Mencari saham akhirat

Assalammualaikum

syukur kita dapat bertemu sekali lagi  jumaat dalam hidup ini.

sekali lagi dipertemukan dengan semua  mahluk di maya ini.

sehari lagi nafas masih mampu berhembus.

sehari lagi jantung masih  terus  berdegup.

sehari lagi mata masih dapat melihat keindahan alam.

sehari lagi anggota badan masih mampu bergerak untuk melakukan semua tugasan
alhamdulillah syukur.. syukur ..syukur padaMu YA ALLAH...Maha Pengasih, Maha Penyayang...

jam menunjukan keangka 10.45am
Maq baru nak masak didapur
tiba-tiba handset maq berbunyi
tanda ada pesanan ringkas dari seseorang
bila maq buka rupanya pesanan ringkas itu datang dari ustazah yang mengajar maq ilmu tajuid al-Quran .Terharu membacanya SMS beliau bila ayat yg di hantar kepada maq berbunyi :

Ustazah : salam ..gembira hati dan Alhamdulillah anak-anak didik akak dah boleh membaca doa dalam majlis yasin, mudah-mudahan akan berterusan..amin2

Maq : Wsalam,mana akak tau ;)  tapi semua tu hasil dari didikan akak jugakkan..syukur..

Ustazah :  Amin3 ..muga ianya menjadi saham kita diakhirat nanti..

Maq : . . ..  *sebak* . .Aaminn.. terima kasih Ustazah.. :)

Ustazah : sama-sama

*** Cerita Sebenarnya :
malam tadi kumpulan yasin al Raudhah
ada undangan di rumah salah sorang penduduk di taman Bukit Perdana kerana pemergian orang tersayang menemui Penciptanya semalam. Disebabkan ustazah ada tanggungjawap lain pada  malam tu dan tidak dapat hadir,maka maqnie dan bendahari telah menggantikan ustazah sebagai pembaca doa pada malam itu..Tetapi kami juga dibantu oleh Ustazah Rubiah  sebagai ketua Muslimah di majlis tersebut.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ...






Popular Posts