Skip to main content

Posts

Suntikan vitamin C

Assalamualaikum.. Alhamdulillah ,sebagai manusia kita selayaknya senantiasa bersyukur jika setiap saat diberi kesihatan yang memuaskan dan dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna dan bertenaga. Zaman serba cangih ni, makin ramai manusia melakukan kerja yang mencabar. Antara perkara mencabar itu bagi maq ialah memutihkan kulit ! Mereka memang berani tanggung risiko ! Mereka juga berani buat kerja yang boleh memudaratkan orang lain yang tak tahu apa apa selain nak cantik ! Tapi mereka tahukah apa hukum mengubah ciptaan Allah sehingga mendatangkan mudarat ? Semua tu orang dah tak ambil peduli , apa yang mereka nak , bisnes mereka jalan , pelanggan pula nampak cantik dengan kulit ala ala k- pop . Kalau kita lihat di instagram je ,pelbagai jenama ,dan macam macam produk yang kononnya boleh buat kulit jadi putih melepak. Dan baru baru ni maq difollow oleh seorang pengusaha Kecantikan yang terdapat dikawasan tempat tinggal maq ( Batu Pahat )  Setiap minggu /bulan ada je promo...

Suami penyayang

Assalamualaikum.. Pukul 12 tengahari ! Apakah ada para suami diluar sana yang terfikir fikir , anak anak dan isterinya dah makan ke belum saat ini.  Makan apa je untuk alas perut hari ini? Kalau si emaknya berpuasa sunat khamis , anak anak makannya apa? Pernah kah juga mereka terfikir , tadi sebelum keluar mencari rezeki , ada buka peti ais tak? Lauk apa kah yang boleh dimasak untuk keluarga hari ini? Untuk makan malam ini ? Jika tak ada apa didalam stock beku , ada tak anda ( suami ) hulurkan duit untuk isteri belanja ? Tepuk dada , buka wallet . Ada sesetengah suami dia tak fikir itu semua . Pada dia isteri dia dah sangat cukup bagus urus rumah tangga milik mereka . Boleh berkerja , boleh urus anak anak yang masih kecil , boleh beli barang dapur pakai duit gaji sendiri , boleh main kutu untuk buat persiapan hari raya nanti , boleh jaga makan minum keluarga , boleh bantu besarkan anak anak dengan berkongsi pendapatan bersama. Boleh jugak hulur duit saku kat orang tu...

Makan dan puasa dalam seminggu

Assalamualaikum.. Anda nak diet ? Maq pun nak , sejak 10 tahun yang lalu ,inilah azam setiap tahun baru maq. Semangat berkobar kobar bermula januari , tapi masuk je ke bulan  Februari , semuanya musnah. " awak ,  saya tak kuat "..😭 Namun maq masih lagi berusaha dengan semangat yang jitu , bila masuk je tahun baru , tiba je januari ,maq pasang lagi azam , Diet ! Diet ! Haha sampai februari , saya terus tak kuat.. Begitulah  kejadian seterusnya sehingga dah tahun yang kesepuluh ini .😀 Okey , kali ini maq cuba ubah, tak perlu tunggu awal januari setiap awal tahun lagi  , tapi dah tengah tahun pun boleh kot ,inshaa Allah. Iaitu amalkan formula diet 5:2 ! Apakah formula tu ? Formula diet 5:2 diakui oleh Pakar Pemakanan Barat sebagai amalan diet yang terbaik. Maknanya, makan seperti biasa 5 hari seminggu dan puasa 2 hari. -Makan Jumaat, Sabtu dan Ahad. Puasa sehari pada Isnin cukup untuk membakar lemak yang dikumpulkan selama 3 hari sebelumnya. -Makan...

Bulan Rejab

Assalamualaikum... *1 REJAB 1438H = 29 Mac 2017* *اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ* “Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.” * Apa Maksud ‘Rejab’? ‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t. *Mengapa Bulan Ini Diagungkan? Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud; "Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…: Surah at-Taubah:36 *...

Teguran Buat Tersayang

Assalamualaikum, Perkongsian ini datangnya dari Bonda Ida Nur Laila. Salah sorang ahli group whatsapp keluarga , iaitu Group Zikir Hajjah Fatimah. Beliau salah seorang ibu saudara maq yang tinggal di Singapura. Semoga apa yang beliau kongsikan ini dapat memberi manfaat buat readers semua. Dan maqnie pun sama sama , sambil mengingatkan diri sendiri dan turut mengingatkan anak anak maqnie jugak. Terima kasih Bonda idah. Sesungguhnya , untuk menegur orang lain , kita punya pelbagai cara , antaranya dengan cara dibawah ini.  Dan untuk berjaya dalam apa juga hal dunia hingga akhirat ,Jangan jemu belajar dan jangan malas  untuk membaca. Mari kita baca sesama..  BACALAH SAMPAI HABIS. 13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita. 1. *Bulu kening– Menurut Bukhari, Allah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.) 2. *Kaki dah semacam hantu loceng –Dan janga...

Amalan Tidur siang

Assalamualaikum.. Mungkin ilmu ini ada yang sudah tahu , tetapi bagi yang belum tahu ,maq kongsikan sekali lagi ya. Soalan : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat? *JAWAPANYA*: 1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang. 2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali: + Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat + Berada di masjidil haram 3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api. Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge). 4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam. 5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah. Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah u...

Abah suspek angin pasang

Asalamualaikum... Sedikit perkongsian diary kehidupan keluarga maq. Tanpa diduga ,abah kami (Encik Rokani Muradi ) telah disuspek angin pasang. Sedangkan selama maq membesar didepan mata abah , abah jarang kena sakit yang pelik macam tu. Paling kuat pun demam panas atau sakit gigi. Pernah satu kali abah kemalangan motor ketika pulang dari tempat kerja. Ya, abah memang susah nak sakit. Dan awal tahun tempohari , pada penghujung bulan Januari , suatu kejadian sudah belaku. Baca perbualan whats app anak anak Encik Rokani dibawah ini. Kak long , kak ngah dan Pak usu. Masa ni Allah je tahu apa yang kami rasa. Apa ibu kami rasa. Dalam hati macam macam perasaan kami simpan . Rasa sedih ,kasihan dan risau pasal penyakit abah tu. Tapi kami tetap teruskan usaha untuk kembalikan kesihatan abah seperti sedia kala. Adik lelaki merupakan satu satunya hero abah , dan dialah yang banyak berkorbankan masa demi abah yang tak sihat tu. Bila abah diarah pulang dan tidak dita...