Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Brisk Walk

Jalan Santai Pagi Sabtu

  Bismillah, Sabtu 14 November 2026.Alhamdulillah awal pagi tadi sempat juga kami curi masa untuk brisk walk santai santai di dataran Penggaram. Hasil; Kalau ditanya apa seronoknya ek brisk walk bagi wargamas macam kami ni.Sukacita maq nak maklomkan disini,kami rasa fresh dan seronok bila lakukan brisk walk. Sejujurnya memanglah ada rasa sedikit letih,badan melekit peluh,nafas pendek, termengah mengah,tapi lepas dapat melepasi masa yang dah di 'setting' kan.Allahhu, nikmatnya rasa. Siapa percaya kalau makcik pakcik yang umur dah nak hampir ke 60 tahun boleh berjalan sejauh 3.5km tak sampai 60minit? Semua dengan izin Allah.Kalau Allah tak izinkan,kami memang tak mampu. Lebih 30 tahun kami abaikan kesihatan kami.  Encik suami keluar kerja dari pagi baliknya malam.Maq pulak bekerja dirumah melayan karenah anak sendiri dan anak anak asuhan dari pukul 7.00pagi sampai 7.00malam.Kadang kadang bersambung tengah malam sebab parents overtime atau outstation atau pergi makan makan 😁 202...

Start Brisk Walk Untuk November

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah,setelah beberapa ketika tak dapat nak brisk walk. Harini 09/11/2026 dengan izin Allah,akhirnya dapatlah kami aturkan langkah brisk walk kami semula. Pukul 6.35am Maq dan encik suami dah sampai dilokasi.Rindu sangat suasana kat sini actually 😢 Alhamdulillah,cukuplah hasil jalan jalan untuk permulaan bulan November ini. Selain dapat keluarkan peluh peluh malas, dapatlah jugak melepaskan rindu pada bau pokok pokok ,suara burung burung dan menghirup udara segar dikawasan tasik "kenapa" .❤

Rindu Nak Brisk Walk

  Bacaan ipu untuk pukul 1 tengahari tadi Bismillah, Biarpun kualiti udara Batu Pahat masih tahap sederhana,Maq tak kira,harini kami dah mula briskwalk semula.Ye,biasanya yang degil ni memang orang tua.Kalau budak budak tu taklah degil sangat macam ni haha. Dah boleh nampak langit dan awan pun ,hati dah teruja kemain.Rasa nak melompat terus keluar berjalan kaki.Tak lama pun, 30minit jek. Tapi lepas maghrib tadi,bila check ipu sekali lagi. Aduhhai...memain la ek. Esok tak menjanjikan apa apa yang pasti.Kualiti udara belum betul betul sihat 100% lagi. Wargaemas macam Maq tak bagus bernafas lama lama dalam jerebu.Lebih lagi bila dalam keadaan bergerak laju dengan pernafasan yang laju jugak. Hasbunallah wane'mal waqeel❤

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Laluan Ke Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...