Skip to main content

Tanda Tanda Mati Bagi Umat lslam



Kata kata nasihat**


Assalamua'laikum..

Hidup lawannya mati! Adapun tanda tanda mati mengikut ulamak adalah benar! Ianya wujud! 


Cuma dalamnya ketakwaan kita saja yang dapat membezakan kepekaan kita kepadanya.


Sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNYA.


Tanda tanda ini akan berlaku kepada  orang islam saja supaya mereka dapat bertaubat dan bersedia dlm perjalanan menghadap ALLAH nanti.


Manakala untuk orang kafir, nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan. ini sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH swt. 

Tanda tanda kematian itu adalah :

tanda 100 hari sebelum mati

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh akan bergetar dari hujung rambut sehingga hujung kaki seakan akan menggigil.


Magi mereka yg sedar kehadiran tanda ini maka ia adalah peluang baik utk memanfaatkan masa yang ada utk mempersiapkan diri dgn amalan yg akan dibawa nanti sesudah mati.


tanda 40 hari sebelum mati

Ketika ini bahagian pusat akan berdenyut denyut.Ketika itu juga  daun yang tertulis nama kita akan gugur daripada pokok yang letakknya diatas Arasy ALLAH SWT.


Malaikat maut akan mengambil daun itu dan mula membuat persiapan keatas kita, seperti malaikat akan mengikut kita sepanjang masa. 


Adakala malaikat maut akan menampakkan wajahnya sekilas lalu. Jika ini terjadi, yg terpilih akan merasakan kebinggungan seketika.


tanda 7 hari sebelum mati

Adapun tanda ini akan diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan. Dimana orang yang sakit yang tak mau makan tiba-tiba dia berselera utk makan.


tanda 3 hari sebelum mati

Pada ketika ini, akan terasa denyutan dibahagian tengah tengah dahi. Iaitu antara dahi kanan dan kiri. Ketika ini juga, mata hitam tidak lagi bersinar. 


Orang yang sakit,hidungnya perlahan lahan akan jatuh jika dipandang dari bahagian sisi.


Telinga akan layu,yang mana bahagian hujungnya akan beransur ansur  masuk kedalam. Tapak kaki nya yang terlunjur akan perlahan lahan jatuh kedepan dan sukar digerakkan.



tanda 1 hari sebelum mati

Akan berlaku selepas waktu asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang. Iaitu dikawasan ubun ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokkan harinya..


tanda akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan rasa sejuk dibahagian pusat dan akan turun kepinggang dan seterusnya naik ke halkum.


Ketika ini ucapkanlah . 

KALIMAH SYAHADAH DAN BERDIAM DIRI ,SERTA MENANTI KEHADIRAN MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT.


SESUNGGUHNYA MARILAH KITA BERTAKWA DAN BERDOA KEPADA ALLAH SWT.


SEMUGA KITA MENJADI HAMBA YANG TERPILIH OLEH ALLAH UTK DIBERI KESEDARAN  DAN PEKA PADA TANDA-TANDA KEMATIAN INI.


SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DTG DARI ALLAH SWT. DAN YANG SALAH ITU DATANGNYA DARI SILAP KITA SENDIRI.

WALLAHHU'ALAM...







Comments

Popular posts from this blog

10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan  26 Ramadhan 1447H Bismillah, Lama sangat blog ni sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe konon konon lah kot. Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti. "Allahhumma Balighna lailatul qod" Malam ni dah masuk malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia. Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul. Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13/14 tahun kot,lupa dah. Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq.Lipan tu berhenti dan terdiam depan maq dalam beberapa saat. Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maklomlah budak kampung tulin) cuma maq tak nak dia mengigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir , " eh,tah tah inil...

Tukar Jenama Ubat Darah Tinggi

  Bismillah, Sehingga hari ini, Maq masih lagi ambil ubat untuk stabilkan tekanan darah tinggi. Semalam masa ambil ubat difarmasi KK Batu Pahat,ubat darah tinggi maq telah bertukar jenama lain. Jika sebelum ni maq makan ubat yang ni, Tapi semalam, farmasi dah tukar ubat keluaran kilang lain pulak.Macam ni haa rupa ubat dan kotaknya, Nama pun dah lain.Bila ditanya ahli farmasi,apakah ini ubat baru? Beliau jawab , "masih ubat yang sama tapi dari kilang yang berlainan..." Okey, jadinya tadi sebelum makan ubat ,maq buat siasatan di google.Ini maklumat yang maq dapat. Perindopril adalah perencat ACE yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensil),penyakit arteri koronari yang stabil dan kegagalan jantung. Ia merendahkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan jantung, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Kesan sampingan yang biasa termasuk batuk kering ,pening dan sakit kepala. Masa sahur tadi maq dah makan sebiji ,so kita tunggu hasilnya.Kalau sebelum...

Jadi Mangsa Keadaan - Perang

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

Permintaan Aida

Assalammualaikum.. Harini Jumaat. Anak anak tak ke sekolah.Walaupun anak maq yg bercuti ni cuma dua orang tapi pepagi lagi dah riuh rendah rumah kecik maq ini. Kalau si Aida sibuk dengan search  hanset baru digoogle.Manakala si Etty pula asik melayan kan aja karenah adiknya yang sorang tu.Itu belum lagi pegang duit ( bekerja ) dah ada macam macam angan dia . Tapi bila  suasana riuh rendah jadi makin kacau bilau tiba tiba Aida menjerit ! Katanya ... '' MAK !! AIDA NAK ADIKKKKK !!! " ahhh sudahhhh....  Agaknya dia search adik kat google tapi tak jumpa ke?? Masyaallah bukan memain permintaan ni !?  Dah macam takde benda lain dia nak mintak ek?  Maq tahun ni dah 45 tahun ... Ingatkan malas dah nak belai baby kecik kecik ni.Yang ada ni pun dah cukup bagi maq rasanya.  Anak sendiri , anak asuhan.Maq pun baru tolak 2 permintaan orang nak hantar anak baru baru ni.Bukan sombong atau memilih.Tapi dalam usia 45 ni , rasanya tiba dah waktu mencari ker...

Kisah Anak Anak Maq Berpuasa

Bismillah, Harini Jumaat. Semoga segala usaha kita hari ini diberi keberkatan dan berjalan lancar. Diam tak diam sudah hampir seminggu bulan sya'baan 1440H. Mana yang belum habis bayar puasa tahun lepas tu cepat cepatlah buat qada'. Tak elok melambatkan bayar hutang tau. Tapi kata anak bongsu maq : " eee ..leceh betul lah puasa kalau  orang lain tak puasa , dugaan tu kuat sangat,kadang tak daya nak menahan . Lagi lagi kawan sekolah tu. Sedap dia je makan minum depan kita. Dah elak macamana pun tetap nampak dia orang makan minum. Makk..esok Aida puasa tau.." *dengan nada perlahan Aida beritahu ,esok dia nak bayar hutang puasa tahun lepas.. Maq cuma senyum bila dia mengeluh gitu.Nak tergelak pun ada Itulah pandangan orang yang terlalu muda dalam rumah maq ini. Maq cuma nak dengar je apa pendapat dia. Ternyata dia  masih jenis yang banyak alasan . Padahal nanti bila dia dah kerja ,lagi besar dia punya dugaan bayar puasa. Dan masa tu dia nak salahkan siapa? Orang jual...

Kek Span Hitam Manis

  kek Span Hitam manis. Bahan bahannya. 300gm tepung gandum 10 biji telur ayam gred A 500gm butter 200gm horlicks 1 tin kecil susu pekat 1 kotak/tin kecil nestle cream 1 tin kecil serikaya 400gm browning sugar sedikit esen vanilla Cara caranya: Pukul butter sampai kembang. masukkan telur satu per satu. Kemudian masukkan horlicks, nestle cream, susu, kaya & tepung gandum dan masukkan juga sedikit vanilla esen. Akhir sekali masukkan browning sugar. gaul rata.Kukus 4 jam menggunakan loyang 8x8. Tapi kek dalam gambar tu guna loyang 7x7- adunan bahagi 2. Kukus 3 jam tapi kukus 2 jam pun dah masak. 3 jam boleh buat kek tahan bila disimpan lama.So terpulang. p/s: utk memudahkan korang mengeluar browning sugar dari botol-rendam botol browning dalam air panas. note: untuk mndapat hasil kek yg cantik gaul sebati dulu setiap bahan sebelum memasukkan lagi bahan bahan lain yang seterusnya. Credit to owner📌

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Mee Kuning Halal Toyyiban

Assalamualaikum. Alhamdulillah.. Mee kuning NuMee Gardenia akan dijual mulai 15/5 di kebanyakan outlet jualan roti gardenia. Yang pertama di Malaysia yang di pasteur utk membunuh bakteria. Hanya simpan pada suhu bilik. Di buat di kilang baru serba moden. Halalan toyyiban..tak perlu bimbang lagi dengan pihak pihak yang guna nama bunyi keislaman utk perdayakan pengguna islam. - sumber group whatsapp 

Suami You Kan Tak Kerja,Dia Buat Apa je Dirumah?

  Beliau ♥️ Bismillah, Kongsi sikit kisah keluarga sendiri.Nak cakap pasal keluarga oranglain tak boleh ,kita bukan duduk serumah pun dengan mereka ,so jangan nak memandai. Pernah satu hari.Waktu maq hadiri majlis kenduri kawin sorang sahabat.Sesaorang telah bertanya;  " suami you kan dah tak kerja ,so dia buat apa je kat rumah tu? "  i is :  telinga berdesing ,jantung dupdap dan hati seperti nak retak.Dalam minda ni berselirat urat mikir,ngkau ni takda soalan lain ke nak tanya? kenapa tanya pasal suami i??! Tapi maq beri jawapan dengan tenang.So sahabat maq pun berpuasati dengan jawapan yang maq beri.Padahal jawapan tu hanya⅒ je dari aktiviti harian encik suami. Yang sebenarnya aktiviti beliau padat.Ini list hakiki yang encik suami buat hari hari.Dari celik mata sampai beliau masuk tidur.       ------------------------------------------------------- 5.00 am - Mandi & siap siap untuk ke masjid 5.30 am - Dah gerak ke masjid 6.30 am - Basuh kain baju...