Zikir Asmaul Husna
Assalamualaikum...
Bila dah hari-hari mengadap anak. Anak sendiri, anak orang. Tapi atas nama tanggunggjawab kerja yang dah buat hampir 16 tahun ni memang menarik. Dapat pulak ibubapa yang boleh bertolak ansur,lagi lah maqnie sayang....
Bayangkan daripada mereka berusia 2 bulan.. pejam celik, pejam celik. Sekarang sudah berusia 4 tahun, tak terasa susah semasa proses membesarkan diaorg pon. Entahlah,yang penting kerja yang dibuat ikhlas. Harap mereka akan membesar dengan sempurna dan sukses.
Hari ni maqnie nak share beberapa amalan utk mendidik anak2 ni agar satu hari mereka akan menjadi insan yang berjaya,inshaALLAH.
Kata orang kalau tak pecah kan ruyung,mane nak dapat sagunya..kan?
Amalan2 tu mudah jek.Kita boleh ajak anak anak kita buat sama. Amat mudah! Buku ini pon maqnie baru jumpa.Simpan dah lama tapi tak pernah dipraktikkan sebab bukunya silap letak.. maklom dah 'tua' dan I is pelupa..
Amalan ini berunsur zikir nama nama ALLAH. Mudah untuk dihafal dan senang jugak untuk diamal.
**jika anak kita nakal, termasuklah nakal sikit2 ke,terlalu nakal ke atau baru belajar2 nak nakal zikirnya ialah ( YA SHAHID - dibaca sebanyak 391x sehari) pastu niat dlm hati apa yg dihajatkan.
**jika anak kita memang sedia maklom berperangai buruk.baca beberapa kali kedalam air segelas dan kemudian beri anak minum. zikirnya ialah (YA MUQIT -dibaca beberapa kali ke air segelas)
**jika anak anda diketogerikan anak yang 'slow'..lemah ingatan..senang kata kat sini 'bebal' - tuliskan 'AL-AALIY' dalam bahasa arab (alif,lam, ain, lam, ya) diatas sehelai kertas@ kain perca putih yang bersih sebanyak 110x. Rendam dalam air kemudian bagi anak minum airnya.
**untuk penerang hati- sebut (YA ZAHIR ) -sebanyak 15x setiap hari dan niatkan dlm hati hajat kita.
**supaya disayangi -sebut (YA RAHIMM - sebanyak 100x)
**sebagai pembuka pintu rezki-sebut (YA MALIK - 121x)
**sebagai penyembuh penyakit- sebut (YA SALLAM- 160x) atau sebut (YA BARIQ -100x)
**supaya doa2 anda dimakbulkan - sebut (YA WAHHAB -7x)
inshaALLAH...dengan usaha dan izin ALLAH tidak mustahil kita akan dapat apa yang kita hajati.
Terutama dalam mendidik anak2 dizaman yang serba maju dan mencabar ini.Maqnie jugak akan mempraktikkan semua zikir2 yang diatas jika perlu..inshaALLAH.
Alhamdulillah ,itu saja utk post maqnie hari ni. Lepasni kompem ramai lah yang pegang tasbih waktu memasak heeee..
Alhamdulillah ,itu saja utk post maqnie hari ni. Lepasni kompem ramai lah yang pegang tasbih waktu memasak heeee..