Skip to main content

Orang Marah Selalu Lupa




 Assalamualaikum.

Sambil teman baby Aisy tidur , jari ni sibuk nak menaip.Lama tak membebel sebenonya ni.



Dalam pergaulan maq dengan masyarakat keliling,lama dah maq perati. Kita ni..haa kitalah, anda & diri maq sendiri selalui melaluinya.

Kita ,bila marahkan sesaorang,kita cuma nampak semua buruk dia.Betulkan?

Buruk dari sekecil kecil buruk sampailah sebesar besar buruk dia, kita akan ingat..Padahal ada 1000 kebaikan yang dia dah buat untuk kita ,automatik kita lupa dah semua tu!


Nauzubillahiminzaliq.


Bila dah teringat semua kesalahan dia dari perasaan nak marah sikit terus la meluap luap api kemarahan tu.


Kadang kita rasa macam,eh...aku betul kot,kaulah yang bersalah sebab salah kau itu,itu,itu ,itu dan itu. Dan aku tetap dengan pendirian aku,aku tidak bersalah.


hmm jelas sudah terpapar kelemahannya kita disini. Tanpa kita sedari , segala datok nenek keturunan syaiton nirojim dah buat kerja,mereka doklah  mencucuk cucuk kita supaya teruskan api kemarahan tu.


Istighfar banyak banyak*


Rupanya sis,semakin kita rasa diri kita orang baik,semakin itulah juga kita berada dalam level manusia yang salah.


Faham tak maksud maq yang ini?


Satu jari kita tunjuk kat dia,4 jari menunjuk kearah kita.Nah! jari pun lebih bijak dari kita!


Sis, ternyata orang baik takkan cari salah oranglain. Orang dipihak yang betul takkan memburuk burukan orang dan tak akan membuka aib orang. Biasanya dia pilih untuk berdiam diri sahaja.


Eh ! saya baiklah. Saya solat tiap waktu,baca Quran,selawat hari hari tapi saya masih tak boleh nak terima dia. Dia memang salah,cara dia tu  saya memang tak boleh  terima!


**bila berada dalam situasi macamni,cuba fikirkan semula apa yang maq dah taip kat atas tu.Maq pun sedang berusaha nak perbaiki diri sendiri.Sebab maq pun manusia yang tak sempurna.


"ORANG BAIK TAK AKAN MENCARI SALAH ORANG"


Lepasni cubalah tahan sikit rasa marah sebab bila marah kita selalu lupa kebaikan orang kat kita dan kita juga akan lupa tentang betapa buruknya perangai kita tanpa kita sedar.


waallahua'lam...


Jom tonton video ni,




Nota: Maq dah try tips ni, bila rasa nak marah,maq terus senyum dan tarik nafas dalam dalam lepastu hembus pelahan lahan,katanya cara ni boleh bikin wajah jadi awet muda..Entahlah kikiki

Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Dos Bertambah Sebab Degil

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Pesanan untuk anak perempuan

Resepi Samperit Klasik