Skip to main content

Posts

Hasil Dari Kebun Pasu

  Bismillah ,Alhamdulillah. Harini kutip hasil dari "kebun dalam pasu" Sayur yang maq tanam pada akhir bulan 10 haritu dah boleh dituai. Dari 3 pasu pokok bendi,dapatlah 4 batang bendi.Jadilah buat raso raso 😂 Daun kunyit dan daun limau purut tu untuk masak rendang ayam ,inshaallah. Alhamdulillah,ini adalah percubaan.Langkah seterusnya insyaallah bakal menyusul. lokasi kebun pasu maq. Tengok kebun dari anjung rumah pun dah boleh. Takyah turun tanah. Lepasni kawasan pakir bakal bertukar kepada kebun pasu peribadi. Kalau korang perasan dalam gambar ,jiran maq tanam pokok pisang dalam tong cat je tau. Daun pisang boleh digunakan untuk masak ikan bakar. Good idea kan?  Ø§َللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ  Edited :Lepas Asar tadi , its done! Lauk untuk makan malam kami bertiga nanti ,inshaallah,  Semua hasil dari kebun pasu. sayur bendi goreng , lebih bawang besar dari sayur bendinya 😎 rendang ayam daun kunyit bersepah 🤣 Alhamdulillah, Rezeki milik ...

Buah Bidara Pasar Lambak Senggarang

  Bismillah,Alhamdulillah. Hari Sabtu lepas maq sempat juga singgah pasar lambak di pekan Senggarang. Lama sangat kami tak kesana.Kawasannya luas dan masih dipenuhi dengan perniaga perniaga otai.Maksud maq masih ramai lagi orang yang lama berjualan disitu.Perniagaan keluarga agaknya. Setibanya kami dikedai jual buah buahan,maq nampak buah kegemaran,buah bidara.Rupanya dah musim buah ni ek? Sedang maq leka pilih buah bidara tu,tetiba dengar suara dari sebelah kiri maq. Buah apa tu? Ini buah bidara jawab maq.. Tak pernah tengok la,apa rasanya? Ahh maq pening kejap.. Macamana nak gambarkan rasa buah ni ek? Nak kata rasa epal bukan! Nak kata rasa durian jauh sekali! Nak kata rasa mangga pun jauh! Ada sesikitlah rasa jambu air tapi buah bidara ni tak manis dan tak tawar.Buah ni bila dikunyah bunyi crispy ,Krup krap gitu.. Allahhu susahnya maq nak bayangkan rasanya tu.Kenapalah diaorang bagi kat maq soalan sesusah tu?? Guys korang nak tau tak siapa yang bertanya? Seorang lelaki dalam umu...

Anugerah Buat Wanita

  Bismillah ,Alhamdulillah. Istimewanya seorang wanita yang bergelar isteri & ibu yang rajin beribadah. Mereka itu tidak perlu menanggung dosa suami dan keluarga tetapi apabila dia berdoa, Allah izinkan doanya menjadi doa yang tiada berhijab ( doa maqbul ) Doa doanya mampu beri kejayaan dalam usaha  kerjaya si suami dan mampu beri kebaikan pada susur jalur masa depan anak anak. Semua belaku dengan izin Allah, Masyaallah. Allah Maha Baik.

Musim Haji 1446H

  Bismillah,Alhamdulillah. Harini tabung haji dah keluarkan senarai bayaran bagi musim haji 1446H mengikut kategori. Seperti yang tertera dalam gambar diatas. Harini juga mereka yang  telah daftar haji pada tahun 2009-2010 sedang menunggu surat tawaran haji mengikut rezeki masing masing.Tawaran melalui SMS. Debaran kian terasa bila aplikasi thjari tak boleh di log in pagi ini ,mungkin ada sedikit kemaskini sedang dijalankan. Tahniah bagi sahabat sahabat & saudara masa  yang diundang menjadi tetamu Allah pada tahun 1446H kali ini. Semoga segala urusan kalian berjalan lancar dan dipermudahkan untuk setiap usaha. Jaga kesihatan ,jaga makan minum.Kerana step seterusnya akan berlangsung sikit masa lagi. Ù„َبَÙŠْÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَÙŠْÙƒَ Ù„َبَÙŠْÙƒَ Ù„َا Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَÙŠْÙƒَ Ø¥ِÙ†َّ الْØ­َÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ  Ù„َا Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ

Buah Yang Disebut Dalam Quran

  Bismillah , Alhamdulillah. Kurma adalah antara buah yang Nabi cakap ada di syurga. Selain kurma , ada juga buah delima, zaitun ,tinn ,pisang, labu dan anggur yang disebut dalam Al Quran. Bukti? Dan kalini maq nak beritahu yang kurma ajwa yang ada dalam gambar kat atas tu, harganya cuma RM 36 sekilogram ( free postage ) Nak lagi murah tunggu sale payday. Kurma saiz S & M. Maq beli kat tiktok shop. Rasanya segar ,lembut dan sedap. Nasihat maq korang dah boleh dah beli buat stock untuk bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal muncul sikit masa lagi.Awai tak kalut!  Kalau korang ada join group "prep" ditelegram,kurma adalah antara makanan kering yang dicadangkan untuk di "prep". Berguna untuk support tenaga manusia. Kurma boleh disimpan 2 hingga ke 3 tahun bila dalam keadaan darurat & peperangan. Cuma pastikan ianya dalam keadaan kering. waallahua'lam. Jom selawat**

Sabtu ,14 Disember 2024

  Bismillah, Suasana di Pantai Bukit Batu pada pagi ini. Kami pergi ke Pantai Bukit Batu semata mata untuk bersarapan selepas selesai ziarah kubur Arwah Abah di Masjid kampung Koris. Layan Nasi lemak bersama Kopi panas disini sambil menikmati hembusan angin laut dan bunyi suara gemersik air pasang,momen yang sangat mendamaikan. Di warung kami bersarapan tu ,ada juga menjual ikan asam pedas.Pukul 9 pagi dah ramai cari menu asam pedas! Maq cuma beli mee siput dan petis untuk dibawa balik ke Bukit Perdana. Jom selawat** Abah... tak pernah tak rindu.

Readers Blog Dari Mana?

  Bismillah, Tetiba malam ni mood rajin selongkar blog. Bagi maq ,blog ini hanya sekadar tempat maq post pengalaman  peribadi sendiri dan tempat seorang emak meluah dan berkongsi sedikit maklumat yang ikhlas dan ringkas. Dan ini hasil untuk analisis post diblog maq dalam seminggu ini yang maq dapat dalam "stat". Pembaca dari asia tenggara tu okey, maq masih boleh terima lagi tapi yang dari  negara yang jauh nun disana tu?Kok ono... Macam macam negara yang masuk blog ni kan dan maq masih lagi tertanya tanya siapa kah mereka? Dalam bulatan tu agaknya diaorang tak pergi perang ke apa ek? hahaha ghisaunya saya Apa pun maq cuma mampu ucap terima kasih dan mendoakan  agar yang baik baik sahaja buat korang yang sudi masuk blog peribadi ini dan ampun maaf kalau ada yang tersalah atau tersilap kata. **Malam Jumaat guys ,jom pakat pakat ,kita selawat sampai kiamat.