D'nelayan Beach Resort

 Bismilllah,

Memori 17 &18 September 2023.

Maq dan keluarga kecil kami diberi rezeki berkumpul selama 2 hari 1malam di D'nelayan beach resort,Pengkalan Balak ,Melaka.

Alhamdulillah,masa yang singkat tu mampu memberi maq peluang bertemu cucu dan anak anak menantu.

Biasalah kan,bila anak anak dah berkeluarga, biarpun duduk dalam negeri yang sama ,tapi hari cuti berbeza ,nak berkumpul macamni memang sukar.

Post kalini,maq sertakan sikit memori untuk dikenangan pada hari tersebut.

Baru je check in ,cucu cucu dah sibuk nak main air kat kolam mandi.Cucu cucu maq semua takut main air laut,diaorang tak selesa pijak pantai nanti kaki berpasir,ada ek macamtu hehehe.

Setiap bilik diberi,3 keping gelang untuk dipakai sewaktu mandi dikolam ( untuk kanak kanak ) tapi ibubapa dibenarkan masuk kolam juga untuk uruskan budak budak tu.









Ada disertakan juga 3 helai kopun untuk makan sarapan percuma.Kanak kanak bawah 2tahun PERCUMA. Banyak juga hidangannya ,makanan pun sedap sedap.Maq suka nasi lemak sambal tumis air tangan orang melaka tu,sepesel !

wifi kat sini pun power. Berdesup desup internet buat kerja.









Malam tu kami makan malam disini,


Kenangan paling menarik kat sini ,bila mana pada pada pukul 3am macam tu hujan lebat sangat,air ombak sampai ketangga resort.Bilik kami pulak betul betul mengadap pantai.Ribut dan ombak bersatu dalam hujan,korang bayangkan bunyinya macamana.Lebih lawak rupanya semua orang dalam bilik sebelah pun tak tidur sebab takut.

Sementara tu dalam group whatsapp..



Orang perempuan memang gini kot,cepat kalut hehehehe.Apa pun syukur alhamdulillah,kami selamat dan keadaan pagi tu semua baik baik aja .

Selepas sarapan cucu cucu nak mandi kolam sebelum check out.

Sebelum check out sempat lagi ber Ootd !






Terima kasih Allah untuk kenangan terindah ini.Semoga kami sekeluarga diberi kebahagiaan didunia dan diakhirat,Aamiin Allahumma Aamiin..

Free nanti maq kongsi memori kat pantai pulak.


Senjakala di D'nelayan beach resort





Popular Posts