Skip to main content

Pengaruh

Assalamualaikum , selamat pagi buat semua seisi alam maya.

Harini Sabtu 3/3/2018 . Cepatnya masa berlalukan. Betapa ringkas Allah mencantas masa kita sehingga kita tak perasan 2020 dah tinggal setahun lebih je lagi. Ternyata ,kehendak dunia telah buat kita leka. Masa berjalan meninggalkan kita selaju roket diangkasa . Kalau dulu bila sebut wawasan 2020 , automatik kita kata ,

" eleh tah jumpa ke idok cik Peah oii ,lama bebeno lagi tu , 2020 ! "

Hehe itu dulu !

Dan harini juga bersamaan 16 jamadilakhir 1439Hijriah.  Apa yang maq pernah baca , mengikut kata sorang pakar agama , dunia hanya kekal selama hanya 1500 tahun hijriah ( selepas kehadiran Nabi Muhamad s.a.w. ) jika benar apa yang dikata oleh beliau , ternyata dunia ini dah tak lama dah lagi.

1500 - 1439 = ?

Sebagai hamba Allah , apa kah yang kita perlu lakukan? Ada baiknya kita fokus dunia dan akhirat. Nak fokus akhirat 100% pun nanti dunia kita terabai. Sedangkan cari rezeki pun ibadah dan dapat pahala . Melaksanakan tanggungjawab untuk keluarga pun dapat pahala. Tapi apakah kita mampu lakukan semua serentak? Tanyalah diri sendiri.

Realitinya , memang sukar untuk kita memperkatakan. Hanya kita yang tahu siapa kita yang sebenar.

Dalam kehidupan era sekarang , kita sering terpedaya dengan keadaan keliling. Kekadang kita tengah berusaha bersungguh sungguh untuk dekatkan diri kepada Allah , tapi disebabkan kekangan kerja , kita TERPAKSA  jadikan kewajipan dengan Allah tu ditempat kedua. Sebab matlamat kita hari hari lebih kepada nak majukan hidup .  Nak kerja bersungguh sungguh. Kena bercampur dengan kawan kawan ,kalau tidak nanti dipulaukan. Mulalah terasa diri terasing ditempat kerja. Begitu juga disudut lain, hubungan diantara keluarga , masyarakat kejiranan , semua mempengaruhi.


Kita dah dewasa ,  sudah boleh berfikir !

Kalini lihat cermin diri , jika kita seperti sudah sedikit tersasar dari jalan Allah , lihatlah orang sekeliling yang hampir dengan kita. Yang hari hari dok kita ngadap.  Apakah dia juga jaga adapnya dengan Allah ? Atau dia antara hamba yang jauh dengan Allah? Atau dia jenis kejap ON ,kejap Off terhadap perintah Allah? Kita boleh menilaikannya. Sebab kita dah boleh berfikir! Sebab kita dah dewasa !


Dugaan besar bila kita bekerja disyarikat bukan muslim. Kebanyakkan mereka lebih utamakan produktiviti , sehingga kita terpaksa ikut je apa arahan mereka , dan kadang sampai tertangguh urusan solat kita. Itu belum cerita pasal makan minum yang kononnya dibelanja , pergi makan makan , makan besar , atau makan apa jek yang boleh buat kita bangga kerana hasil kerja kitatelah diraikan. Halal haram ? TERPAKSA kita Tolak tepi ..


Nauzubillah himinzaliq..

Ramai dah maq tengok , situasi seperti ini belaku depan mata. Sebagai saudara muslim , maq cuma mampu berdoa , supaya orang yang bekerja dibawah pengurusan nonmuslim , tidak terus terusan tertindas dan teraniaya oleh dakyah putar belit mereka sehingga mengenepikan tanggungjawab dengan Allah. Sekali lagi maq pesan. Lihat keliling anda , pengaruh mereka sangat besar !

 Iman tidak boleh dijual beli.
Iman itu hak seorang muslim keatas dirinya sendiri.
Iman takkan datang tanpa diusaha.
Iman boleh jarakkan kita dengan hal dunia kita.
Iman penyelamat diakhirat nanti.
Dunia hanya dipinjamkan.
Waallah huala'lam.

Peringatan kepada diri ini sendiri juga*

Comments

Popular posts from this blog

Tips Sekiranya Berlaku Serangan Nuklear

  Bismillah, Jika anda rasa post ini penting,boleh teruskan bacaan.Dan jika rasa tak perlu,abaikan sahaja. Televisyen negara Iran telah mengeluarkan amaran kepada warganegara mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku serangan nuklear: *Jangan melihat cahaya terang daripada letupan itu. *Jika anda berada di luar dan tidak dapat segera masuk ke dalam bangunan, berlindung di sebalik penghalang, baring di atas tanah, dan lindungi kepala serta wajah anda. *Selepas gelombang kejutan berlalu, masuk ke dalam bangunan terdekat; jangan berada di luar untuk menonton atau merakam, dan jangan mencari perlindungan di dalam kenderaan. *Setelah berada di dalam, menuju ke tingkat bawah atau bahagian tengah bangunan, jauh dari tingkap dan dinding luar. *Tutup semua pintu dan tingkap, dan matikan penghawa dingin atau sebarang sistem pengudaraan yang menarik udara dari luar. *Jika anda telah terdedah kepada persekitaran luar, tanggalkan pakaian luar anda tanpa menggoyangkan sebarang habuk da...

Tabung Haji VS Badal Haji

  Bismillah, TH TIDAK MENGIKTIRAF MANA-MANA PENGENDALI BADAL HAJI Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan bahawa TH tidak pernah memberikan pengiktirafan atau sokongan rasmi kepada mana-mana pengendali perkhidmatan badal haji.Dakwaan sebaliknya oleh mana-mana pihak di media sosial adalah tidak benar dan mengelirukan. Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan dakwaan melalui saluran rasmi TH. TH berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyalahgunaan nama dan logonya. Sumber : page  Facebook Tabung Haji

Start Brisk Walk Untuk November

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah,setelah beberapa ketika tak dapat nak brisk walk. Harini 09/11/2026 dengan izin Allah,akhirnya dapatlah kami aturkan langkah brisk walk kami semula. Pukul 6.35am Maq dan encik suami dah sampai dilokasi.Rindu sangat suasana kat sini actually 😢 Alhamdulillah,cukuplah hasil jalan jalan untuk permulaan bulan November ini. Selain dapat keluarkan peluh peluh malas, dapatlah jugak melepaskan rindu pada bau pokok pokok ,suara burung burung dan menghirup udara segar dikawasan tasik "kenapa" .❤

Tiktok Beri Maq Kesedaran

  Bismillah, Semenjak doktor KKBP suruh Maq main fon untuk legakan stress supaya tekanan darah tinggi Maq boleh terkawal. Maq dah jadi semakin kerap online laman sosial.Kalau korang biasa dengan laman sosial Maq,Tiktok dan facebook Maq dah aktif. Kalau free je Maq akan update video atau status kat facebook dan tiktok.What's on your mind? Hahaha sengaja le tu nak ajak orang buang masa! Tapi apa usaha Maq supaya Maq tak online dengan sia sia? Kalau dulu Maq akan update iklan jualan produk kononnya nak cari duit poket tapi sekarang tak lagi. Pada Maq secara peribadi,biarlah Maq update kata nasihat yang boleh buat merawat jasmani dan rohani untuk Maq terutamanya dan buat mereka yang sudi nak baca dan tonton semua video Maq. Mungkin korang tak percaya kalau Maq akan tonton semula semua video dan status lama yang Maq dah post dari tahun tahun sebelumnya. Video ke,gambar ke,posting blog ke,memang Maq akan buka semula.Atleast apa yang Maq pernah update tu biar Maq tak lupa.Maq akan ambil y...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi. Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Bernafaslah Dan Bacaan Tekanan Darah Akan Turun

  Bismillah, Sila tonton video dan ikut setiap arahan yang diberikan.Lakukan 10-15 minit atau mana yang korang termampu. Katanya cara ini boleh turunkan tekanan darah tinggi dengan lebih cepat.Serius lah!? Jom lah cuba !  ❤ **Kalau korang nak set kan 10-15 minit, ikut je step kat  Video ni, tonton ulang ulang sampai cukup masa yang korang nak.  ( <~ klik )

Rindu Nak Brisk Walk

  Bacaan ipu untuk pukul 1 tengahari tadi Bismillah, Biarpun kualiti udara Batu Pahat masih tahap sederhana,Maq tak kira,harini kami dah mula briskwalk semula.Ye,biasanya yang degil ni memang orang tua.Kalau budak budak tu taklah degil sangat macam ni haha. Dah boleh nampak langit dan awan pun ,hati dah teruja kemain.Rasa nak melompat terus keluar berjalan kaki.Tak lama pun, 30minit jek. Tapi lepas maghrib tadi,bila check ipu sekali lagi. Aduhhai...memain la ek. Esok tak menjanjikan apa apa yang pasti.Kualiti udara belum betul betul sihat 100% lagi. Wargaemas macam Maq tak bagus bernafas lama lama dalam jerebu.Lebih lagi bila dalam keadaan bergerak laju dengan pernafasan yang laju jugak. Hasbunallah wane'mal waqeel❤

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Susuk Pada Tahun 2026

  Bismillah, Tadi sementara tunggu azan zohor, Maq berkesempatan nonton podcast di youtube chanel sembang seram bersama perawat bernama Ustaz Faridzuan yang berasal dari Pulau Pinang. Panjang betul video tu ,durasinya 3 jam lebih! Mujur harini Maq ada banyak masa terluang, so dapatlah habiskan masa dengan tonton podcast. Perawat tersebut merupakan seorang pengamal perubatan yang nak bantu orang buang susuk dan gangguan sihir,saka serta beberapa lagi masalah penyakit batin. Apa yang buat maq terkejut dengan penjelasan ustaz tu,hampir 10,000 pesakit yang sudah 'booking' perkhidmatan rawatan beliau dan team.Sekarang semua sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan masing masing. Pesakit yang sedang dirawat sekarang pun dah Q setahun lebih.Ada juga yang meninggal dunia sementara menunggu giliran mereka. Pesakit pesakit tu kebanyakkannya datang dari Malaysia,Singapura,Indonnesia,Thailand. Lebih mengejutkan lagi bila beliau katakan pesakit yang paling ramai yang datang nak buat r...

Team Blogger Hantar Email

  Bismillah, Sekarang  'Blogger' dah ada berbagai syaratnya. Baru baru ni Maq dapat email dari team blogger yang menyatakan beberapa video Maq akan dihentikan penyiarannya sebab tak menepati etika blogging. Yang lawaknya Maq sendiri pun dah lupa video tu tahun bilakah Maq post.Entah entah zaman Maq baru nak menapak dalam dunia blogger 14 tahun dahulu.Masatu, lepas taip entri terus post. Bukan ambil tahu hukum hakam dan tata tertib Blogging pun.My bad. Team blogger kata maq boleh je 'request' untuk dapatkan semula video video tu kalau Maq nak.Diaorang ada bagi link. But the simple answer from Maq is , taknak! majok ah! Team bagi tempoh sebulan untuk Maq buat 'request'. Ishh no need la,you nak delete ke ,nak simpan ke,it's okey.Maq tahu memang takda benda yang kekal kat dunia ini.Semuanya bersifat sementara sahaja.Okey, i'm fine ❤ Okey maklom,terima kasih