Skip to main content

Posts

Doa Doa Dari Al Quran Dan Hadis

Assalamualaikum. Bawah ini antara doa dari Al Quran dan hadis yang elok dibuat amalan.Ini hasil dari salin dan tampal Maq dari group whatsapp. gambar sekadar hiasan** 1. DOA MEMOHON KEAMPUNAN Daripada Aisyah r.a., bahawa beliau bertanya Nabi Muhammad SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar, maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Baginda bersabda: اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.” (HR Tirmizi) 2. SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR) Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ:  اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِر...

Galeri Ustazah Asma' Harun & sale merdeka!

 Assalamualaikum, 18/7/2022 maq sempat singgah ke galeri ustazah Asma Harun yang terletak di bandar Senawang,Negeri Sembilan. Rupanya tak susah pun nak cari galeri ustazah ni. Exit tol Senawang ,belok sana ,belok sini , masuk simpang sana , keluar simpang sini , dah sampai. Nak lebih mudah ,cari Pasaraya Mydin Senawang ,diaorang pakat pakat duduk area sama je tu. Beli apa kat galeri tu? Kami cari jubah untuk encik suami dan Maq pulak beli kurma tangkai sebagai ole ole dari Senawang untuk anak cucu dirumah. Sebetulnya takda plan pun nak ke galeri tapi disebabkan dah lalu,so singgahlah sekejap untuk ' mencuci mata ' Eaah..macam shopping balik umrah pulak ek! bawa kurma dan jubah. Ok,itu  cerita 18/7/2022. Sekarang maq nak cerita terkini pasal galeri Ustazah tu. Jom baca bawah ni. JUALAN HARGA GUDANG TERBESAR SEHINGGA 70% DI GALERI USTAZAH ASMA’ HARUN 😃🎊✨ Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.  Sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 ✊, Galeri Ustazah Asma’ Harun be...

Bila Kematian Suami,Isteri nak buat apa?

  Assalamualaikum. Terjumpa maklumat ni. Dan demi kebaikan kepada mereka yang berkaitan,maq kongsi dalam blog peribadi milik maq.Semoga beri manfaat. Bila suami meninggal ,pertamanya isteri perlu iddah selama empat bulan 10 hari tanpa apa-apa solekan untuk berhias dan cukup sekadar bersih serta keluar rumah hanya urusan penting sahaja. Seterusnya, isteri perlu selesaikan hutang suami daripada harta peninggalannya dan harus tuntut bahagian harta sepencarian di mahkamah syariah. Hutang itu termasuk hutang dengan manusia dan hutang nya dengan Allah. Seorang isteri juga perlu tunaikan wasiat suami jika ada dibuat sebelum dia mati serta segerakan pembahagian faraid daripada tinggalan harta si mati. Waallahua'lam

Duit Tanda Orang Hantar Sihir?

Bismillah, Pertengahan bulan Ogos lepas,maq sekeluarga dikejutkan dengan penemuan dua keping duit rm1.00 dibawah pasu pokok keladi hiasan rumah kami. Yang buat kami hairan bin pelik anjung rumah kami tu tinggi ,nak kata anak anak jiran letak ,macam tak masuk akal pulak.Biasanya anak jiran bermain sampai parkir kereta je takda pulak sampai naik ke anjung atas tu. Nak kata cucu letak ,diaorang dah 2 minggu tak balik rumah kami sebab mama diaorang tak sihat.Batuk & asma. Lagipun  gerobok hitam tu tinggi kot untuk seorang kanak kanak capai. Video bawah ni dirakam lepas encik suami beritahu ,ada dua tempat yang diletakkan duit tersebut. Sempat lagi rakam & buat video sebagai bahan bukti.Style zaman sekarang. Bila maq update kat status wasap,ramai pm pesan jangan ambil kalau itu bukan duit kami. Katanya seperti ada niat tak elok yang dihantar ke rumah kami. Maq pun akurlah pesanan tu. Dah sah sah memang bukan hak maq. Tapi pada petang Khamis 18hb ( waktu maghrib ) ,encik suami ru...

Komen Disorok

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah 1444. Bila maq check ada entri yang dikomen tapi bila masuk kat blog takda pulak, hati terus lah jadi celaru . Kenapalah blog nak buat magik pulak ni, rasa macam tak lawak okey.. Lepas beberapa lama bila maq perati,laaa rupanya komen tu disorokkan dulu.Bagi owner blog luluskan barulah publish. Aduh,maq pun satu ,benda mudah macam itu pun tak reti reti nak  paham. Bukan apa, sebelum ni maq memang takda pun setting nak sorokkan komen komen tu.  Mungkin banyak sangat kot komen yang berunsur tak sihat diberi so blogspot  pun settinglah elok elok bagi suasana jadi tenang & damai gitu. **cewah  padahal memandai mandai je maqnie ni hehe  Bytheway terima kasih la kat sahabat blog yang rajin beri komen kat blog maqnie ni.Contohnya Wak Warisan Petani & Dana serta tukang tukang komen yang sudi mengomen kat blog maq. Thanks ye,nanti bebila maq belanja minum cendol kat Batu Pahat hehe. Okey ,now dah boleh rasa lega dah ni.Problem da...

Set Kurus Nutrilite

 Assalamualaikum. Seperti maq jangkakan ,2022 ni permintaan untuk set kurus dari nutrilite sangat laris .Hampir setiap bulan ada je permintaan dari pelanggan.Yang repeat order pun ada. Mungkin ada yang nak tahu berapa harga untuk set kurus ini kan? CB plus (90 biji RM 164.50) Lecithin E (150 biji RM99.00) Green T ( 60 biji RM185.00) Harga yang maq bagi adalah harga bukan ahli.So kalau nak dapat harga ahli,anda boleh daftar sebagai pelanggan istimewa amway ( APC ) .Daftar hanya dengan RM20 ,anda boleh beli semua produk amway dengan harga ahli selama setahun!  Ada berapa produk amway ? yes kurang lebih ada lebih dari 400 jenis produk ! wow ! banyak tu...!! Nak jadi APC meh la pm maq kat facebook /tiktok/instagram

Orang Marah Selalu Lupa

 Assalamualaikum. Sambil teman baby Aisy tidur , jari ni sibuk nak menaip.Lama tak membebel sebenonya ni. Dalam pergaulan maq dengan masyarakat keliling,lama dah maq perati. Kita ni..haa kitalah, anda & diri maq sendiri selalui melaluinya. Kita ,bila marahkan sesaorang,kita cuma nampak semua buruk dia.Betulkan ? Buruk dari sekecil kecil buruk sampailah sebesar besar buruk dia, kita akan ingat..Padahal ada 1000 kebaikan yang dia dah buat untuk kita ,automatik kita lupa dah semua tu! Nauzubillahiminzaliq. Bila dah teringat semua kesalahan dia dari perasaan nak marah sikit terus la meluap luap api kemarahan tu. Kadang kita rasa macam,eh...aku betul kot,kaulah yang bersalah sebab salah kau itu,itu,itu ,itu dan itu. Dan aku tetap dengan pendirian aku,aku tidak bersalah. hmm jelas sudah terpapar kelemahannya kita disini. Tanpa kita sedari , segala datok nenek keturunan syaiton nirojim dah buat kerja,mereka doklah  mencucuk cucuk kita supaya teruskan api kemarahan tu. Istighfar b...