Minyak angin aromatherapy Freshcare
Assalamualaikum.
2018 ni , umur dah 49 tahun ,manakala tahun depan dah jadi wargaemas dah kot ,inshaAllah. Apa yang paling ketara bila dah cicah ke ambang usia senja , banyak sudut boleh di edit . Bukan je wajah ketika selfie tapi iman dalam diri , silaturahim sesama ahli keluarga , tanggungjawab terhadap pasangan dan ahli keluarga lain juga masyarakat. Semua boleh diedit , semua boleh dinaik tarafkan. Kerana menurut kata Ulama' , pada usia 50 tahun , kita hanya perlu menghitung apakah yang belum dibuat untuk mati. Tak perlu lagi berebut untuk dunia .
Namun ada sesuatu keadaan dimana orang berusia 50 tahun tak boleh nak edit edit atau naik taraf. Apakah ? Hehe sakit sakit badan. Otot cepat cramp , pinggang senang letih , sendi cepat lenguh . Ini akan dialami oleh semua wargaemas. Maq pun dah ada dah sikit rasa seperti diatas tu. Terutama bila pergi shopping , turun naik shopping mall . Letih nya semacam jek hehe.
Baru baru ni maq diperkenalkan oleh sesaorang dengan minyak angin beraromatherapy " freshcare ".
Sebenarnya maq memang tak suka bau minyak angin ,lagi lagi bau minyak cap kapak ! Sejak kecil maq memang tak suka ! Kalau minyak yu yi tu boleh lagi lah tapi bukan untuk cap kapak.
Minyak angin aromatherapy maq guna kali ni lain dari minyak angin lain. Selain berangin ,ianya mempunyai bau yang sangat selesa . Sungguh !
![]() |
Ini minyak angin kegemaran maq. "Sport" Ianya berfungsi untuk ketegangan otot, melancarkan peredaran darah , lenguh lenguh selepas beraktiviti berat. |
![]() |
" lavender " Minyak ni fungsinya sesuai untuk sakit kepala , perut kembung ,selsema , mabuk darat , digigit nyamuk dan elok untuk orang pregnant yang pening pening dan loya loya. Bau nya pun segar ! |
Bila semua dalam rumah maq selesa pakai minyak angin therapy ni , maq dah order 12 botol ! Haa cukup kot untuk pakai setahun , 😂.
![]() |
Ada banyak jenis bau yang berbeza dengan kegunaan yang berbeza juga. Semua sedap baunya. |
Kat pasaran sebotol minyak ini berharga rm 10 tapi kalau beli lebih dapatlah kurang. Kalau anda guna ketika berada diluar rumah , sepertinya anda pakai minyak wangi ,bukan minyak angin. Percayalah .. 👍
Nota maq : ingat mati itu wajib manakala berusaha untuk hidup itu ibadah.