Assalamualaikum ..
Lama blog maq sunyi tanpa apa apa post . Mungkin faktor usia ? Hee bukan .. maq sekarang lebih fokus pada anak anak asuhan yang makin membesar . Melayan karenah ahli syurga ni kadang boleh buat kita rasa naik hangen , tapi kadang tu lebih kepada seronok ,lucu dan akan timbul rindu bila mereka tak datang .
Semalam ( 8 september 2016 ) maq sempat melayan kawan kawan seperjuangan di group PENGASUH ANAK di facebook . Dengan menyatakan satu pengalaman maq sebagai pengasuh dirumah selama 20 tahun , maq kongsikan ini ..
*** Selamat pagi semua. Pernah tak BS perasan , bila kita jaga anak asuhan ,bukan je nak " melepas hajat" tak puas , nak makan tengahari pun kadang kadang tak sempat sampai bawa ke petang tunggu sampai anak asuhan semua tidur , kadang tu sampai terlupa dh makan ke belum ,kadang nasi sampai kembang dipinggan sebab baru 2, 3 kali suap nasi ke mulut , anak asuhan panggil .
" maa ..adik yaaakkk .. " ... 😅
#sajakongsipengalamanBSsemua ***
So apa tindak balas kawan kawan pengasuh ? ( BS tu ganti nama untuk babysitter ) mari maq kongsikan screen shoot komen komen mereka .
Lihat , tu lah luahan hati mereka . Lawak kan? tapi memang itulah kenyataannya , pernah tak orang luar yang tak jadi pengasuh terfikir situasi kami???
Itu baru maq sentuh isu waktu makan , belum isu waktu solat , isu pasal cuti BS , isu parent hantar awal dan ambil lewat tanpa dicas apa apa , isu tak bayar gaji atau ditangguhkan gaji, isu buat rumah BS macam rumah kebajikan (letak anak tanpa fikir anak nak makan apa untuk sarapan pagi ,tengahari ataupun makanan kudapan mereka ) , isu kalau BS tak sihat pun mereka tetap kena jaga anak asuhan tanpa boleh ambil cuti sakit, dan ada banyak lagi isu yang sering dialami oleh kawan kawan pengasuh seangkatan dengan maq di Malaysia ini .
Makanya kadang tu , tak salah lah jika terjumpa pengasuh yang DEMAND kerana mereka ini sebenarnya sudah serik sebab selalu dipermainkan oleh parent yang tidak bertanggungjawab .
Pokok pangkalnya hati , jika kita nak Allah permudahkan semua urusan kita ,maka lebih elok kita permudahkan urusan kita dengan orang lain dahulu . Jangan pulak kita menyusahkan lagi orang yang bersusah payah nak tolong kita .
Nak tahu jadi BS ni susah ke senang , jagalah anak anda sendiri dulu ,kemudian bayangkan jika berada ditempat BS dengan anak anak orang lain yang ramai tu, dengan waktu yang sangat panjang . Dengan hidup tanpa privacy sedang gaji tak lah besar mana pun .
Apa pun ,kata orang bijak pandai , Bukan kehidupan namanya kalau tiada dugaan . Ye ,itu yang pasti !
Comments
Post a Comment