Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

jum sahur

Assalammualaikum .. Salam sahur dari maq . Alhamdulillah dapat bangun lagi dengan tubuh badan yang sihat dan dapat lagi diberi izin untuk melakukan ibadah di muka bumi Allah ini . Sahur adalah antara salah satu yang disarankan oleh Allah pada hambaNya sebelum melakukan ibadah puasa . Melewatkan sahur itu sunat . dan tiada sahur selepas jam 10 pagi ye sebab itu bukan sahur , itu sarapan ! Harapan maq ramadhan kali ni maq dapat bersahur dengan anak-anak dan suami tanpa tertinggal. Sebab anak maq yang bertiga tu sering buat alasan lapar  kalau tak sahur ...jeng3x sangat merbahaya situasi tu ! Hehehe .. #maqnie ~ terpaksa setkan dua handset sebagai alarm supaya tak terlepas bangun  sahur . insya allah ...

hati-hati bila berkomen

Assalammualaikum .. Sejak ada smart phoneni , laman muka buku maq memang boleh dikatakan sentiasa aktif.Dalam menjalankan tugasan harian sempat lagi bersosial tu cik Peah oii. Apa yang menarik nya laman sosial pada maq ialah  merupakan satu cabang punca ilmu pengetahuan yang boleh di dapati.Ceramah,kelas al Quran dan banyak lagi info menarik. Dapat jugalah saling kenal mengenali kawan kawan alam maya dari luar. Mengenali tempat orang dan mengetahui aktiviti kaum keluarga yang jauh di negeri orang. Senang kata media sosial ini punca pengerat  silaturahim sesama insan.Alhamdulillah. Namun ada yang dah salah guna bila ianya dijadikan sebagai medan untuk mencari kesilapan orang lain dan memburuk-burukan orang. Sedihkan bila kita baca banyak komen yang kurang  cantik bahasanya. Paling digeruni laman muka buku ini telah digunakan oleh ramai kanak-kanak sekolah yang sedang membesar.Diaorang ni lebih mudah terikut-ikut . Maka hati-hati lah bila berkomen sebab nanti dik...

Bagaimanakah Nanti Kalau Maq Takda?

Assalammualaikum .. Bila melihat anak-anak yang semakin besar . pernah juga maq terfikir sesuatu yang jarang maq fikirkan . iaitu ... Apa akan jadi pada mereka kalau andai dikatakanlah Allah ambil nyawa maq awal ? Bila cakap pasal anak-anak ,memanglah kesemuanya perempuan.Kata orang budak perempuan ni selepas syurga nya dibawah tapak kaki ibunya dan bila mereka  sudah berkahwin , syurga beralih kepada suaminya pula . Tetapi bagaimana dengan calon suami mereka nanti ?  Mampukah membawa mereka ke syurga ? Membimbing mereka  kejalan yang diredhai ? Menjadikan mereka isteri yang solehah ? Dan akhirnya mengagungkan mereka seperti ibu mithali ? Sekarang ni pun tiap gerak mereka diharapkan pada maq . Maq ...nak itu .. Maq ...nak ini .. Maq yang ini boleh tak ? Maq yang ini cantik tak? Maq macamana ni eak .. Maq yang tu susah la .. Maq masak apa ? Maq nanti tunggu tau .. Maq nanti cari kan eah .. Maq ini untuk apa ? Maq nak guna ni macamana ? Maq tolong bu...

Tersentap Dan Tersentuh

Assalammualaikum .. Ketika terbongkar kisah anak yang dikurung dibilik sebuah rumah flat di Nilai tempohari. Pelbagai reaksi dari rakyat persoalkan tentang kejadian itu . Ramai salahkan ibunya. Ada juga yang salahkan kerajaan. Dan tak kurang juga yang menyalahkan jiran setempat . Dalam hal seperti ini sebagai seorang ibu , maq punya naluri keibuan yang sangat tersentuh. Ketika bila pegawai tu terserempak dengan adik firdaus buat pertama kalinya tu. Waktu tu hati maq bersuara ...Ya Allah ...apa semua ni ? Sampainya hati... Terima kasih Allah kerana KAU dah temukan adik itu dengan pegawai- pegawai tersebut.Terharu. Hati maq tersentuh bila lihat profile facebook ibu kepada adik tu .Sekali lagi maq mengucap panjang bila dapat tahu dia seorang wanita yang cantik,mempunyai pekerjaan yang menarik dan seorang yang berusaha untuk keluarganya. Tapi kenapa boleh jadi macamni ek??? Dan bila maq terbaca satu pengakuan iaitu pengakuan Ayah tiri kepada adik firdaus . Katanya ibu firda...

ayah suka apa ?

Assalammualaikum .. Pada hari bapa yang lepas , anak-anak bingung nak bagi hadiah apa untuk ayahnya . Sebabnya kerana : Kalau beli baju , ayah dia memang cerewet pasal jenis kain nya. Nak beli kan beg dompet , ayahnya baru je beli . Nak belikan jam , ayahnya tak suka pakai jam . Nak belikan kasut , takut ayahnya tak suka pulak fesyen kasutnya . masing-masing pening ..tak tahu nak belikan apa hehehe Bukan mudah nak buat ayah rasa gembira sebenarnyakan. tapi dia ( si ayah ) sanggup bersengkang mata berkerja siang malam untuk keselesaan dan kebahagiaan buat anak-anak dan isteri . Dan sampai keharini anak-anak maq masih lagi terfikir apa yang nak diberi pada ayahnya.. #Maqnie ~ belanja makan makanan kegemarannya rasanya dah mencukupi .

mesyuarat tingkap

Assalammualaikum ... Lokasi : tepi rumah maq Tetamu : cik peah oiii Tarikh : harini .. 17hari lagi puasa cik peah oiii... Aah cik anni ...kejap je kan ...Baju raya tahun lepas baru berapa kali je pakai , dah nak buat baju raya baru  .. Aah ... Berapa helai awak tempah baju raya tahun lepas cik peah oii... Err...saya tukar baju untuk seminggu je cik anni oii... Tahun ni buat lagi untuk seminggu jugak rasanya .....maklom suami kita kan suka jenjalan pegi beraya .... Emmmm... Patut la awak tak rasa puas pakai baju raya tahun lepas ekk ...... Aah cik anni oiii .... #maqnie ~ @#$%&*+ ...bayangkan kalau dia dah raya style macam tu selama 30 tahun ! Uishhh....

kaum yang menguasai

Assalammualaikum ... Maq sedang menuntun Kilauan Emas 4 ! amboii..kemain lagi kawan-kawan sebaya maq tu kan masuk final , suara mereka pun memang hebat-hebat ! dan nampaknya kaum adam memang power menyanyi sekarang ni . menang kalah dapat kereta tu ... huhu .. Bila dah tamat musim kilauan emas ni , akan muncul lah musim musabaqah ,almaklum dah nak masuk bulan ramadhan tak lama lagi . harapan maq ,sekali lagi kaum adam akan menyerikan lagi suasana malam rahmat itu ! haraplah sangat-sangat . kalau menyanyi mereka terror ,kenapa tak terror mengaji ? Kemudian memenuhi masjid untuk terawih .. Ohh memang berbaloi mereka memenangi hadiah di akhirat pulak nanti , bukan je kereta , malahan bidadari lebih cantik dari Erra Fazira pun dapat! Orang perempuan ni lain , karang baru je nak fokus buat amalan dah dibagi cuti seminggu ...dah kena dok diam diam sambil berzikir . Tapi kena terima je la kan itu lah tanda perempuan sejati . Anugerah Allah tu , sape nak bagi .. Iye dok ? Orang perempua...