Bila maq tak dapat masuk dashboard



Assalamualaikum

Bila hari cuti dan anak asuhan cuma seorang , maq berpeluang online blog guna notebook . sebab nak pastikan post yang sebelum ni tidak over pada presentationnya pada awam. sebab pernah dulu , asyik sangat buat post guna tab , Rupanya hasil kerja besar gedabak , Orang buta pun boleh baca entri maq. hehehe magik nya ! Tak memasal  cakap magik, padahal silap sendiri heee ^^

Tapi apa sudah jadi dengan notebook maq kali ni amat memeranjatkan sekali. Maq tak dapat kebenaran nak masuk dashboard blog SENDIRI!!Apa tindakan maq ? Mestilah tanya pakar gadget , iaitu anak sulung maq, sebabnya ? beliau bukan lah pakar  komputer pun tapi beliau akan kontak tunangan beliau yang merupakan seorang juru teknik komputer .


share the problem with her love *

Apa yang problem sebenarnya ?



Lawak je bila diberitahu :

~pergi ke setting ,
~cari date setting

Hahha al kisah rupanya date ( haribulan ) sudah lari . Boleh pulak diset date sebulan sebelum - 23.2.2016 dan jam pun lari 3 minit.  dan bila anak maq set date dan jam yang betul , Alhamdulillah, semua nya kembali kepada asal,

Yes ok sudah~

Yelah kan, kalau tak ok , macamana maq nak update entri yang ni kan ? Mungkin orang lain sudah tahu jenis permasaalahan yang macamini , tapi bagi maq ,ini merupakan pengalaman pertama maq , nyaris nyaris maq format semula tadi , Tak memasal terbang la wang yang semakin hari SEMAKIN  *mahal* nilainya  .

hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Berkorban Apa Sahaja

Himpunan Doa Arafah 2025

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Santai Petang Di Kuala Lumpur

Jangan tunggu lama lama