Skip to main content

Tukar Nama Dalam Geran Tanah

 

Bismillah,

Korang ingat tak sebelum ni maq pernah buat entri pasal tukar nama pada geran tanah. Ini proses untuk penama asal yang sudah meninggal.


Lama dah rasanya post tu maq update.Mungkin korang boleh cari dibahagian post paling popular dalam blog ni.Inshaallah ada.Dan entri tu berkaitan cara pertukaran nama dalam geran oleh salah seorang penduduk di negeri Selangor.


Kalau tak jumpa ,meh ini link entri pasal tukar nama yang awal dulu. Korang klik je link oren tu.


Dan kalini maq nak kongsi pasal cara nak tukar nama dalam geran untuk tahun 2023 ,ia berkaitan tanah pusaka di negeri Johor pulak .


Iaitu tanah pusaka peninggalan arwah atok atas nama arwah Abah hendak ditukar kepada nama adik lelaki Maq. Dalam geran tersebut ada juga 3 lagi nama saudara mara kami.Geran ni adalah geran yang masih berkongsi penama.


Untuk urusan tanah pusaka bagi penama asal yang dah meninggal,langkah pertama,


Korang kena berurusan di Pejabat hal pusaka kecil terlebih dahulu.Bukannya terus buat dipejabat tanah daerah.


Proses ni untuk pembahagian harta.So korang kena tentukan harta pusaka tu nak letak nama siapa.Haaa bincang elok elok !


Di Batu Pahat ni pejabat hal pusaka kecil berada di bangunan gunasama, berhampiran dengan bangunan pejabat daerah (pejabat tanah). Sebelah nyebelah je diaorang ni.Tak susah pun nak cari,yang susah cuma nak cari parking jek.


Pejabat hal pusaka kecil  terletak diaras 3 bangunan tersebut. Kalau korang nak mudah lagi,ringankan mulut bertanya pada pengawal keselamatan yang ada bertugas disitu.Tak salah bertanya tapi buang masa kalau korang tersesat diantara aras bangunan bangunan.


Kalau dah masuk pejabat tu,jelaskan apa tujuan korang datang situ.Nanti petugas akan jelaskan sejelas jelasnya.Tanyalah apa saja yang korang nak tahu pasal proses petukaran harta pusaka.Tak faham tanya,tak faham tanya. Tanyalah sampai korang betul betul faham.


Faham ke faham?


Cadangan maq adalah lebih baik korang pergi tanya dulu,lepastu barulah sediakan semua dokumen yang diperlukan.


Bawah ni antara dokumen yang korang perlu sediakan bila berurusan disana nanti,


1-Sediakan Borang A yang telah lengkap diisi. Proses ni dilakukan secara online .

Caranya, 

Daftar permohonan, print dan kemudian ditanda tangan dihadapan peguam/pesuruhjaya yang korang boleh berurusan.

Mana nak cari borang A tu? Bawah ini linknya.

permohonan online - klik sini


2-Sediakan salinan sijil kematian.


3-Sediakan salinan mykad pemohon dan mykad  waris waris ( photostat depan belakang ) ini termasuklah mykad isteri dan anak anak.


4-Sediakan juga salinan sijil perkahwinan penama pertama (arwah dengan pasangannya ) Kalau takda dalam simpanan korang boleh beritahu petugas dipejabat pusaka tu nak buat macaman.


5-Bawa 2 helai salinan geran tanah.


6-Bawa 2 helai salinan carian rasmi.Ini korang boleh beli di pejabat tanah daerah korang duduk.Jangan lupa bawa sekali geran tanah asal. Korang perlu sediakan RM sebab carian ini berbayar.Proses ni adik lelaki maq yang buat,so maq tak pasti jumlah bayarannya.


7-Bawa salinan cukai tanah yang terkini (taksiran)


8-Bawa borang yang mewakili waris waris yang merelakan harta tu nak letak nama siapa.Borang ni boleh dapat dari pejabat hal pusaka kecil. Pastikan borang tu dah diisi oleh semua waris.


- Bila dah settle semua ,sebelum pergi pastikan korang dah ada semua dokumen asal.Re-check !


Nanti bawa dokumen asal dan salinan dokumen lengkap tu ke pejabat harta pusaka kecil tempat korang nak berurusan .Lepastu tunggulah "orang pejabat" tu beritahu arahan seterusnya.


Lepastu korang dah boleh balik rumah & tunggu orang pejabat hak pusaka kecil call.Jangan pulak korang melepak lelama kat pejabat tu diaorang dalam tu nak buat kerja,hahaha..


Proses kena ambil masa juga,so korang hanya perlu kan sedikit ubat .Namanya "sabar" ...


Nanti bila orang pejabat pusaka tu dah call, barulah bermula proses untuk tukar nama dalam geran tanah.Sekarang ni baru proses nak bagi hak pusaka.So jangan buru buru.


Apa yang maq tahu,permohonan secara online adalah digalakkan.Linknya ada kat atas tadi tu.


Caranya, bila korang dah masuk link tu, klik pada senarai perkhidmatan dalam talian,jkptg online dibawah capaian 'orang awam' dan pilih permohonan pembahagian pusaka kecil dan ikutlah langkah langkah seterusnya.


Peringatan! setiap borang yang diisi secara online hendaklah DIPRINT !


Adik lelaki maq siap share pdf untuk kemudahan akan datang.Terbaik!




Tuan tuan & Puan puan.

Banyak tanah pusaka milik orang kita telah bertukar tangan ke bangsa lain. Hanya disebabkan wang. Lepastu bingung tanah takda nak duduk mana bila dah tua nanti.Adoii parah ni.


Renung kembali kemelut Palestin & Israel.


Bagaimana siksanya rakyat Palestin bilamana orang luar sangat berkehendakkan tanah mereka. Puluhan tahun penduduk asal jadi mangsa kekejaman,masalah tidak juga selesai.


Mungkin ramai yang kata :


 ala ,tu masalah dunia,benda pun dah tertulis dalam Quran,kita tak boleh nak buat apa dah..


No! bagi maq ,sebab dah tertulis dalam al Quran lah kita wajib ambil peduli.


Kita orang muslim  punya shahadah yang sama dan kiblat solat yang sama. Kita dan penduduk Palestin adalah bersaudara!!


Nak bantu berperang memang mustahil.Tapi cukuplah dengan kita mendoakan semoga penduduk Palestin dilindungi dan cepatlah segala penderitaan mereka berakhir.


Ingat! doa itu senjata bagi orang muslim.







Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada  Disini ❤  , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 ka...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum, hai.. Untuk pembuka 2020 ,maq dah join  January Giveaway  dari Blogger Awesome Dreamer.  Pembuka tirai ni tau!  Anda boleh masuk je link Awesome Dreamer tu. Ikut je arahan owner blog. Ok done!  Masuk link ini jika anda berminat nak turut serta. Good luck!

Tanjung Hill 2021

 Assalamualaikum. Semalam encik suami bawa maq beriadah ke Tanjung Hill selepas hampir 2tahun tak kesitu kerana PKP C19. Tanjung Hill ( Bukit Tanjung ) memang lah macam tu jek ,tak berubah.Cuma kalini maq dan encik suami beranikan diri untuk jelajah kesemua kawasan dibukit tersebut. Aamiin yaa Allah..