Skip to main content

Posts

Cerita hari raya 2016

sekadar nasihat Assalamualaikum, Shawal sudah hampir kepenghujungnya . Tahun ni merupakan tahun paling meriah buat maq dan keluarga. Banyak kenangan kami bersama yang sempat maq semadikan dalam video atas tu. *Taqabbalallahu minna wa minkum.. Sebelum Syawal melangkah pergi meninggalkan kita,maq menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya pernah menguris hati pembaca blog maq ini dan pada semua. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri maq sendiri. Selamat Hari Raya Minal Aidil Wal Faizin, Mohon Maaf Zahir dan Batin.  Jika ada rezeki panjang umur ,berjumpa lagi di Ramadhan serta Syawal yang akan datang. In sha Allah ..

Fikirkan mana perlu

Assalamualaikum, Bila baca tajuk ini ,  Persediaan 6 bulan sebelum menjadi pengantin  pasti kita akan cakap ,banyaknya yang perlu disediakan. Tapi apakah senarai yang dalam 6 bulan itu benar benar perlu ? Pada maq ada 1 hal lagi yang jauh lebih perlu. Persiapan yang makan puluh ribu itu hanya untuk sehari dua majlis saja,lepas majlis habis semua dah, terus tak diperlukan lagi, selebihnya jadi kenangan je. Hal yang jauh lebih perlu yang maq maksudkan ialah  tahap persediaan  bakal pengantin untuk menjadi seorang isteri ataupun suami. "Persediaan mental dan fizikal " . Ingat ye bukan sesuatu yang mudah. Menjadi suami atau pun isteri bukan urusan yang sekejap tetapi seumur hidup , malahan ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata . Makanya kemampuan anda makin teruji. Bagaimana nak uruskan keluarga mengikut landasan agama , nak hidup selesa , dan mahukan rumah tangga anda tu aman damai ? Ye, baik fikirkanlah elok elok. Hidup mewah bukan tiket bahagia, didikan...

Maya matahari diserang peminat?

Assalamualaikum .. Jika anda perhati pada post maq yang sebelum ni ,pada gambar yang akhir tu , ada kah anda nampak gadis comel pegang monopod berdiri didepan ?itulah adik sepupu maqnie, dia ialah Maya matahari (Maya Roslee) Kenal ? Remaja nowday mungkin tak kenal kot , tetapi yang membesar era akhir 1990an , mungkin kenal. Pada majlis santai bersama generasi Mohd Salleh , Maya pun turut serta . Seperti biasa , beliau akan menjadi buruan kamera  ahli keluarga yang lain . Yok tengok aksi peminat merangkap ahli keluarga setelah sokongan padu tetap diberi dari mula Maya menjejak kaki diarena seni tanah air sehinggalah kehari ini . Selamat maju jaya maya ! Gambar dibawah ni maq dapat dari group whats app FC- Fatimah's cucu.  Ada yang dah jadi follower instagram maya , ada yang dah mula layan lagu lagu maya diutube , dan ada yang tak nak cuci tangan selepas bersalaman dengan maya dan ada yang tak nak cuci baju sebab dah terlanggar bahu maya .😂😂 Ragam  cucu mak tok ! ...

Santai bersama Generasi Mohd Salleh 2016

Assalamualaikum .. Bila sebut pasal silaturahim dalam keluarga , dengan senyum maq akan kata , kasih sayang dalam keluarga tiada batasan dan garisan sempadan. Darjat ,pangkat adalah milik peribadi yang tak boleh dibawa mati , tapi apa yang kekal sampai mati ialah kasih sayang ahli keluarga dan silaturahim yang harus dipelihara kerana semua ini bakal menjadi penyambut kita dipintu syurga . Sabda Rasulullah s.w. " tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturahim" - Hadis dari Al Imam Muslim. Sehubungan dengan itu , pada 8hb julai 2016 ,keluarga maq sebelah ibu , telah mengadakan majlis..  * SANTAI BERSAMA GENERASI MOHD SALLEH 2016* Acara yang julungkali diadakan oleh generasi Mohd Salleh  ( moyang maqnie sebelah ibu ). Ianya disertai 4 generasi ,iaitu anak , cucu , cicit dan piyut allahyarham Mohd Salleh. Kami berasa sangat bertuah kerana idea ini bakal mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli keluarga .in sha Allah ,itulah harapan semua orang. ...

7 Julai 2016

Assalamualaikum, Salam aidil fitri buat semua readers blog maq. Alhamdulillah , Tahun ni maq beraya sambil sambut birthday , 7Julai 2016  ,pada hari raya ke dua ,setahun lagi usia bertambah. makin tua ke makin muda ? hurm .. perangai je orang tua , jiwa masih muda belia huhhu . Kenapa maq cakap macam tu? Sebabnya bila kita fikir asyik nak jiwa orang tua , nanti kita asyik juga anggap yang semua kata kata kita adalah betul , sedangkan orang muda pun kadang kala bijak juga berfikir . tapi bila fikir pasal mati , orang muda pun jika sudah takdir , maka akan  pulang lebih awal keasalnya  dari orang tua , SubhanAllah .. Setiap tahun , maq sambut birthday bersama 2 lagi sepupu perempuan maq , mereka juga lahir pada 7 julai .Tahun ini sambutan agak meriah kerana kami memang berkumpul di sepanjang cuti hari raya. Kejutan birthday bersilih ganti, Syukur kemeriahan raya di rasai dengan kemeriahan kejutan birthday. terima kasih buat semua ahli keluarga yang terlibat , adik ...

Bila babysitter menjahit

Assalamualaikum Bila nak datangnya Shawal , kadang tu kita hampir je lupa yang Ramadhan masih disamping .namun berianya nak sambut Shawal mengalahkan sambutan Ramadhan yang mana bulan keberkatan buat seluruh umat manusia.Lumrah kehidupan, sering aja menyingkap yang belum pasti tapi yang disisi tak di ambil peduli. Allah huakbar .. Bila babysitter menjahit ? perkara lucu yang buat ada  rasa sedikit tertekan malahan kecewa pun ada . Hehehe sendiri cari pasal ! Pada bulan Shawal TAHUN LEPAS ,ibu maq ada beli sejumlah kain langsir dikawasan Nilai 3 . Ketika itu beliau pergi beraya dirumah adiknya disana. Seperti tahun yang sebelumnya ,setiapkali beli langsir ,maq lah tukang jahitnya. Okey ..nak dijadikan cerita ,biar pun masa tu maq bakal mengasuh 2 orang baby yang bakal lahir , maq sanggup . Kononnya sambil sambil . Lagipun ada masa lagi setahun kan ! Kawan Mat Jenin suka berangan angan..heee Bila masuk tahun 2016 ( tahun baru ) maq cuma mengasuh .seorang baby dan 2 ora...

Tanggungjawab dan Nafkah

Assalamualaikum Seringkali menjadi kekeliruan dikalangan masyarakat melayu muslim kita . Anak lelaki yang sudah berkahwin , mana lebih perlu mereka  utamakan,  isterinya  kah atau ibunya kah ? Keduanya dikaitkan dengan tanggungjawab dan nafkah. Ramai keliru dengan 2 perkataan diatas. Mana satu yang wajib didahulukan. Ada diantaranya tak nak jadi anak derhaka dan tak nak pula jadi suami yg tidak ambil kisah hal keluarga.Walau bagaimana pun terdapat persamaan diantara keduanya. Antara TANGGUNGJAWAB & NAFKAH , keduanya wajib dilaksanakan oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin. Tanggungjawab buat ibu. Nafkah buat isteri. Sesungguhnya anak LELAKI  yang sudah menjadi suami orang , tanggungjawab kat ibu masih wajib  dijalankan . Jangan nanti dah dapat isteri comel , 24 jam  melayan kehendak isteri , sedangkan tanggungjawab kat ibu sendiri pula  terabai. Apa pun semua ini peringatan buat diri sendiri sebenarnya. Si isteri layak mengingatk...