Skip to main content

Semangat tua makin menggila


Assalamualaikum  

Tajuk memang tak masuk akal.  Dah tua buatlah cara dah tua kan. Tak payahlah bersemangat bagai. Hehehe perli diri sendiri le tu. 

Lepas join team Amway bulan Jun lalu, pada penerimaan bonus yang amway bagi setiap bulan tu, maq pun dapat merasalah jugak, Alhamdulillah. Tak lah banyak mana. Tapi ada. Dengan jumlah peratus jualan sebanyak 3% , secara tak langsung dapat menaikkan lagi semangat berniaga orangtua ni. 

Maq lihat, team yang dah lama terlibat dengan amway, mereka manfaatkan duit bonus tu dengan makan makan, jalan jalan, shopping kat mall bersama orang tersayang. Alhamdulillah. 

Tapi dipihak maq pula, maq manfaati ganjaran bonus pertama tu dengan buat modal untuk aktifkan semula kedai tudung online  maq yang aktif sebelum pkp dulu dan tergendala beberapa akibat covid19 .  Dan kalini maq tambah 1 lagi item. Ia adalah 'anak tudung/ skaf '.

Untuk permulaan,maq beli sekodi dulu.  Kalau sambutan menggalakan  nanti, maq akan beli kilang dan kedai  yang buat anak tudung tu sekali. 

hahahah semangat betul ni!! Tak padan dengan dah tua nya. Hajat meroket! 

Ala,  Aamiin kan lah. Mana tau dengan aamiin anda tu,  Allah makbulkan kata kata maq ni.

Sekarang maq dan along ( anak maq yang tua)  sama sama jalankan perniagaan ni. Macam tudung sarung tu, along jual untuk saiz M memandangkan permintaan pelanggan along ramai nak saiz M. 

Manakala maq pula jual tudung sarung saiz  L dan XL sebab pelanggan maq minta saiz saiz tu. Malangnya saiz L masih takda dalam simpanan pembekal, asbab pkp beberapa bulan lalu.  Jadi sekarang cuma ada saiz XL je pada stock maq. Apa pun, terima kasih kepada pelanggan kami yang sudi support  perniagaan kami. 


Baru update tak sampaipun 24jam,dah tinggal segini. Insyaallah akan restock sehari dua lagi. 


Scarf 

Tudung Sarung Mosscrepe saiz M

Tudung Bawal Chiffon Voile bidang 45

Tudung Sarung Mosscrepe saiz XL


Semoga Allah buka luas lagi pintu rezeki kita, aamiin... 

Comments

  1. menarik jugak tu kak... tak salah mulakan bisnes walaupun kecil-kecilan

    ReplyDelete
  2. Norhidana, ye, usaha ni kena ikut kemampuan,kemudian bila dah berada di zon selesa, baru timbul rasa semangat tu, insha Allah

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan uusan prniagaannya

    ReplyDelete
  4. Mudah mudahan, Aamiin.. T. Kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ini meja kami. Masa ni baru sampai dalam 20 minit. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Jiwa Dan Hati

Assalamualaikum. Minggu ini adalah minggu yang agak busy bagi maq . Apa pun tak mampu nak dikongsi diblog ini. Harini ,sambil menahan debaran menunggu pengumuman dari PM pasal kesinambungan hidup dilingkaran covid19 yang dijangka akan diumumkan malam ini. Secebis kata tentang jiwa dan hati. ( lihat gambar ) PKP?PKPB? PKPD? PKPP? Apapun keputusannya nanti, iman jangan goyah. Dunia kita semakin tenat. Redha lah sepenuh hati. Bersangka baik dengan Allah.Apa yang belaku pasti ada hikmahnya ,inshaallah..

Celik Faraid

Assalamualaikum. Tiba tiba negara kita digemparkan lagi dengan isu masyarakat. Harta peninggalan telah jadi bahan bualan warganet. Abaikan masalah keluarga tersebut kerana insyaallah Allah akan bantu mereka nanti.  Kita orang luar hanya layak mendoakan yang baik baik saja untuk mereka. Apa yang maq nak kongsikan kali ini.Dalam kisah yang belaku  beberapa hari ini, ada sedikit ilmu yang kita sama sama boleh pelajari.Tak kesahlah kita ada harta atau tidak untuk ditinggalkan,yang penting ilmu mengenainya kita ada. Sekadar nasihat Sedikit perkongsian dari seorang warganet mengenai Faraid.   Suami meninggal ? Meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki? Ibu dapat 1/6. Isteri dapat 1/8. Anak lelaki dapat baki keseluruhan. Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki. Walaupun anak lelaki itu bawah umur. Walaupun anak lelaki itu masih kecil.Walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.Dia tetap ada hak faraid dia.Isteri pula ada hak untuk uruskan hart...

Pasartani Jalan Omar, Batu Pahat

Assalamualaikum. Khamis.  Dan hari ini ada pasar tani di Jalan Omar, Batu Pahat. Kali ini maq pergi bukan dengan encik suami, tapi dengan along,  ainul dan aida. A4 ( ani, along, ainul, aida)  okay dah boleh guna untuk photo state . **tetiba A4 pulak!  😂 Apa ada dipasar tani?  Hasil jualan dari petani petani diseluruh Batu  Pahat  ada dijual disini. Sayuran, ayam, ikan, daging, kuih muih, bahan bahan memasak, kain baju,buku agama dan ada macam macam.  Harga mampu milik punya, usah gusar dan ragu. Nasi kerabu ayam rm 5.50 sebekas. Sedap sangat!  Kurma, sekilo rm 24.00, ini petani arab yang tanam, Tapi petani Batu Pahat tukang jualkan. Buah bidara, sekilo rm 14.00. Sedap sebab manis rasanya.  Roti keluaran  bumiputera,beli  3paket rm 10. Dapat free gift roti kecil.Terbaik.  Harini maq cari nenas untuk majlis hari Sabtu nanti, risau jugak takda jual. Maklom musim banjir ni,  ban...

Darurat Dan Jangan Panik

Assalamaualaikum. Negara dikejutkan dengan berita perkenan isytihar darurat oleh Yang Dipertuan Agong. Teks pengumuman dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini ,Dato sri Muhyiddin Yasin.  Apa darurat yang dimaksudkan beliau? Bawah ni antara copypaste yang berlegar legar di group group whatsapp hari ini. Jom kita baca. TERKINI- Pengumuman Khas Darurat oleh YAB Perdana Menteri (12 Januari 2021) 📌Proklamasi darurat dipersembah kepada Agong semalam - PM Muhyiddin 📌Kes COVID-19 tidak tunjuk penurunan, kerajaan perlu bertindak - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID-19 daripada menjadi serius - PM Muhyiddin 📌Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi - PM Muhyiddin 📌Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan - PM Muhyiddin 📌Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat - PM Muhyiddin 📌Ordinan Darurat un...

Perempuan Muslim boleh pakai Lipstik?

Assalamualaikum.. Sarapan sambil menonton YouTube pagini.Allah gerakkan jari buka ceramah dari Ustazah Asma' Harun. Bolehkah perempuan muslim pakai lipstik? Jawapan Ustazah: " jika diikut pada apa yang dikatakan oleh hati saya ianya adalah " tak perlu " ( tak boleh)  tapi adalah lebih baik bila kita nak buat sesuatu itu dimulakan dengan niat. Apa niat kita nak pakai lipstik itu. Kalau nak menarik perhatian manusia,adalah lebih baik tak perlu pakai tetapi jika disebabkan masalah masalah tertentu, contohnya sebab bibir terlalu kering atau mungkin disebabkan kalau tak pakai lipstik ,muka kita kelihatan pucat seperti orang sakit atau atas asbab lain,  makanya pakailah! Tetapi jangan  keterlaluan sehingga menarik perhatian orang disekeliling. Dicadangkan pakai lip gloss yang warnanya hanya samar samar sahaja." Menurut penjelasan ustazah tu, kita ini bila nak pakai sesuatu untuk diri kita kenalah diniatkan kerana Allah. Barulah selesa pada kita,  tak perlu...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena.. 

Melepaskan rindu Bersama Ainul Mardhiah

Assalamualaikum.  Bila lama dah tak jumpa,  rindu tiba tiba datang tanpa diundang. Bila diri ini dipelawa keluar bersama, hati terus beria ria nak keluar. Tak sampai 20 minit semua dah siap!  Hehe seronoknya  jalan dimusim pkp, tak perlu nak touch up muka berlebihan, biasa biasa sudah .  Sejak kebelakangan ni jarang dah dapat keluar date dengan kesayangan ni. Maklom dah berjauhan. Masa pun terbatas. Masing masing sibuk dengan komitmen masing masing. Kena banyakkan sabar. Tak nak bebel lebih lebih lah,  bawah ni  antara kenangan bersama si dia melepaskan rindu dalam kereta. What? Dalam kereta je?  Melepaskan rindu??  Hmm jadilah..  Budak jenis tak reti diam ni, lebih 10 hari dah dia tak jumpa tok mak. Bila dah jumpa macam macam dibuatnya. Ainul Mardhiah dah pandai berinteraksi dengan baik sekarang ni. Berangan pun boleh tahan. Macam perangai tok mak dia kecik kecik, maklom dua dua anak sulunglah katakan.. Kemana tumpahnya kari kalau tak k...

Pesanan Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum. Kenapa kadang terasa sudah kerja keras tapi duit masih rasa tak cukup ? 1- check solat. Mungkin Solat ala kadar, doa ala kadar 2- check tanggungjawab pada ibu bapa. 3- check aktiviti sedekah sekerap mana ianya berlaku. 4- check kerja ,kot kot buat kerja tak amanah. 5- check  silaturahim ,takut ada terputus ikatan itu. Muhasabah diri. ❤