Skip to main content

Posts

Moga sentiasa Bahagia

Assalammualaikum... Bila sebut pasal bahagia, semua orang nak hidup bahagia kan.Maq pun nak.Tapi adakah kita dapat bahagia tu semudah yang kita sebut? Pengalaman maqnie sebagai perempuan? Perempuan memang sentiasa hendak yang semuanya sempurna.Padahal,tak semua dalam dunia ini sempurna kecuali ALLAH SWT.Namun sikap tamak, iri hati sering saja  bermain dalam jiwa dan raga seorang perempuan. Bahagia disamping suami dan anak-anak adalah impian setiap perempuan yang bergelar isteri. hari-hari mendapat belaian dari insan yang digelar suami bikin hidup bagai disyurga. Isteri pula dapat meluahkan semua masalah, mengadu letih berkerja dan suami pula sedia mendengar keluhan isteri. Itu pun sudah dianggap sungguh bahagia... Untuk anak-anak pula , berjaya dalam bidang yang diceburi, baik ilmu dunia mahu pun ilmu akhirat. Sentiasa hormat ibubapa,menurut perintah tuhan dan rasul, menghormati masyarakat sekeliling, ahh...sejuk perut maq...  ahagia sungg...

sakit tapi takut makan ubat

Assalamualaikum. Pagi ni rasa letih sangat sangat.Malam tadi dan malam-malam yang sebelomnya, asben maq demam. B eliau mula diserang pada hari ahad lalu.N amun disebabkan permintaan ibu maq dikampung nak jumpa  anak cucu  beliau kuatkan juga badannya untuk pulang ke kampung pada hari tersebut. Harini sakitnya bertambah teruk , masaalahnya asben maq ni malas untuk ke klinik. Ha a..takut makan ubat le tu.A da takda,maq lah doktor dia, nurse dia, tukang urut dia, dan segala-galanya untuk dia.PA solehah 😌 Harini maq pujuk lagi agar dia ke klinik, ntahlah dia pergi ke tak haishh.K alau dia budak-budak senang sikit maq pujuk, ni bapak budak. Bukan maq tak iklas nak jaga dia sakit, tapi pemeriksaan doktor amat perlu jika demam dah lebih 3hari kannn? Ape pon tak boleh kalau orang yang takut ubat ni sakit. Nasihatlah apa pun ,kata dia je yang betul. H arapan maq, moga dia cepat semboh.Dan dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa. Tak  sanggup maq tengok dia terlant...

Tanda Tanda Mati Bagi Umat lslam

Kata kata nasihat** Assalamua'laikum.. Hidup lawannya mati! Adapun tanda tanda mati mengikut ulamak adalah benar! Ianya wujud!  Cuma dalamnya ketakwaan kita saja yang dapat membezakan kepekaan kita kepadanya. Sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNYA. Tanda tanda ini akan berlaku kepada  orang islam saja supaya mereka dapat bertaubat dan bersedia dlm perjalanan menghadap ALLAH nanti. Manakala untuk orang kafir, nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan. ini sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH swt.  Tanda tanda kematian itu adalah : tanda 100 hari sebelum m ati Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh akan bergetar dari hujung rambut sehingga hujung kaki seakan akan menggigil. Magi mereka yg sedar kehadiran tanda ini maka ia adalah peluang baik utk memanfaatkan masa yang ada utk mempersiapkan diri dgn amalan yg akan dibawa nanti sesudah mati. tanda 40 hari sebelum mati Ketika ini bahagian ...

Zikir Asmaul Husna

Assalamualaikum... Bila dah hari-hari mengadap anak. Anak sendiri, anak orang. Tapi atas nama tanggunggjawab kerja yang dah buat hampir 16 tahun ni memang menarik. Dapat pulak ibubapa yang boleh bertolak ansur,lagi lah maqnie sayang.... Bayangkan daripada mereka berusia 2 bulan.. pejam celik, pejam celik. Sekarang sudah berusia 4 tahun, tak terasa susah semasa proses membesarkan diaorg pon. Entahlah,yang penting kerja yang dibuat ikhlas. Harap mereka akan membesar dengan sempurna dan sukses. Hari ni maqnie nak share beberapa amalan utk mendidik anak2 ni agar satu hari mereka akan menjadi insan yang berjaya,inshaALLAH. Kata orang kalau tak pecah kan ruyung,mane nak dapat sagunya..kan? Amalan2 tu mudah jek.Kita boleh ajak anak anak kita buat sama. Amat mudah! Buku ini pon maqnie baru jumpa.Simpan dah lama tapi tak pernah dipraktikkan sebab bukunya silap letak.. maklom dah 'tua' dan I is pelupa.. Amalan ini berunsur zikir nama nama ALLAH. Mudah untuk dihafal dan senang j...

Post Pertama Blog Maqnie

Assalamualaikum... Ini merupakan post maqnie yg pertama. Meminati blogging lepas tengok anak anak dara maq enjoy je layan blog diaorang.Jeles?  Takda la jeles tapi pada maqnie dengan cara berblog ini kita dapat berkongsi kongsi idea  dengan orang lain ,kongsi maklumat ,kongsi resepi but tak mau la kongsi suami... sis tak rela ! Sebagai seorang pengasuh yang dah bergiat dalam dunia asuhan dah  hampir selama 16 tahun banyak juga pengalaman maqnie. Nanti maqnie kongsi kan kt sini ye.Tunggu... Untuk permulaan biarlah kita berkenal kenalan dulu. Maqnie, Seorang ibu beranak 3. Anak semua perempuan. Seorang surirumah, Seorang pengasuh, Seorang isteri, Seorang yang kuat membebel walaupun dalam tidur. Umur?  Dah baligh dah.  Alhamdulillah. Nampaknya itu saje untuk permulaannya ye.Tunggu di post akan datang.Surprise pulak kan.  ops kejap ! nak beri ucapan,kepada semua reader,selamat malam and sweet dreams ....