Skip to main content

Posts

Warasnya sebiji akal

Assalamualaikum.. Manusia adalah mahluk tuhan paling sempurna dimukabumi ni yang diberi akal fikiran untuk diguna pakai. Siberi nikmat yang pelbagai untuk menjalankan kehidupan.Tapi kenapa manusia lah yang sering melakukan musibah dibumi jugak?  Adakah manusia ini ego?sebab dia mahlok yg sempurna? Atau sebab manusia ada akal sebab tu manusia boleh jadi pemusnah? Hari-hari kita tatap kejadian-kejadian ngeri,kejam, keganasan yg hanya dilakukan oleh manusia! kadang-kadang kita hangen bila ada kes anjing liar gigit kanak-kanak.mencederakan orang tua, apa yang ter keluar ayat dari mulut kita. Tembak je anjing tu, bikin masalah pada orang ramai je!  Tapi bagaimana dengan orang yang bunuh orang?orang yg buang anaknya sendiri bersepah-sepah tu?orang yg membunuh ibubapanya hanya disebabkan wang! Orang yg mencekik bayi sampai mati? Orang yg memperkosa anak sendiri? Orang yg membiarkan ibubapanya melarat dijalanan? haishh,ada banyak lagi , tak perlu di paparkan disini. Hukuman apa k...

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembutkan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya tapi perangai tu tetap ada.Entah kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan.Kan? Dalam blogwalking hari ni. Allah dah menemukan maq dengan satu blog yang akan beri sedikit ilmu untuk maqnie dan semua. Tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua,insyaALLAH.. Semoga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... Sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum?

Nampak macam mudah tapi susah

Tajuk je tak boleh blah.. Mula mula kata mudah lepas tu kata susah..apa pon tak boleh. Eh ,chop,chop ! Salam belum beri... Assalamualaikum semua..  Apa benda lah yang mudah tapi susah tu kan... hurmmmm benda ni sebenarnya selalu kita lakukan iaitu memohon maaf kemudian memberi maaf.Cakap minta maaf memang mudah bila kita dah buat silap. 'maafkan saya'.. Satu ayat mudah dan ringkas, namun apakah kita tahu kesan yang datang selepas kita buat silap tu?tuan empunya badan saja yang mengerti... Mohon maaf sebenarnya  satu penawar bagi jiwa yang sakit. Ianya menunjukan satu  kesilapan itu terjadi bukan kehendak hati. Ianya berlaku tanpa niat . Walaupun ada kala ianya  datang dengan niat jugak huhu maafkan saya~ Sebagai mangsa pulak (orang yang diminta maaf tadi ) kita hendaklah mengenepikan ego kita. walaupun jiwa sakit hati pedih sebab  kesilapan yang di lalukan terhadap kita. Baik maafkan aje lah kan .Hehehe tak rugi kot.. Memberi maaf dengan j...

5 Perkara Yang Dituntut

Assalamualaikum.. Kata ustaz ada 5 pekara yang dituntut oleh Allah  dalam hidup ni.Iaitu, 1 -MEMIKIR AYAT-AYAT ALLAH Kita dituntut memikirkan ayat -ayat Allah  iaitu surah Al-Quran, dan dibaca sekali terjermahannya bagi menguatkan ilmu kita. Dituntut juga  membaca Al-quran sehingga khatam sambil mempelajari erti dan pengajarannya. Sebagai hamba kita dituntut untuk  memikirkan tujuan Al-Quran diturunkan didunia ni. 2 -MEMIKIR NIKMAT-NIKMAT ALLAH Tujuannya supaya kita bersyukur atas nikmat yang kita dapat. tidak leka dengan semua nikmat yang Allah beri. rujuk surah Al-Kaf ayat 96 yang bermaksud,    ''  bila mana penduduk sebuah negara itu beriman,   Aku (ALLAH) akan memberi nikmat dari langit dan dari   bumi.'' 3- MEMIKIR JANJI-JANJI ALLAH. Tujuannya bagi menambah iman kita demi janji Allah, iaitu syurga hanya untuk orang yang beriman.Rujuk surah Hud ayat 117 yang bermaksud,   ' jangan menolong orang zalim,Allah akan menghu...

Moga sentiasa Bahagia

Assalammualaikum... Bila sebut pasal bahagia, semua orang nak hidup bahagia kan.Maq pun nak.Tapi adakah kita dapat bahagia tu semudah yang kita sebut? Pengalaman maqnie sebagai perempuan? Perempuan memang sentiasa hendak yang semuanya sempurna.Padahal,tak semua dalam dunia ini sempurna kecuali ALLAH SWT.Namun sikap tamak, iri hati sering saja  bermain dalam jiwa dan raga seorang perempuan. Bahagia disamping suami dan anak-anak adalah impian setiap perempuan yang bergelar isteri. hari-hari mendapat belaian dari insan yang digelar suami bikin hidup bagai disyurga. Isteri pula dapat meluahkan semua masalah, mengadu letih berkerja dan suami pula sedia mendengar keluhan isteri. Itu pun sudah dianggap sungguh bahagia... Untuk anak-anak pula , berjaya dalam bidang yang diceburi, baik ilmu dunia mahu pun ilmu akhirat. Sentiasa hormat ibubapa,menurut perintah tuhan dan rasul, menghormati masyarakat sekeliling, ahh...sejuk perut maq...  ahagia sungg...

sakit tapi takut makan ubat

Assalamualaikum. Pagi ni rasa letih sangat sangat.Malam tadi dan malam-malam yang sebelomnya, asben maq demam. B eliau mula diserang pada hari ahad lalu.N amun disebabkan permintaan ibu maq dikampung nak jumpa  anak cucu  beliau kuatkan juga badannya untuk pulang ke kampung pada hari tersebut. Harini sakitnya bertambah teruk , masaalahnya asben maq ni malas untuk ke klinik. Ha a..takut makan ubat le tu.A da takda,maq lah doktor dia, nurse dia, tukang urut dia, dan segala-galanya untuk dia.PA solehah 😌 Harini maq pujuk lagi agar dia ke klinik, ntahlah dia pergi ke tak haishh.K alau dia budak-budak senang sikit maq pujuk, ni bapak budak. Bukan maq tak iklas nak jaga dia sakit, tapi pemeriksaan doktor amat perlu jika demam dah lebih 3hari kannn? Ape pon tak boleh kalau orang yang takut ubat ni sakit. Nasihatlah apa pun ,kata dia je yang betul. H arapan maq, moga dia cepat semboh.Dan dapat menjalankan aktivitinya seperti biasa. Tak  sanggup maq tengok dia terlant...

Tanda Tanda Mati Bagi Umat lslam

Kata kata nasihat** Assalamua'laikum.. Hidup lawannya mati! Adapun tanda tanda mati mengikut ulamak adalah benar! Ianya wujud!  Cuma dalamnya ketakwaan kita saja yang dapat membezakan kepekaan kita kepadanya. Sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambaNYA. Tanda tanda ini akan berlaku kepada  orang islam saja supaya mereka dapat bertaubat dan bersedia dlm perjalanan menghadap ALLAH nanti. Manakala untuk orang kafir, nyawa mereka akan terus direntap tanpa sebarang peringatan. ini sesuai dengan kekufuran mereka kepada ALLAH swt.  Tanda tanda kematian itu adalah : tanda 100 hari sebelum m ati Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. Seluruh tubuh akan bergetar dari hujung rambut sehingga hujung kaki seakan akan menggigil. Magi mereka yg sedar kehadiran tanda ini maka ia adalah peluang baik utk memanfaatkan masa yang ada utk mempersiapkan diri dgn amalan yg akan dibawa nanti sesudah mati. tanda 40 hari sebelum mati Ketika ini bahagian ...