Bismillah
Maaf jika ada yang terkesan dengan post kalini.Ia berkaitan dengan chat bawahni.
Chat macamni bukan sekali maq terima malahan banyak kali.Bukan tahun ni je malah sebelum sebelum ni pun ada. Yang mana datangnya dari orang yg berbeza.Bercerita tentang hal yang sama ,untuk masalah berbeza.
Maaf jika maq katakan ,mereka ini sangat keterlaluan! Maaf juga jika akhirnya maq terpaksa delete nombor mereka dari contact.Bukan benci tapi nak jaga diri dari sakit hati.
Bukan juga bermakna maq sombong atau bajet baik tapi maq sangat kecewa dengan manusia macamni.Tak kiralah dia sahabat baik atau saudara mara sekali pun .Jika hatinya tak percaya dan yakin dengan aturan Allah dalam kehidupannya , maq akan buang dia jauh dari circle hidup maq.
Orang macamni sampai kiamat pun akan selalu salahkan takdir.Tak peduli nasihat orang.Selalu salahkan orang dan tak reti untuk bersyukur.
Maq sebagai orang yang rumah kata pergi,kubur pulak kata mari , mohon sangat² kat semua contactlist whatsapp yang mana sering sangat bertanya ,
" apa dosa saya sehingga takdir saya teruk macamni?"
** ini jawapan maq :
kita ini adalah pendosa tanpa henti.Selagi bernyawa ,kita akan lakukan dosa sama ada dengan sedar atau tanpa sedar.Jangan tanya apa dosa anda tapi tanya diri anda dalam sehari berapa kali anda dah minta maaf kepada Allah?
Seumur hidup tak pernah pun buat solat sunat taubat? ok fine ,sila buat sekarang!!
Comments