Skip to main content

Posts

jeritan batinku

Assalammualaikum.. Bila JAKIM dah sah kan yang coklat cadbury ada unsur-unsur tak halal semalam . maq pun terus terfikir  selama ni dah berapa kilogram benda tu dah masuk dalam tubuh badan maq dan anak-anak maq . hurm ..patutlah hati ni keras semacam rupanya dah bercampur yang tak halal . astagfirullahhalazimm . Tu baru coklat cadbury .. Belom coklat lain,  jajan , makanan basah dipasar, makanan  segera , makanan yang dimasak dikedai makan yang standart tu yang mana dimasak oleh chef dari mana-mana aja tu .. Adeh ..risau.... batinku nangis risau ....hurmmm

Perubahan Tak Perlu Semua

Assalammualaikum.. Dunia makin laju berputar . manusia pula makin leka dengan segala kemudahan . Kalau dulu cuci kain baju kena duduk melepak tepi sungai tapi sekarang cuci baju pun boleh masak , kemas rumah , lap lantai , poco-poco ... Eh ! Dulu kalau lepas sarapan boleh pergi belakang rumah bawak bakul untuk pergi memetik daun-daun yang boleh dibuat sayur tengahari nanti tapi sekarang sayur datang depan rumah kita. Ikannnn...sayooo.....hehe tinggal bawak duit je. Tu baru perbezaan antara cuci baju dan cari sayur dulu dan sekarang . Sebenarnya ada banyak lagi benda yang sangat - sangat ketara bezanya . Nanti maq share lagi.. Tapi ! ahha... Ada tapinya tu.Apa yg tak perlu diubah dari dulu sampai sekarang ???? Pada maq .. Adab sopan santun kita ni , kekalkan lah ye. Ianya tak perlu diubah kerana itulah cara kehidupan kita , "orang Melayu yang beragama Islam" **Maqnie orang Batu Pahat , Johor  ( belah barat )  

Angin Satu Badan

Assalammualaikum ! Sementara suami menonton rancangan kilauan emas lagi tu , so dapat la maq membebel lagi diblog peribadi ni. Kali ni nak share tentang apa yang maq dah jumpa dalam beberapa hari ni. Tak salahkan berkongsi pada benda yang baik, kot -kot satu hari benda tu boleh kita guna,haa siapa tau kan ? Badan anda banyak angin??   Kalau ada kita geng! Apa puncanya ?  Ada orang kata angin dalam badan disebabkan kita banyak toksid ! apa itu toksid  ? Ianya serupa bahan bahan yang merbahaya yang kita dah telan masuk perut kita kemudian ia masuk dalam darah daging kita pula.Ini hanya fahaman maq jek ,fahaman anda mungkin berbeza kan. Tanda banyak angin ? Kalau orang urut kita dia akan keluarkan angin sendawa..erkkk...arkkk... erkkk,arrkk..haaaa macam tu lah.Selalu rasa sebu dalam perut kalau silap  makan.Badan cepat lesu bila buat kerja lebih.Kerap mengantuk. pernah alami ?  Pernah !! Orang yang mengalami nya tu maqnie lah.Kalau anda semua nak tahu ,oran...

Sentap

Assalammualaikum pembaca ! Kalau disebut tentang perasaan , manusia sering lupa.Bahawa sesungguhnya perasaan manusia ini berbeza-beza. Kenapa maq cakap macam tu ? sebabnya  zaman sekarang ni tiap apa yg orang lain luahkan  kata-katanya , pastinya ada saja hati yang terasa  atau straight to the point its call ( perasan ) ! Inilah keburukan  laman sosial  , baru nak meluahkan dah dianggap bukan-bukan oleh segelintir pembaca ataupun pengikut. Itulah kenyataan. Selain kritikkan ,si peluah juga akan mendapat satu istilah yang dipanggil diburuk-burukkan, sedangkan tujuan utama si peluah hanya untuk meluahkan apa yang ada dalam mindanya ketika itu dan bukan ditujukan kepada sesiapa pun ! Hahaha,itulah yang maq nak cakap manusia ni walau zahirnya nampak  sama namun perasaannya naluri ,jiwa ,minda mereka sangat-sangat berbeza. Oleh itu janganlah sesekali kita fikir yang kita ni selalunya betul sedangkan ada orang lain yang lebih betul dari kita dan kadang-kadang...

Rezeki Milik Allah

Assalammualaikum, Lokasi : bawah buai Qaisarah Sambil membuai boleh pulak membebel diblog .Ini je cara untuk mengelak dari maq tertidur sebelum baby Qaisarah tidur.Naye anak orang nanti. Zaman sekarang jarang dapat surirumah yang hanya fokus 100% pada keluarga dan kerjarumah semata-mata. Kebanyakkan ada yang berniaga online , jual tudung , jual kuih , telekung , perabut , barang kemas , kosmetik.Ada yang mengasuh , ada yang berniaga kuih dan macam macam lagilah yang boleh mendatangkan hasil . Maq tak boleh nak bisnes online sebab maq tak tahu nak drive bila nak COD.Lesen basikal pun dah lama tak renew hahaha.Apa lagi lesen kereta tidak memiliki langsung ! Nanti macamana nak hantar order tu kan? sedih je sebab takde lesen kereta.Orang lain tu ada yang dah boleh bawak kapal terbang dah. Dan disebabkan itulah maq hanya boleh buka taska kecil dirumah ni.Dalam masa yang sama dapat duit poket sendiri.Alhamdulillah. Sebenarnya duduk dalam rumah ni lelama bosan jugak Cik Peah oii.Kawa...

Jiwa Blogger

Assalammualaikum.. Sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah sempat lagi tu membebel hehe nilah untungnya dapat blogging guna handset , walaupun hanya handset cap ayam tapi dah dapat membebel pun dah rasa puas ! Inilah namanya * jiwa blogger * hanya blogger je yang paham.Kalau orang bukan blogger dia akan cakap,   "ala benda macam tu pun nak cerita kat orang, macam orang kesah le pulak ekk..." Tapi pada maq dari kita asik nak sembang buat ketupat dari pintu ke pintu ada baiknya luahkan apa yang terpendam dalam hati ni sendirian. Duduk dalam rumah , sambil buat kerja , sambil blogging , dapat kenal kawan blogger yang lain-lain , dapat ilmu dari mereka dan dapat kenal dunia mereka yang mungkin berbeza dari kita. Lagi bestnya sambil blogging tu ada insan yang selamat dari diganggu oleh kita iaitu 'jiran kita' . Jiran tak perlu bukakan pintu. Jiran tak tambah dosa dia. Jiran selamat dari fitnah. Jiran tak perlu bancuh air. Jiran selesa tak kena gang...

Buasir ketika hamil ?

kata kata nasihat** Assalammualaikum Kesan sampingan apabila seorang perempuan itu kerap mengandung adalah buasir. Buasir terjadi disebabkan tekanan pada rahim ketika mengandung dan hormon juga menyebabkan otot berada dalam keadaan rilek ini memburukkan keadaan lagi . Lebih-lebih lagi jika baby yang dikandung itu besar dan berat . ianya berisiko lebih tinggi . Apa yang perlu diamalkan banyakkan minum air masak,makan banyak buah buahan dan sayuran dan jangan membuat aktiviti berat ketika mengandung . Ketika dalam pantang , jaga pergerakkan kerana jahitan luka akan  menjadi rosak bila tidak dijaga rapi . Eh ! Luka bersalin  bukan penyebab buasir tau tapi bayangkan dah la buasir lepastu luka jahitan pulak bermasalah . Aduh ! kejamnya dunia 😢