Skip to main content

Teguran Buat Tersayang



Assalamualaikum,


Perkongsian ini datangnya dari Bonda Ida Nur Laila. Salah sorang ahli group whatsapp keluarga , iaitu Group Zikir Hajjah Fatimah. Beliau salah seorang ibu saudara maq yang tinggal di Singapura. Semoga apa yang beliau kongsikan ini dapat memberi manfaat buat readers semua. Dan maqnie pun sama sama , sambil mengingatkan diri sendiri dan turut mengingatkan anak anak maqnie jugak. Terima kasih Bonda idah.



Sesungguhnya , untuk menegur orang lain , kita punya pelbagai cara , antaranya dengan cara dibawah ini.  Dan untuk berjaya dalam apa juga hal dunia hingga akhirat ,Jangan jemu belajar dan jangan malas  untuk membaca.

Mari kita baca sesama..




 BACALAH SAMPAI HABIS.

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. *Bulu kening– Menurut Bukhari, Allah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. *Kaki dah semacam hantu loceng –Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur pada zaman jahiliyah.



3. *Wangian- Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


 
4. *Dada– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)



5. *Gigi – Allah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya  (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


 
6. *Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


 
7. *Pakaian yang nipis (jarang) berlengan pendek – Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
 

 
8. *Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

 
 
9. *Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

 
 
10. *Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
 
 
11. *Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
 

 
12. *Pakaian  – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin.
 
 
 
13. *Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Husain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
 

 
♦Tegur atau pesanlah jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak, kaum wanita keluarga anda & sahabat sahabat perempuan ♦



***saat memandang  kain sempit mu,  seluar ketat mu, baju sendat mu,  tudung singkat mu,  solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu.  Namun sering saja terkaku. Rasa tak mampu.  Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan? Aku kurang ilmu agama & kurang kesedaran. Tapi kau ada ilmu agama & ada kesedaran. Mana ilmu agama kau tu? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku? Kenapa kau x bantu sedarkan aku? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." Allahurobbi. Saudara/saudari ku. Begini lah cara aku menegur mu.  Dengan post kecil ini. 


Hari ini.  Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Dia di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk saudaraku. Aku boleh jawab bahawa...


"Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini"


Nota maq: berharap sangat boleh beri manfaat bersama..inshaa Allah ,aamiin..


Comments

Popular posts from this blog

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walker

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Santai Di Pantai Perpat Hari Malaysia

  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Isteri Penghuni Syurga

Assalamualaikum. Salam malam Jumaat penuh barokah. Sedikit perkongsian dari seorang sahabat hati. Jom para isteri, sama sama kita perbaiki diri dari hari ke sehari. Mudah mudahan Allah perkenankan.. Aamiin yb Gambar sekadar hiasan. بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته... Isteri yang bangun tengah malam, Minta ampun pada Allah bagi pihak suami, Kerana dia tahu suami dia buat jahat, Dia tahu suami dia malas solat, Dia tahu suami dia buat dosa, Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya. Jadi para isteri, Kesalahan suami itu di doakan pada Tuhan. Bukan diceritakan.Bukan di aibkan. Lagi teruk kita hina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, disebab isteri itu dia diterima ke syurga, Atau di humban dalam neraka! Jazaakallaahukhairan ust Abu Hurairah Asifa.  Ù‚ال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا أخبركم بنسائكم من أهل الجنة؟ ...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Inilah waktunya untuk jadi Orang baik Yang bijak

Assalamualaikum. Mengenai bantuan Covid19 . Ramai yang pertikaikan penerima penerima sumbangan bantuan tu. Ada yang layak tapi tak dapat, ada yang macam tak layak tapi dapat. Dalam situasi macam sekarang ni,  maq rasa kita jangan pilih layak tak layak tapi kita bagi pada mereka yang memang sangat memerlukannya. Al maklom dah hampir 3 minggu tak pergi kerja, mesti ada yang dah kering stock dapur mereka. Siapa yang memerlukan bantuan tu? Golongan yang diutamakan adalah mereka yang, -duit simpanannya dah habis langsung. -duit nak beli barang dapur langsung dah takda. -Putus pendapatan dan tanggungan ramai nak dibagi makan. BUKAN untuk golongan macam ni. -ada duit tapi sayang nak guna. -ada duit tapi saja nak juga merasa dapat bantuan. -ada duit dalam bank tapi malas pergi cucuk. -ada pencen, socso, bantuan bulanan JKM/Zakat dan gaji bulanan. DAN bukan juga untuk golongan macamni, -dlm petiais penuh lagi barang basah. -dlm almari penuh lagi barang kering...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada  Disini ❤  , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 ka...