Cakap bukan sembarang cakap



Assalammualaikum

Pukul 12:30 tengahari masa untuk maq rehat . Rehat maksudnya disini selepas siap memasak , kemas rumah , mop lantai ,sapu habuk ,cuci baju , cuci pinggan . Melayan anak anak asuhan Qaisara dan Qasdina . 


Nah ... waktu inilah maq peruntukkan untuk merehatkan otot dan urat saraf .ahha maq memang kena rest sebentar kot ,kalau tak nanti boleh "jem" tenaga yg ada ni .



Sementara tunggu Qiqi dan Auff balik sekolah , lazimnya maq akan menuntun tv bersama dua baby Q ini , dan pilihan kami sudah tentu astro ceria . Dan siri kartun paling diminati ialah HAGEMARU.


Kenapa hagemaru ? Selain dia punya " 10 pekara pelik hari ini" ,  hagemaru juga punya personaliti tersendiri .Dimana dia guna kan akal dan kecomelannya itu sebagai aset untuk membantu kedua orang tuanya .


Biarpun dia masih kanak kanak , namun ' idea' dia memang meletop ! Banyak usaha yg dilakukan utk  hidup senang sama macam orang lain , tanpa mengeluarkan kos dan tidak memeningkan kepala .


Dia berjaya mengatasi semua masalah kewangan keluarganya dengan idea idea mengarut . Agaknya dia taknak ayahnya serabut dan jiwa kacau dalam membesarkannya.


Namun begitu kepala ayahnya tetap botak ! Seperti juga kepala hagemaru, walaupun  mereka tak banyak fikir , hehehe antara idea dia yg dah berjaya buat maq ketawa besar :


- hagemaru ajak ayahnya ' makan luar ' .

- hagemaru menggunakan ganggang telepon sebagai mesin urut .

- hagemaru ada cara bagaimana nak bawa sabun ditandas sekolah pulang kerumahnya .

- bagaimana hagemaru selesaikan masalah naik bas tanpa keluarkan kos utk tambang .

Bila ditegur ' hai hagemaru "
Dengan ramah dia akan jawab " haiiiii  "




Disekolah , dirumah , dikedai , dimana mana sahaja ,hagemaru masih bijak gunakan akalnya . 


Moral  yg ada dibenak fikiran maq sekarang ni ,jangan pernah fikir yang budak kecil tak tau nak berfikir , sedangkan " orang tua " yang umur separuh abad tu  pun ada yang cuma tahu cakap je ,tetapi tak reti nak fikir pro dan kontra susunan ayat ayat nya kepada masyarakat . Apa lagi nak selesaikan masaalah rakyat .


Pernah juga maq terfikir ,kalaulah hagemaru dapat selesaikan masalah kewangan negara kita ,mesti sampai sekarang ,maq tak tahu apakah itu GST  . Kot la kan ... hehhe "alaa katun je tu maq "


**ye sekadar katun je kot .

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Waktu Cuti Panjang

Sebab Degil Dos Ubat Ditambah Lagi

Done booster ?

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Aturan Allah Sangat Indah

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam