Skip to main content

Selamat memilih


Assalamualaikum..

Tak sampai 10hari lagi rakyat Malaysia akan membuat pemilihan bagi pemerintahan negara 5tahun mendatang. Ya , 5tahun itu satu jangkamasa yang sangat lama. Jika baby baru lahir tahun ini , 5tahun lagi , dia sudah bersekolah ditadika.

Tak banyak yang maq nak kongsikan kalini pasal pemilihan ini. Apa pun sebagai warganegara yang dah lebih 5kali memilih pemerintah untuk negaranya , ada sikit hal maq nak pesankan.

-jangan terlalu taksub dengan parti yang telah anda pilih. Sebab memang tiap warganegara layak memilih pemerintah mereka. Dan yang pasti tiap undi adalah rahsia.

-jangan buruk burukan parti lain ,jika tomahan anda bagi itu tidak betul , dosa adalah hak milik anda yang kekal . Walaupun PRU sudah pun berakhir lama.

-jangan anggap undi anda tak penting kerana setiap orang wajib memilih ,itu hak warganegara Malaysia ,bukan hak orang luar !

-anak anak muda jangan pening bila terlalu disogok dengan kempen kempen oleh pihak penyokong sesebuah parti. Pergi lantaklah diaorang nak pilih siapa, tak perlulah merusuh ,memaki ,melakukan aktiviti diluar kawalan minda kerana sedarlah diri , anda cuma penyokong ,bukan orang yang masuk bertanding!  Masam muka , kecil hati untuk apa? Untuk gaji ? Untuk darjat ? Pangkat? Itu hanya pinjaman dunia. Tak kemana pun. Yang kekal ialah silaturahim sesama ummah , sampai liang kubur pun akan berhubungan.

-ingat ,pilihlah yang tepat ! Yang boleh bawa anda bahagia didunia dan diakhirat. Janganlah terburu buru masa buat pilihan , takkan melayu hilang didunia tetapi melayu kini bakal dihilangkan oleh perangai berpuak puak menjelang PRU oleh melayu itu sendiri !

- fikirkanlah , jika sekelompok kita terpecah kepada beberapa bahagian , akan terhasillah kelompok kelompok kecil dari kalangan kita , yang kita sendiri tak yakin tentang keutuhannya.

- akhirsekali dari maq  ,bersatu kita  teguh ,bercerai kita roboh.

Bawah ni contoh undi diterima dan undi rosak. Semoga beri manfaat.




Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?