Assalamualaikum Sekali lagi maqnie membebel diblog peribadi ini. Sebenarnya maq baru lepas baca majalah kegemaran iaitu majalah pilihan wanita 40++ di Malaysia.Tak lain tak bukan ialah majalah MIDI. Walaupun maq bukan pelanggan tetap majalah ni,tapi dalam masa terluang maqnie akan setia membacanya dan ianya menambahkan lagi ilmu pengetahuan maq sebagai perempuan yg berusia 40 tahun lebih. Hari ni entah majalah keluaran bila ,tapi maq begitu tertarik bila membaca satu artikal mengenai poligami. Dalam kes tersebut seorang ustaz mempunyai isteri lebih dari sorang ,iaitu 3 orang .Perkahwinan mereka seawal usia 23 tahun ,ketika itu beliau masih lagi menuntut dan isterinya adalah seorang pelajar lepasan SPM yang akan melanjutkan pelajarannya ditempat yg sama. Dan dalam kes ini ,ustaz itu tidak pun mengenali bakal isterinya namun ustaz dilamar oleh bapa mertuanya sendiri kerana mahukan ustaz tersebut menjadi menantunya. Akhirnya dengan izin Allah termakbullah niat si ayah mertua itu.Da...