Skip to main content

Maq dan GST






Assalammualaikum

Dah pun masuk hari kedua bulan april 2015 .bermakna juga dah dua hari GST berlangsung di Malaysia .

Apakah GST  dimata maq ?

"GOMEN SERVICE TAXS" kan? Ala gitulah lebih kurang ,lelebih maq tak tahu ,maklum pelajar lepasan SPM  je maqnie ni. Lagi pun maq mudah nak paham kalau ayatnya macam tu . So simple ! Eh kalau cakap melayunya ianya berbunyi "CUKAI PERKHIDMATAN KERAJAAN "  betul tak ?

Mulanya maq fikirkan semua barang kena cukai , rupanya mula mula macam tak semua tapi akhir akhir nanti pasti semua . Sebab ramai orang ambil kesempatan atas  cukai perkhidmatan kerajaan ini .

Daftar atau tidak , masing masing main bedal je cakap GST . Ada sesetengah kes  tu ,GST  dia dah jalankan tapi bila ditanya resit ,boleh pulak cakap belum pasang lagi . Ishh nak kaut untung laju tapi syarat syarat utama lambat pulak nak ikut .

Apa yg maq bimbang  sekarang ni , apalah nasib orang orang tua yg tak tahu apa apa pun  pasal GST  ni , bagaimana la diaorang nanti nak berbelanja , sedang kita yg boleh membaca ni , masih terkial kial nak memahami syarat syarat GST , bagaimana dengan mereka ? Kesiankan . Tak pasal pasal , duit habis dipotong oleh GST dari orang yang  tidak bertanggungjawab .

Kalau anda bijak menilai erti rezki , Ye betul ...rezki kita datangnya dari nikmat Allah ,so , ada baiknya kita serahkan je semua kepada kuasa Allah . Kita jangan berhenti untuk berdoa agar GST  tidak memburukkan lagi keadaan ekonomi keluarga kita dan semuanya . Dan mohon diberi pula pahala kerana kita berjaya bersabar dengan dugaan GST ini .

Mungkin kita masih terlalu awal untuk merasa selesa dengan GST  namun demi keluarga , berusaha la untuk sebuah kebahagiaan dan keselesaan hidup . GST tidak akan memiskinkan kita jika kita rajin bersabar  ,bijak berbelanja , dan paham maksud GST  tu . Pastikan tidak menjadi mangsa penipuan perniaga dan minta lah resit pada tiap urusan jual beli .

**Bila perniaga nak cari untung , pastikan kita tidak dibohong !**

Inilah pendapat maq pasal GST di Malaysia . Apa pula pendapat anda?


Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?