Skip to main content

Posts

Mangsa Fitnah

Assalammualaikum , Kembali kita dalam episod sembang sembang kosong.Maq nak meluahkan apa yang sedang bermain di kotak minda sekarang ni. Dugaan adalah salah satu rencah kehidupan.  Kata orang kalau hidup tak diduga maka tak bermakna lah perjalanan hidup seseorang. ye,maq akur pada fakta itu namun jika jiwa asik tertekan oleh dugaan demi dugaan maka dengan rendah dirinya seseorang itu jadi makin lemah. Difitnah .. Ini salah satu dugaan paling ternajis terutama kepada mangsa fitnah.Kalau la yang menabur fitnah itu orang yang jauh dari kita mungkin kita dapat katakan.Hahh mungkin dia tak kenal aku lagi tapi jika yang membuat fitnah itu orang yg tersayang?kekasih awal dan akhir.Cinta lepasan sekolah dan sehingga lah kejinjang pelamin? Disaat si dia masih setia disisi masih perlu ke di curiga ? kena ke difitnah?tak nampakkah pada kesetiaannya yg diberikan selama ini ? Sedang anjing garang pun dia tak akan menggigit tuannya.Harimau di zoo pun tak akan menerkam penjaganya kecuali d...

Kesilapan seorang perempuan

Assalammualaikum semua, senyumlah walau hati menangis,rindu yang datang tiba-tiba kadang kala tak tahu siapa yang punya,namun terbayang wajah orang tua yang jauh, wajah adik-adik,wajah orang yang pernah menjadi insan tersayang,membuatkan jiwa makin kacau. Naluri seorang perempuan,bila rasa rindu,hati jadi sebak semacam, macam lah esok lusa tak akan berjumpa,ye tak? air mata tu senang sangat menitisnya pun,alahai... kalau budak - budak menangis nampak la comel,tapi bila budak expired yang menangis,buruk beno ~ hehe Sebut pasal perempuan ,hampir semua dikatakan bersifat penyayang, sayang suaminya,anak-anaknya,ibubapanya,kawan-kawannya, jiran-jirannya.Boleh cakap hampir seluruh orang yang hampir dengannya adalah yang disayang. Cuma jenis kasih sayang nya saja yang berbeza-beza. Namun berbeza dengan kaum lelaki,mereka hanya sayang ahli keluarganya dan kekasihnya je. Silapnya perempuan : Kalau dah sayang tu lupa dunia,sanggup berkorban apa saja untuk yang disayangi, berhabis pun takpe ,...

Mencari saham akhirat

Assalammualaikum syukur kita dapat bertemu sekali lagi  jumaat dalam hidup ini. sekali lagi dipertemukan dengan semua  mahluk di maya ini. sehari lagi nafas masih mampu berhembus. sehari lagi jantung masih  terus  berdegup. sehari lagi mata masih dapat melihat keindahan alam. sehari lagi anggota badan masih mampu bergerak untuk melakukan semua tugasan alhamdulillah syukur.. syukur ..syukur padaMu YA ALLAH...Maha Pengasih, Maha Penyayang... jam menunjukan keangka 10.45am Maq baru nak masak didapur tiba-tiba handset maq berbunyi tanda ada pesanan ringkas dari seseorang bila maq buka rupanya pesanan ringkas itu datang dari ustazah yang mengajar maq ilmu tajuid al-Quran .Terharu membacanya SMS beliau bila ayat yg di hantar kepada maq berbunyi : Ustazah : salam ..gembira hati dan Alhamdulillah  anak-anak didik akak dah boleh membaca doa dalam majlis yasin,  mudah-mudahan akan berterusan..amin2 Maq : Wsalam,mana akak tau ;)   tapi semua tu h...

Bersyukur Pun Tak Mampu ?

Assalammualaikum, Dalam mencari keutuhan rumah tangga suami dan isteri mainkan peranan masing-masing. Apa yang selalu diperkatakan suami adalah ketua keluarga dan isteri adalah sebagai pengurus rumah tangga. Namun begitu dalam dunia yang serba moden ini,ramai suami terlupa yang dia adalah ketua keluarga. Malahan banyak urusan keluarga di serah bulat-bulat pada isteri,temasuklah nafkah !Ramai suami lepas tangan dalam rumah tangga. Si isteri yang nak kehidupan yang lebih sempurna terpaksa berkorban apa yang dia ada termasuk wang ringgit nya sekali. Padahal hasil kerja isteri sesungguhnya adalah hak isteri bukan lah nafkah untuk tanggung keluarga. Ramai suami yang hanya menghabiskan duit gaji untuk kepentingannya sendiri. Ramai pula merasakan cukuplah hanya dengan bayar duit rumah,bil,dan belanja dapur. Yang lain-lain itu hak isteri mengguruskannya.Adil kah? Untunglah jika dapat suami yang tak berkira sangat dalam urusan perbelanjaan rumah tangga tetapi redha jelah bagi yang dapat ...

Kehidupan Harian Maq

Assalamualaikum, Pagi yang indah menjelma semula,seawal pagi maq dah mula lincah didapur sediakan sarapan pagi ,cuci baju , kemas rumah dan macam macam lagilah. Itula kerja maq hari hari.Sejak 20 tahun lebih dah maq buat kerja yang serupa,lama kan? Kalau dikira dengan susun batu block sejam seketul,agak-agak maqnie dah boleh dirikan tembok versi sendiri.Mungkin dah boleh kalahkan tembok kat negara China tu -haha perasan je ni . Namun kebosanan tu akan hilang bila melayan anak anak asuhan. Walaupun dah dekat 20 tahun hidup macam ni maq tak pulak rasa bosan walaupun kadang - kadang tu rasa teringin jugak nak rasa bosan, heheheh nak tau tak kenapa kaq takda rasa bosan duduk rumah? Sejak hadirnya anak-anak asuhan ,macam- macam perangai maq junpa tapi kehadiran mereka sedikit sebanyak menghiburkan hati maq yang dah mula rasa jemu duduk rumah.  Gelak tawa mereka,tangisan mereka semua tu telatah yang buat maq sangat bersemangat untuk meneruskan semua aktiviti. Hinggakan jika lama ...

Berdendam Itu Penyakit

Assalammualaikum Bila diizinkan melihat alam ini kembali,rasa bersyukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang bernafas dengan sempurna. Masih dapat menunaikan tanggungjawab dan tugas harian serta  masih berupaya utk membuat amal ibadah,alhamdulillah... Manusia adalah pelakon utama diatas dunia ini. Menjadi pelakon di pentas maya ini sangat teruji zahir dan batin. Dalam menguasai minda ,manusia mudah lupa bahawa darjat itu bukan ketentuan manusia tapi hak Maha Pencipta. Adakala manusia menjadi pedendam yg tegar. Ada ketika menjadi pemburu bayang yang kejam, ada masa juga manusia boleh menjadi seorang yang penyayang dan sangat setia. Tapi yang mana satu kah kita,hanya kita yang lebih tahu. Dalam meniti liku kehidupan ini aku hanya mampu mengatakan tolong hapuskan semua rasa dendam,lupuskan semua rasa irihati kerana kita semua adalah mahlok Allah yang tidak pernah sempurna. Dan diakhir perjalanannya nanti kita semua akan dikumpulkan bersama - sama disana.In sha Allah ....

Post Pertama 2013

Assalamualaikum readers, Tahun baru dah masuk hampir seminggu. Banyak cerita lama yg boleh dijadikan teladan banyak juga cerita manis yg bolehlah dibuat kenangan. Maqnie rasa semua yg diluar sana akan bertambah matang dalam tahun baru ni. Maqnie pun dah makin bertambah muda dah ni.. eh!! bertambah usia... Mana yang belum ada calon teman hidup tu dah boleh la mencari sebab ramai insan solo diluar sana yg memerlukan teman hidup.Maka berusaha lah dengan bersungguh-sungguh mencari calon anda...hehe Yang belum berkerjaya tu boleh berusaha banyak peluang kerja kosong di negara kita ni cuma antara hendak dengan tak hendak je. Harapan maqnie ditahun baru ni semua hutang-hutang tahun lepas tu anda dah bagi settle.   Bukan apa tak baik simpan hutang lelama nanti hidup tak berkah. Opss..mohon jangan terasa ...