Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2024

Bila Encik Suami Pencen

  Bismillah, Sejak encik suami dah berhenti kerja dari awal tahun 2020 pada musim covid19 lalu.Diam tak diam dah nak masuk tahun ke 5 beliau jadi warga pencen. Ada dikalangan kawan kawan yang bertanya berapakah umur beliau dan kenapa buat pilihan untuk pencen terlalu awal. Jawapan beliau simple, "Aku ada banyak hutang dengan Allah..." Semalam ada seorang qariah surau bertanyakan soalan kat encik suami, "Man engkau dah lama tak bekerja, bajet rumah tu cukup ke? Aku nak berhenti kerja bulan depan,umur pun dah nak 60 tapi aku takut kalau kalau bajet tak cukup je nanti..." Allahhu...kesian pulak dengar pasal kerisauan kawannya tu. Okey jomlah maq kongsikan apa yang kami buat untuk kehidupan sebagai warga pencen yang tiada pendapatan lain.Sebagai pekerja swasta,encik suami takda pencen dan takda hasil dari kebun. Kenapa? kebun pun takda, macamana nak dapatkan hasilnya haha. Its okey .. Usaha pertama kami sebelum encik suami berhenti kerja adalah yakin dengan keputusan,ya

Sukatan Masakan

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Bagaimana nak tahu sukatan untuk bahan masakan? Bawah ni maq ada kongsikan. Semoga beri manfaat: 1. Beras biasa- 1 kg untuk 10 orang makan. 2. Beras basmathi- 1 kg untuk 12 orang makan. 3. Daging lembu/kerbau/kambing- 1kg 10 orang. 4. Ayam- ikut potong berapa. Contoh- seekor potong 16. Kalau 100 org makan, 7 ekor cukup. 5. Mee 1 peket- untuk 6 orang makan. 6. Mihun 1 peket 350gm- untuk 8 orang. 7. Kuah- 1 liter untuk 4 orang. 8. Spagetti 1 peket untuk 8 orang. 9. Pulut 1kg untuk 12 orang. Ini cuma anggaran sahaja. Terpulang kalau nak buat lebih. Yang penting jangan membazir. -Sukatan ni hasil salin tampal ,moga jadi jariah yang berpanjangan  bagi penulis***

Hargai Peluang Itu

 

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Kita hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti.Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat.Jangan lupa itu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat.Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia.Terlalu yakin diri hebat.Sehingga mengabaikan

Masjid Nabawi,Madinah

  Bismillah, Keindahan Kota sejarah Madinah dan Masjid Nabawi pelbagai sudut lanser kamera. Madinah kampung halaman Rasulullah dan di masjid Nabawi dimana jasad baginda di semadikan. Doa sewaktu didalam Raudhah, Assalamualaika ya Rosulloh  Assalamualaika ya nabiyalloh Assalamualaika ya sofattullah Assalamualaika ya habilulloh Ashadu allaa illaa hailllah  wahdahula syarikala  waanaka abduhu warosulluh **Selawat sampai kiamat.

3 Barang Peribadi Yang Berharga

Bismillah, Sekadar peringatan bersama.Jangan kongsikan 3 barang peribadi kita kepada orang lain.Iaitu, 1. Mykad kita 2. Kad bank kita 3. Maruah kita Penjelasan lanjut ada dalam video