Skip to main content

hati-hati bila berkomen





Assalammualaikum ..

Sejak ada smart phoneni , laman muka buku maq memang boleh dikatakan sentiasa aktif.Dalam menjalankan tugasan harian sempat lagi bersosial tu cik Peah oii.


Apa yang menarik nya laman sosial pada maq ialah  merupakan satu cabang punca ilmu pengetahuan yang boleh di dapati.Ceramah,kelas al Quran dan banyak lagi info menarik.


Dapat jugalah saling kenal mengenali kawan kawan alam maya dari luar.


Mengenali tempat orang dan mengetahui aktiviti kaum keluarga yang jauh di negeri orang.



Senang kata media sosial ini punca pengerat  silaturahim sesama insan.Alhamdulillah.


Namun ada yang dah salah guna bila ianya dijadikan sebagai medan untuk mencari kesilapan orang lain dan memburuk-burukan orang.


Sedihkan bila kita baca banyak komen yang kurang  cantik bahasanya.


Paling digeruni laman muka buku ini telah digunakan oleh ramai kanak-kanak sekolah yang sedang membesar.Diaorang ni lebih mudah terikut-ikut .


Maka hati-hati lah bila berkomen sebab nanti dikhuatiri anak kita akan beri komen di status kita sama seperti kita beri komen di laman sosial oranglain.

Popular posts from this blog

Majlis Pernikahan Anak Ke Dua

Assalamualaikum, Nampaknya dalam sebulan 2 kali je lah maq dapat berblog.Tua sangat dah tu maknya. Sebetulnya lepas badan maq tak tentu rasa haritu, seminggu lepastu anak kedua maq telah selamat dinikahkan.  So sekarang anda boleh tahu kenapa maq tak sihat haritu kan? ye sebab anak perempuan maq sorang lagi akan dilepaskan .. siapa?  Budak Ety tulah. Cik misi kita sekarang dah bergelar 'Puan '. Alhamdulillah. Selepas beberapa kali mengharungi halangan asbab musim covid19. Akhirnya 18hb Februari 2021 telah di sahkan oleh pejabat kadi Batu Pahat sebagai tarikh penikahan Ety. Alhamdulillah , hajat kami telah dimakbulkan.  Terima kasih Allah. Jauh bezanya  penikahan pada waktu covid19 ni dengan pernikahan pada waktu bebas covid19 pada sebelum sebelum ni.Semua benda ikut SOP. Lebih lagi menantu maq berasal dari negeri Selangor. Selangor ke Johor, SOP nya  lebih ketat sikit dari apa yang dijangkakan. Persiapan bagi pengantin lelaki; ✅3 hari sebelum tarikh nikah (72jam...

Tazkirah Sisa Sisa Hidup

Bismillah, Kalau umur kita sekarang 50 tahun dan dapat hidup hingga 70-75 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 25 tahun saja lagi. Apatah lagi kalau umur kita sekarang sudah mencapai 65 tahun atau lebih.Berapa hari saja lagi sisa-sisa umur kita yang tinggal.Kerana pada hari hari yang tersisa ini ada waktu waktunya kita juga ada jatuh sakit. Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak perlulah terlalu berhemah.   Duit yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera. Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" kerana yang bakal terjadi nanti adalah kematian. Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian dan kritikan orang lain.   Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak anak. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing ...

Puasa ,Raya dan Orang tua

  Bismillah, Hari kedua ramadhan 1447.Blog sunyi ek? Puasa guys,mana boleh banyak cakap,nanti pahala kurang. Alhamdulillah tahun ni ,sebelum nak sambut ramadhan,maq dah cuti awal sebab bergabung dengan cuti tahun baru Cina.So peluang itu maq ambil untuk kemas rumah sempena menanti kehadiran ramadhan. Korang jangan pelik.Family maq ,nak raya tak berkemas sakan tapi kami lebih pilih untuk all out kemas sempena ramadhan. Bukan tahun ni je ,tahun tahun sebelum pun sama. Sebenarnya untuk hari raya akan datang ni,orang tua tua macam kami ni dah tak excited sangat dah.Macam tahun lepas ,beraya cuma 2 hari jek ,lepas tu dah melepak dirumah.Mood raya hilang entah kemana ,ghisau kan. Tahun ni kami tak fikir apa pun,yang penting raya dibulan shawal tu ada dan moga Allah terima semua amalan kami didalam bulan ramadhan. Korang jangan tiru perangai maq yang ni.Korang nak beraya teruskan beraya.Inilah peluang nak bertemu sanak saudara yang jauh diperantauan.Nanti jangan lupa ziarah jiran tetangga...

Tips Maq Mendidik Cucu

  Kata nasihat ustaz** Bismillah, Sekarang ni maq jaga anak asuhan level cucu cucu.Sebab tu maq gelarkan diri sebagai "tok Mak".Benda boleh ditambah tok ,so kena tambah jugak lah kan. Well ,ada orang malu dengan gelaran tok.Bagi mereka level tok tok ni yang gigi belum tumbuh penuh ,yang rambut dah bleach tone warna light grey tu.Takda maknanyalah,kalau cucu dah keliling pinggang ,serah je diri dengan gelaran tok atau nenek .Lagi nampak stylo tau! Tips didik cucu ? saja nak kongsi pengalaman maq jaga cucu sendiri dan cucu oranglain. *Jangan jaga cucu terlalu lama.Setahun dua tahun cukup!Nanti cucu korang tak tahu mana satu atok dia ,mana satu emakbapak dia.Dari situ nanti datangnya anak yang tak reti hormat emakbapak bila dah remaja. *Waktu mereka( anak dan cucu) berkumpul anak beranak ,korang jangan lah meleset sama.Bagi mereka ruang bersantai dengan keluarga kecil mereka.Nanti mak bapak dia dah balik ke rumah mereka,masatu barulah tok boleh manja manja dengan cucu.Masa merek...

Diam Diri Umat Akhir Zaman

  Bismillah, Banyakkali dah jari ini nak menaip dalam blog tapi selalu saja gagal. Sekarang dah tak macam dulu.Kalau blogging zaman 10 tahun sebelum ini,maq akan balun je apa yang terlintas difikiran.Sekarang mode tu dah beralih. Tengah syok  menaip ,bila baca semula macam tak kena je ayatnya,automatik delete!Lepastu buat kerja lain. Tetiba terlintas idea nak menaip tapi bila difikir semula 2/3 kali, terus batalkan niat sebab nak jaga hati orang luar yang membaca. Baru je buka blog nak share benda viral ,eh boleh pulak jari ini tahu malu.Terus stop ,atas alasan dosa dah banyak ,malu kat Allah. Haha itulah tabiat warga keemas emasan. Lebih kepada berani berani takut.Tak macam jiwa orang muda belia.Mereka sanggup redah je apa yang tersirat ,asalkan hajat yang diimpikan dapat. **Maq pernah muda sebab tu berani cakap. Malam ni ada sedikit pesanan yang maq boleh taipkan sebelum munculnya hari esok. Guys,hati hati..Negara islam kini sedang rancak dihuru hara kan.Kacau bilau belaku d...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Rezeki Itu Hak Peribadi

Assalamualaikum. Hamka berkata ... Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan. Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko n...

2 Ayat Quran Yang Jadikan Maq Rasa Tenang Dan Senang

  Nasihat** Bismillah, Sejak masuk tahun 2026 ,baru minggu ni mood blogging maq datang.Sebelum ni terlalu banyak 'urusan' yang perlu dilakukan hingga mood berblog hilang ghaib entah kemana. Tahun 2025 - banyak kejutan yang belaku dalam kehidupan peribadi maq.Semua nya tidak dirancang tapi maq sangat yakin aturan Allah sangat indah.Apa yang belaku telah disenaraikan sejak azali lagi.So maq tak perlu pertikaikan lagi. Korang nak tau tak apa yang dah buat maq jadi sebegitu tabah nak hadap semua ujian tu? Alhamdulillah,lepas maq baca tafsiran 2 ayat terakhir dalam surah Al Baqarah yang telah mendidik jiwa maq. Awalnya maq cuma dapat baca sikit sikit,kemudian maq dapat menghafal dan sekarang 2 ayat tu dah sebati dalam setiap denyutan nadi maq.Lepas solat baca,sebelum tidur baca dan bila maq free,maq baca. Jom kita baca makna 2 ayat tersebut dan fahamkan apa yang maq dapat untuk meneruskan kehidupan ini dengan tenang. Bismillahirohmanirohim... (2:285) Ø¡َامَÙ†َ ٱلرَّسُولُ بِÙ…َآ Ø£ُنزِÙ„...

Tips Kecantikan Dunia Dan Akhirat

السلام عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاته Alhamdulillah ,bila muncul hari baru, maka sehari lagi usia bertambah.  Makin tambah umur ,makin pendeklah perjalanan hidup kita diatas bumi Allah ini. Ini kenyataan yang tak boleh disangkal lagi. Antara kehidupan dunia dan akhirat , manusia macam kita ni kadangnya keliru. Kadang kita terlalu kejar dunia hingga terabai perjuangan untuk akhirat. Dan kadang kita juga terlupa ,bila kita fokus dalam  mengejar  kehidupan di akhirat ,inshaallah dunia ini akan jadi lebih sempurna buat kita. Orang kata, kalau  nak wajah nampak suci , apa rahsia ?  Ada yang cakap ," rajinlah berwhuduk" . Automatik anda pasti tau ,maknanya " jangan tinggal solat " ,kan ?  Itu saham akhirat . Ada lagi orang kata ,kalau nak wajah nampak suci dan berseri seri , amalkan petua bawah ni. Okey sekarang dah jelas ,untuk nak nampak wajah lebih suci dan  berseri seri ,kita kena seimbangkan produk dunia dan produk akhira...

Aidil Adha 2025

  Bismillah, 10 Zulhijjah 1446H,  Ø§Ù„له أكبر ، الله أكبر , الله أكبر   ، لا إله إلا الله  الله أكبر    ، الله أكبر ، ولله الحمد Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat sambut hari raya aidil adha.Tahun ni maq bertiga takda plan nak kemana mana cuti aidil adha ni sebab encik suami tidak berapa sihat beberapa hari ni. Mesin dah lama ,mesti ada ragam nya kan.Inshaallah semua akan baik baik je nanti.Tapi jika siang sikit nanti ,beliau tukar fikiran tak tau la. Anak anak kami yang dah berkahwin pun sambut raya dirumah mereka je.Sebab memasing ada projek raya tersendiri,angah pun tak dapat cuti raya haji kali ini.Raya shawal pun tak cuti.Alasan pihak atasan , katil wad akan dipenuhi dengan  pesakit bila hari raya, staff tak cukup.Its okey la.Dah tanggungjawab ,kenalah terima tugasan dengan redha. Ibu dan adik adik maq pun tak balik kampung raya haji ni.Mereka berkumpul dirumah adik maq di Pasir Gudang je. Maq masak apa untuk hari raya haji tahun ini?  Le...