Baca ayat ni, **Kemudian ,tepuk tepuk ditempat yang lenguh itu. Inshaallah boleh diamalkan sebagai rawatan harian untuk diri sendiri. Dah tua tua ni memang mudah kena sakit sakit badan ,pening kepala dan macam macam lagi penyakit.Minta kat Allah kesembuhan.Makan ubat itu hanya ikhtiar.  Moga beri manfaat.

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌

Peak Season Pengaruhi Emosi Jemaah

  Bismillah, Kalau korang rajin berlaman sosial sebulan dua ni,confirm korang akan jumpa cerita cerita yang tak sedap dibaca mengenai travel travel agent yang ada di negara kita.Macam macam isu telah diviralkan. Maq pernah terbaca luahan hati sorang hamba Allah yang khabarnya travel agent dah aniaya dia sekeluarga,beliau juga mendoakan agar agensi tu melingkup bankrup asbab masalah hotel yang tidak menepati perjanjian dalam package yang jemaah tersebut sudah booking. Maq tak berani nak komen lebih lebih mengenai beliau sebab maq faham,hati yang tersakiti akan hilang pertimbangan. Cuma nak pesan ,hati hati, sebabnya masa ini jugalah syaitanirojim akan mencelah diri untuk ambil bahagian. Jom layan video video dari Ustaz Syakirin  sekejap. Moga kita dapat sedikit ilmu sewaktu lakukan haji dan umrah di 2 kota suci Mekah & Madinah. Seperti yang maq pernah kongsi pengalaman umrah maq pada post tahun lalu, 2 kali maq buat umrah dengan 2  agent travel, 2 kali juga kami dituka...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Ety try Silicone Glaze

  Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan. Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus. Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety dah guna silicone glaze apa hasilnya? jom kita tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip to...