Skip to main content

Fikirkan mana perlu



Assalamualaikum,

Bila baca tajuk ini , Persediaan 6 bulan sebelum menjadi pengantin pasti kita akan cakap ,banyaknya yang perlu disediakan. Tapi apakah senarai yang dalam 6 bulan itu benar benar perlu ? Pada maq ada 1 hal lagi yang jauh lebih perlu. Persiapan yang makan puluh ribu itu hanya untuk sehari dua majlis saja,lepas majlis habis semua dah, terus tak diperlukan lagi, selebihnya jadi kenangan je.

Hal yang jauh lebih perlu yang maq maksudkan ialah  tahap persediaan  bakal pengantin untuk menjadi seorang isteri ataupun suami. "Persediaan mental dan fizikal " .

Ingat ye bukan sesuatu yang mudah. Menjadi suami atau pun isteri bukan urusan yang sekejap tetapi seumur hidup , malahan ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata . Makanya kemampuan anda makin teruji. Bagaimana nak uruskan keluarga mengikut landasan agama , nak hidup selesa , dan mahukan rumah tangga anda tu aman damai ? Ye, baik fikirkanlah elok elok. Hidup mewah bukan tiket bahagia, didikan ,amalan keluarga yang cemerlang ,in sha Allah menjamin kejayaan sebuah rumah tangga.

Bila dah kahwin , kita akan berhadapan dengan keluarga baru ( keluarga mertua ) yang kita tak kenal lagi macamana perangi mereka .mungkin ada yang tak boleh masuk dengan cara kita. Jalan termudah,apakata kita belajar selok belok perangai keluarga baru tu dulu , jangan pulak kita tunjuk lagak depan mereka macamlah cara kita sorang yang betul. Kalau macam tulah gayanya , memang lepas kahwin ,anda akan dipulaukan oleh keluarga pasangan anda tu. Nanti bila dah kena pulau ,nak balik rumah mertua pun rasa malas dan tak senang. Padahal sendiri yang berlagak tak kena tempat. Ingat ! tak semua orang suka kat kita , sedang adik beradik kandung sendiri pun sering gaduh. Dan ingat , berhadapan dengan emak/bapa mertua tak sama dengan emak/bapa kandung kita sendiri. Kasih sayang mereka ada tapi tidak serupa .

Last sekali , bagaimana persiapan diri untuk menjadi ibu ,jadi  seorang ayah ?? Hal ini pun jangan dianggap hal remeh . Sebab kurang nya pengetahuan anda , bakal menghasilkan anak yang kurang berkualiti , tu sebab kadang kadang ada orang cakap ,

" buat anak pandailah , tapi jaga anak tak tahu"

Tak perlulah maq huraian lelebih makna ayat atas tu , sebab anda mungkin lebih arif mentafsirkannya. Maka belajarlah dari sekarang , fikirkan sejenak  persediaan apakah yang lebih perlu difikirkan , lebih perlu untuk diberi perhatian. Bukan untuk kehidupan sehari dua, tapi untuk selamanya.

In sha Allah ..



Hidup ini sangat indah jika kita bijak menilaikannya.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Lepaskan Fadilah Bercukur

  Masjid Dato Bentara. Bismillah, Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat. Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah. Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye. Dan jemaah lelaki yang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercukur ( botak kepala) pun dah boleh tenang tenang. Entri ini fokus pada jemaah yang nak bertahallul cara bercukur sahaja ( botak ). Ok macam ni. Semalam kata ustaz pembimbing KAH,orang lelaki kalau nak dapatkan ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala, adalah lebih afdal bercukur.Kerana dosa dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur. Jika jemaah bertahallul bergunting 5 helai rambut so dapat 5 dosa jelah yang  gugur dan naik derajatnya pun cum...

Kedasyatan Di Mashyar

  Gambar sekadar hiasan* Bismillah, Rasulullah ๏ทบ bersabda: “Kamu akan dihimpunkan dalam keadaan berkaki ayam, tidak berpakaian dan tidak berkhatan.” Aisyah RA bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah lelaki dan perempuan akan saling melihat antara satu sama lain?” Baginda menjawab: “Keadaan pada waktu itu jauh lebih dahsyat sehingga mereka tidak mempedulikan perkara tersebut.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6527) sumber salin tampal.

Brisk walk 24 November 2026

  Jalan Rahmat,Batu Pahat. Bismillah, Ini trek baru kami brisk walk sekarang.Jalan tepi Parit Dhobi tu dah tak lalu lagi. Kenapa? Kadang kadang ada anjing berkeliaran disitu.Mungkin anjing anjing tu ikut tuannya brisk walk jugak kot. So minggu ni kami try kat Dataran pulak.Sekali tu nak jadikan cerita ,ada 4 ekor anjing berkeliaran pada hari kedua kami brisk walk disitu. Aduhhai... Merata rata dah haiwan ni sekarang ek.Antara alasan maq dan encik suami tidak brisk walk ditaman kami pun disebabkan banyak anjing berkeliaran disitu.Pernah ada kes orang jogging 'dikerjakan' anjing.Kami pun rasa seram! Mercu tanda Bandar Batu Pahat. Satu je maq pelik ,pagi tadi belum pun pukul 7.30 pagi tapi orang orang dah mula kurang dikawasan dataran ini.Kereta pun tak banyak yang parkir tepi jalan tu.Kenapa ek?Harap harap tidak hal buruk belaku. Maq tanya kat encik suami,kenapa agaknya harini sepi? Apakah ada yang dikejar anjing? Tapi kata beliau mungkin mereka dikejar masa. Melawak pulak dia ny...

Khasiat Bulu Jagung

  Bismillah, Semalam maq ada jumpa satu posting kat fb berkaitan bulu jagung yang ada dijual dipasaraya.Pemilik fb tu bertanyakan soalan,apa fungsi bulu jagung sampai boleh dijual dipasaraya? Ada beberapa orang netizen balas dengan berbagai komen yang menarik. Ada yang kata di Korea ,pengusaha buat teh bulu jagung dan dipacking dalam uncang.Macam teh uncang yang biasa kita jumpa dipasaran dinegara kita.Mereka jadikan teh bulu jagung sebagai minuman herba. Ada yang lain beritahu,bulu jagung banyak khasiatnya.Tapi ramai yang tak tahu,mereka ambil jagungnya sahaja ,bulunya dibuang. Tapi Maq tertarik dengan 2 komen dalam posting tersebut.So Maq pun salin dan tampal dalam blog ini.Kalaulah ianya bermanfaat, biarlah komen mereka jadi jariah dan beri kebaikan yang berpanjangan. Photo dari google ⭐⭐Netizen 1- Selalunya orang beli bulu jagung bukan untuk makan macam sayur, tapi untuk buat air teh. Manfaatnya, 1. Untuk kencing yang lawas - paling famous. Orang yang susah kencing, kencing tak...

Healing Di Pantai Minyak Beku

  Bismillah, 'Healing' ke Pantai Minyak Beku pada Sabtu 21/11/2026.Lepas solat asar kami bertiga gerak ke pantai ini semata mata nak lihat keindahan alam ciptaan Allah. Pantai. Awan hitam yang berarak. Langit petang yang indah. Cahaya Matahari yang semakin samar. Perahu dan bot bot nelayan. Air laut & ombak kecil. Batu batan berbagai rupa dan bentuk. Pohon pohon ditiup angin pantai. Burung burung gagak. Pengunjung. Kaki kaki pancing. Masyaallah,indahnya ciptaanMu yaa Allah. Bila dah nak masuk waktu maghrib,kami pun siap sedia untuk balik. Nak 'healing' ni,tak perlu pun kena pergi jejauh. Melihat dengan rasa syukur pada alam semulajadi yang berhampiran sahaja pun dah satu nikmat. Bertarung dengan kenderaan lain yang banyak diatas jalanraya yang sesak untuk satu perjalanan yang jauh bukannya dapat merehatkan minda ,malah makin buat jiwa jadi semakin stress.Tak caya cuba!  Dah,jom kita balik!

Pengalaman Saya

  sekadar hiasan. Bismillah, Kalini saya nak kongsi pengalaman saya sakit lutut yang berlarutan hampir 2 tahun lebih. Masa mula kena,saya rasa pelipat lutut rasa ketat,rasa berat kaki nak melangkah.Tapi belum rasa sakit cuma rasa sengal sengal. Waktu tu saya sedang uruskan jenazah arwah Abah dibilik mayat HSNI,Batu Pahat. Abah meninggal selepas waktu asar dan jenazah abah diuruskan pada waktu hampir Maghrib. Semasa buat surat pengesahan kematian dan permohonan mandikan jenazah, hujan diluar turun, kejap lebat,kejap gerimis.Dan ianya berulang ulang begitu hingga masuknya waktu maghrib. Senja tu saya dan suami aja ada dibilik jenazah tu.Manakala hanya ustaz dan petugas yang buat proses mandikan. Dan saya disuruh talipon mana mana van jenazah dikawasan berhampiran bandar Batu Pahat yang boleh berurusan pada waktu tu.  Bila Azan maghrib berkumandang,akhirnya saya berjaya dapatkan van untuk membawa jenazah abah balik ke rumah kampung. Masa solat maghrib kat surau hospital pun saya ...

Giveaway Wang Tunai Rm1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join  Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai Buat satu blog post bertajuk " Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends ". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang. Tag 3 rakan  Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang Ibusyurga.blogspot.com   Sukamakanjalan.blogspot.com   www.dawaibesi.com www.guamansyarie.com http...

Mula Buat Pilihan

Assalamualaikum. Malaysia  itu Negaraku. Tak banyak nak sembang pasal Malaysia hari ini. Sebagai warganegara yang telah disah taraf , maq hari hari doakan supaya Malaysia dan semua bangsa yang ada didalam lingkungannya dilindungi  dengan sebaik baik perlindungan dari Allah swt. Inshaa Allah.. Eh itu bukan point entri maq kali ini lah.  Harini nak beritahu ,kalau nak support bangsa sendiri. Nak gunakan produk tanpa rasa was was dan kalau nak makan masakkan yang menyelerakan. Trylah hasil keluaran bangsa sendiri. Bak kata mat mat motor : " support member lah bossku.." Okey , maq done support lah ni ! Tukar bahan masakan popular  maq dengan produk Faiza ! Ni baru permulaan. Selain serbuk kari ikan dan daging ,tepung gandum ,beehoon pun dari keluaran yang sama. Kesemua yang maq guna setakat ni alhamdulillah ,tidak menghampakan setiap kali memasak. " sedap tak bang kari ikan tu ?"- pertanyaan tidak berbayar dari maq untuk encik suami. " fuh. Sed...

Dulu ,Sekarang Dan Fake

  Bismillah, Gambar diatas ini adalah hasil kami jalan jalan hari ini. Bermula dari bulan Mei 2026.Harini 21hb November 2026.Hasilnya belum  nampak ketara sangat sebabnya tengah syok berjalan jalan,diuji dengan jerebu yang paras bahaya pada bulan September dan Oktober .So terpaksalah 'skip' selama hampir lebih 5-6 minggu. Gambar bawah ini pulak ,rekod masa mula mula belajar berjalan jalan satu masa dahulu. Semoga usaha untuk kesihatan diri ini Allah beri kan kami pahala.Aamiin. ❤ Dan gambar dibawah ini adalah 'fake result' sebab maq lupa nak stopkan aktiviti kat aplikasi brisk walk tu.Luncur je naik motor sampai rumah.Kehkehkeh sorry ๐Ÿ˜‚

Surprise Giftbox by Dcalysta perfume Batu Pahat

Assalamualaikum, Apa khabar jualan perfume maqnie? Okey nak kongsi sikit. Ofcos susah sikit nak berjualan bila kilang perfume tu diarah tutup untuk beberapa bulan asbab  lockdown 3.0 di seluruh Malaysia baru baru ni. Bila customer nak code yang popular ,stock pulak takda. Yang ada cuma code perfume yang kurang jadi buruan. Tapi dah cakap pun minyak wangi, tak diburu pun still wangi padu, takda yang tak suka. So bila jualan tak sehangat selalu ,maq ambil satu langkah untuk elakkan stock perfume tak bergerak. Tu diaaa... kami adjust buat surprise perfume giftbox pulak. Bermula Ogos ,promosi hari merdeka ,kami promote kaw kaw. Alhamdulillah sambutan diluar jangkaan. Bila dah habis sambutan hari merdeka , kami buka untuk jualan harga asal.RM 45.00 sekotak. Ianya mengandungi : 1 botol perfume Dcalysta 30ml ( rm38.00) 1 bear saiz 12cm 1 kad ucapan 1 random freegift* Add ON  ( dicaj ) *3 pcs kitkat (rm 3.00) atau *1 wallet (rm 6.00) atau *sepasang handsock (rm 6.00) atau *sehelai tud...