Skip to main content

Perkongsian tentang emas.


Assalamualaikum.

Entri kali ini Maq kongsi untuk kita sama sama dapat ilmu yang mana boleh kita guna pakai dalam kehidupan dan  dimasa akan datang sebagai seorang muslim. Sejujurnya maq pun baru tahu tentang hal ini. Dan persoalan tersebut telah pun dibincangkan oleh sahabat sahabat    bersama Ustaz dikelas muslimah Taman Bukit Perdana . Anda mampu menilaikannya selepas  membaca entri ini. Kan? Mudah mudahan , inn shaAllah .

 Sebagai hiasan



SOALAN.

( Baru tahu haram trade in emas dan tambah duit trade in beli emas baru, hukumnya haram ada syubhah riba,  klu nak beli emas baru kena jual dulu, dan pegang dulu duit emas yang dijual tadi dan baru boleh beli emas baru. Hukumnya haram trade in emas ambik emas baru tambah duit sebab ada riba dekat situ. Terima kasih yang  berkongsi ilmu ).

Betul tak kenyataan ini ? Mohon ustaz bagi pencerahan, jazakumullahukhaira ...

JAWAPAN

بسم الله، ŁˆŲ§Ł„Ų­Ł…ŲÆ لله، ŁˆŲ§Ł„ŲµŁ„Ų§Ų© ŁˆŲ§Ł„Ų³Ł„Ų§Ł… على Ų±Ų³ŁˆŁ„ الله ŁˆŲ¹Ł„Ł‰ آله ŁˆŲµŲ­ŲØŁ‡ ŁˆŁ…Ł† ŁˆŲ§Ł„Ų§Ł‡، أما ŲØŲ¹ŲÆ.

1. Perlu kita tahu bahawa Emas termasuk dalam perkara ribawi.

Perkara ribawi ialah benda yang boleh terjadi riba pada transaksi pertukaran dan jual-belinya.

Ada tiga syarat yang mesti dipatuhi dalam pertukaran emas dengan emas supaya tidak terjadi riba :

[1] Mesti sama berat timbanganya.
[2] Mesti secara tunai, Tidak boleh secara berhutang.
[3] Diserahkan dan diterima dalam satu masa, maka tidak dibenarkan menangguh masa penyerahan.

Ini berdasarkan kepada hadis :

الذَّهبُ بالذَّهبِ ŁˆŲ§Ł„ŁŲ¶َّŲ©ُ بالفِŲ¶َّŲ©ِ ŁˆŲ§Ł„ŲØُŲ±ُّ بالبُŲ±ِّ ŁˆŲ§Ł„Ų“Ų¹ِيرُ بالؓعِيرِ ŁˆŲ§Ł„ŲŖŁ…ْŲ±ُ بالتمْŲ±ِ ŁˆŲ§Ł„Ł…ِلحُ بالمِلحِ Ł…ِŲ«ْŁ„ًŲ§ ŲØِŁ…ِŲ«ْŁ„ٍ سوَŲ§Ų”ً ŲØِŲ³َواٍؔ يدًŲ§ ŲØِيَŲÆٍ، ف؄ذَŲ§ Ų§Ų®ْŲŖَŁ„َفَŲŖ هذهِ الأصْنَافُ ، فبيعوا كيفَ Ų“Ų¦ْŲŖُŁ…ْ ، Ų„Ų°َŲ§ ŁƒŲ§Ł†َ يدًŲ§ ŲØِيَŲÆٍ.

" Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, bali dengan bali, tamar dengan tamar, garam dengan garam, mesti SAMA BANYAK ( timbangan atau sukatan ) serta TANGAN KE TANGAN (tunai dan saling menerima dalam majlis). Apabila berlainan jenis maka juallah mengikut apa yang kamu kehendak, selama ia dilakukan dari tangan ke tangan ”.

[ HR Muslim ]

Dalam hadis lain riwayat Muslim, Nabi saw bersabda :

فَŁ…َنْ Ų²َŲ§ŲÆَ، Ų£َوِ Ų§Ų³ْŲŖَŲ²َŲ§ŲÆَ، فَŁ‚َŲÆْ Ų£َŲ±ْŲØَى، Ų§Ł„ْŲ¢Ų®ِŲ°ُ وَŲ§Ł„ْŁ…ُŲ¹ْŲ·ِي فِŁŠŁ‡ِ Ų³َوَŲ§Ų”ٌ.

" Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa riba ".

2. Pertukaran emas dengan emas, sekiranya tidak sama berat timbangannya maka berlakulah RIBA AL-FADHL.

Adapun jika tidak tunai, maka berlakulah RIBA NASIAH.

Manakala jika tidak berlaku saling menerima dalam majlis, maka berlakulah RIBA AL-YAD.

3. Untuk mengelak daripada berlaku riba dalam pertukaran emas dengan emas adalah melalui cara pembeli menyerahkan emas lama dan penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu tanpa ada bayaran tambahan daripada pembeli kepada penjual.

4. Jika emas baharu lebih mahal daripada emas lama maka tidak boleh dilakukan pertukaran dengan cara membuat penetapan ada bayaran tambahan daripada pembeli kepada penjual. Cara pertukaran begini adalah dilarang oleh agama. Hukumnya adalah haram.

Kata Syekh Wahbah Az,Zuhaily didalam kitab الفقه Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ ŁˆŲ£ŲÆŁ„ŲŖŁ‡ :

ŁŠŁ„Ų§Ų­Ųø أيضاً أن جيد Ł…Ų§Ł„ الربا ŁˆŲ±ŲÆŁŠŲ¦Ł‡ سواؔ، فلا يجوز بيع Ų§Ł„Ų¬ŁŠŲÆ ŲØŲ§Ł„Ų±ŲÆŁŠŲ” Ł…Ł…Ų§ ŁŁŠŁ‡ الربا ؄لا مثلاً ŲØŁ…Ų«Ł„؛ لأن Ų§Ł„Ų¬ŁˆŲÆŲ© ساقطة في Ų§Ł„Ų£Ł…ŁˆŲ§Ł„ Ų§Ł„Ų±ŲØŁˆŁŠŲ©، للقاعدة Ų§Ł„Ų“Ų±Ų¹ŁŠŲ©: Ų¬ŁŠŲÆŁ‡Ų§ ŁˆŲ±ŲÆŁŠŲ¦Ł‡Ų§ سواؔ.

" Perlu diperhatikan juga bahawa harta riba yang elok dan harta riba yang buruk adalah sama. Maka tidak boleh jual harta riba yang elok dengan harta yang buruk melainkan dengan sama banyak, kerana sesungguhnya sifat buruk itu gugur dalam harta-harta ribawiy. Kerana Kaedah syara' " Harta riba yang elok dan yang tidak elok adalah sama".

5. Untuk mengelak daripada berlaku riba dalam melakukan trade in emas lama dengan emas baru yang lebih mahal harganya, adalah dengan cara si pembeli menjual emasnya dahulu, kemudian, di ambil duit hasil dari jualan emas tadi dan kemudian si pembeli membeli barang kemas yang baharu itu. Cara ini sebenarnya diajar oleh Nabi saw kepada sebahagian sahabatnya.

  عن أبي Ų³َŲ¹ِيدٍ الخُŲÆْŲ±ِيَّ Ų±َŲ¶ِيَ اللَّهُ Ų¹َنْهُ، Ł‚َŲ§Ł„َ: Ų¬َŲ§Ų”َ ŲØِلاَŁ„ٌ Ų„ِŁ„َى النَّŲØِيِّ ŲµَŁ„َّى اللهُ Ų¹َŁ„َيْهِ وَŲ³َŁ„َّŁ…َ ŲØِŲŖَŁ…ْŲ±ٍ ŲØَŲ±ْنِيٍّ، فَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł„َهُ النَّŲØِيُّ ŲµَŁ„َّى اللهُ Ų¹َŁ„َيْهِ وَŲ³َŁ„َّŁ…َ : «Ł…ِنْ Ų£َيْنَ هَŲ°َŲ§؟»، Ł‚َŲ§Ł„َ ŲØِلاَŁ„ٌ: كَانَ Ų¹ِنْŲÆَنَŲ§ ŲŖَŁ…ْŲ±ٌ Ų±َŲÆِيٌّ، فَŲØِŲ¹ْŲŖُ Ł…ِنْهُ ŲµَŲ§Ų¹َيْنِ ŲØِŲµَŲ§Ų¹ٍ، Ł„ِنُŲ·ْŲ¹ِŁ…َ النَّŲØِيَّ ŲµَŁ„َّى اللهُ Ų¹َŁ„َيْهِ وَŲ³َŁ„َّŁ…َ، فَŁ‚َŲ§Ł„َ النَّŲØِيُّ ŲµَŁ„َّى اللهُ Ų¹َŁ„َيْهِ وَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų¹ِنْŲÆَ Ų°َŁ„ِكَ: «Ų£َوَّهْ Ų£َوَّهْ، Ų¹َيْنُ الرِّŲØَŲ§ Ų¹َيْنُ الرِّŲØَŲ§، لاَ ŲŖَفْŲ¹َŁ„ْ، وَŁ„َكِنْ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų£َŲ±َŲÆْŲŖَ Ų£َنْ ŲŖَŲ“ْŲŖَŲ±ِيَ فَŲØِŲ¹ِ التَّŁ…ْŲ±َ ŲØِŲØَيْŲ¹ٍ Ų¢Ų®َŲ±َ، Ų«ُŁ…َّ Ų§Ų“ْŲŖَŲ±ِهِ».

" Daripada Abi sa'id Al-Khudri Ra berkata ; Bilal datang kepada Nabi saw dengan membawa tamar barni, lalu Nabi bertanya kepadanya ; dari manakah tamar ini ?. Bilal menjawab : kami mempunyai tamar yang buruk, lalu kami menjualnya (menukarkannya) dua gantang dengan satu gantang tamar barni, agar kami dapat memberi makan kepada Nabi saw , lalu Nabi saw bersabda pada saat itu ; aduh, aduh, itulah riba, itulah riba. janganlah engkau melakukan ini. akan tetapi jika engkau ingin membeli (kurma yang terbaik) maka juallah kurmamu dengan penjualan yang lain, kemudian belilah kurma yang terbaik dengan hasil penjualanmu itu."

[ HR al-Bukhari dan Muslim ]

KESIMPULAN

Kenyataan yang diatas adalah betul. Itulah cara yang mesti dilakukan untuk mengelak daripada dosa riba.

ŁˆŲ§Ł„Ł„Ł‡ أعلم ŲØŲ§Ł„ŲµŁˆŲ§ŲØ

أبو Ų£Ų³Ų§Ł…Ų© Ł…Ų­Ł…ŲÆ Ų­Ł†ŁŁŠŲ© بن الحاج Ų­Ų³ŁŠŁ†

Ł…ŲÆŁŠŲ± Ł…Ų±ŁƒŲ² الدراسات Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠŲ© ببوكيت كيجغ ŁƒŁ…Ų§Ų³ŁŠŁƒ ŁƒŁ…Ų§Ł…Ł† ŲŖŲ±Ł†Ų¬Ų§Ł†Łˆ

Copypaste Dari group whatsapp Biro wanita Bukit Perdana.

Comments

Popular posts from this blog

10 Malam Terakhir Dalam Kenangan

Gambar sekadar gurauan  26 Ramadhan 1447H Bismillah, Lama sangat blog ni sunyi.All out untuk ramadhan guys hehehe konon konon lah kot. Padahal tuan badan busy dengan tanggungjawab hakiki.Itu yang pasti. "Allahhumma Balighna lailatul qod" Malam ni dah masuk malam ke 27 ramadhan bagi umat islam di Malaysia. Dulukan masa zaman maq memuda dulu  ,orang tua kami bercerita,10 malam terakhir kalau jumpa hal pelik pelik itulah tanda kehadiran lailatul qodar.Mintalah apa pun,pasti maqbul. Pernah satu malam tu,maq tolong abah mengecat anjung rumah.Rasanya umur antara 12/13/14 tahun kot,lupa dah. Dalam pukul 10 macam tu,tengah ralit sapu cat, tetiba sekor lipan besar yang warna hitam kemerah merahan lalu betul betul depan maq.Lipan tu berhenti dan terdiam depan maq dalam beberapa saat. Maq pulak sejenis budak yang tak geli pun lipan (maklomlah budak kampung tulin) cuma maq tak nak dia mengigit je.Tapi yang lawaknya tetiba dalam otak  muda maq boleh pulak terfikir , " eh,tah tah inil...

Tukar Jenama Ubat Darah Tinggi

  Bismillah, Sehingga hari ini, Maq masih lagi ambil ubat untuk stabilkan tekanan darah tinggi. Semalam masa ambil ubat difarmasi KK Batu Pahat,ubat darah tinggi maq telah bertukar jenama lain. Jika sebelum ni maq makan ubat yang ni, Tapi semalam, farmasi dah tukar ubat keluaran kilang lain pulak.Macam ni haa rupa ubat dan kotaknya, Nama pun dah lain.Bila ditanya ahli farmasi,apakah ini ubat baru? Beliau jawab , "masih ubat yang sama tapi dari kilang yang berlainan..." Okey, jadinya tadi sebelum makan ubat ,maq buat siasatan di google.Ini maklumat yang maq dapat. Perindopril adalah perencat ACE yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensil),penyakit arteri koronari yang stabil dan kegagalan jantung. Ia merendahkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan jantung, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Kesan sampingan yang biasa termasuk batuk kering ,pening dan sakit kepala. Masa sahur tadi maq dah makan sebiji ,so kita tunggu hasilnya.Kalau sebelum...

Jadi Mangsa Keadaan - Perang

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan. **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

Permintaan Aida

Assalammualaikum.. Harini Jumaat. Anak anak tak ke sekolah.Walaupun anak maq yg bercuti ni cuma dua orang tapi pepagi lagi dah riuh rendah rumah kecik maq ini. Kalau si Aida sibuk dengan search  hanset baru digoogle.Manakala si Etty pula asik melayan kan aja karenah adiknya yang sorang tu.Itu belum lagi pegang duit ( bekerja ) dah ada macam macam angan dia . Tapi bila  suasana riuh rendah jadi makin kacau bilau tiba tiba Aida menjerit ! Katanya ... '' MAK !! AIDA NAK ADIKKKKK !!! " ahhh sudahhhh....  Agaknya dia search adik kat google tapi tak jumpa ke?? Masyaallah bukan memain permintaan ni !?  Dah macam takde benda lain dia nak mintak ek?  Maq tahun ni dah 45 tahun ... Ingatkan malas dah nak belai baby kecik kecik ni.Yang ada ni pun dah cukup bagi maq rasanya.  Anak sendiri , anak asuhan.Maq pun baru tolak 2 permintaan orang nak hantar anak baru baru ni.Bukan sombong atau memilih.Tapi dalam usia 45 ni , rasanya tiba dah waktu mencari ker...

Kisah Anak Anak Maq Berpuasa

Bismillah, Harini Jumaat. Semoga segala usaha kita hari ini diberi keberkatan dan berjalan lancar. Diam tak diam sudah hampir seminggu bulan sya'baan 1440H. Mana yang belum habis bayar puasa tahun lepas tu cepat cepatlah buat qada'. Tak elok melambatkan bayar hutang tau. Tapi kata anak bongsu maq : " eee ..leceh betul lah puasa kalau  orang lain tak puasa , dugaan tu kuat sangat,kadang tak daya nak menahan . Lagi lagi kawan sekolah tu. Sedap dia je makan minum depan kita. Dah elak macamana pun tetap nampak dia orang makan minum. Makk..esok Aida puasa tau.." *dengan nada perlahan Aida beritahu ,esok dia nak bayar hutang puasa tahun lepas.. Maq cuma senyum bila dia mengeluh gitu.Nak tergelak pun ada Itulah pandangan orang yang terlalu muda dalam rumah maq ini. Maq cuma nak dengar je apa pendapat dia. Ternyata dia  masih jenis yang banyak alasan . Padahal nanti bila dia dah kerja ,lagi besar dia punya dugaan bayar puasa. Dan masa tu dia nak salahkan siapa? Orang jual...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Kek Span Hitam Manis

  kek Span Hitam manis. Bahan bahannya. 300gm tepung gandum 10 biji telur ayam gred A 500gm butter 200gm horlicks 1 tin kecil susu pekat 1 kotak/tin kecil nestle cream 1 tin kecil serikaya 400gm browning sugar sedikit esen vanilla Cara caranya: Pukul butter sampai kembang. masukkan telur satu per satu. Kemudian masukkan horlicks, nestle cream, susu, kaya & tepung gandum dan masukkan juga sedikit vanilla esen. Akhir sekali masukkan browning sugar. gaul rata.Kukus 4 jam menggunakan loyang 8x8. Tapi kek dalam gambar tu guna loyang 7x7- adunan bahagi 2. Kukus 3 jam tapi kukus 2 jam pun dah masak. 3 jam boleh buat kek tahan bila disimpan lama.So terpulang. p/s: utk memudahkan korang mengeluar browning sugar dari botol-rendam botol browning dalam air panas. note: untuk mndapat hasil kek yg cantik gaul sebati dulu setiap bahan sebelum memasukkan lagi bahan bahan lain yang seterusnya. Credit to owneršŸ“Œ

Hati sakit punca sakit mata

Assalamualaikum .. Bila kita dikecam atau disalah anggap oleh sesaorang, jangan  bangkitkan rasa benci untuk dia , tapi cubalah jauhkan darinya supaya hati kita tenang ,mata pun terang. Dalam masa yang sama , bila dah tak nampak batang hidung kita lalu dihadapan mata dia ,besar kebarangkalian , dia juga sukar nak buat apa apa andaian atau  spekulasi tentang kita. Andainya dah jauhkan diri pun dia masih nampak buruk kita , ternyata kita memang hebat!  Sebab diperhatikan pada setiap sudut , walaupun pada jarak jauh . Ketika itu kita dah boleh bajet retis huhu. Ini satu penyakit hati yang menyerang manusia. Dia tak berani bertindak sorang tetapi dia bangkitkan isu yang kadang sepertinya tidak masuk dik akal . Ajak membenci orang secara berjemaah . Arh kejam sekali ini. "Biarlah luncai terjun dengan labu labunya you.. "   ltu lah pesan pak pandir kepada mak andir sambil mendail handphone anaknya yang tertinggal dirumah. " aduh ! dah lenguh jari i  me...

Majlis Graduasi STPM Aida

Alhamdulillah, pada 18/08/2022 akhirnya Aida menghadirkan diri pada majlis gaduasinya .STPM yang diduduki sejak Julai 2020 menjadi pelajar tingkatan 6 kemudian diuji dengan Covid 19 .Pelajar tingkatan 6 paling lama tempuh pembelajarannya. Rupanya dah lama sekolah Dato Bentara Luar tak buat majlis seperti ini. Tapi disebabkan STPM tahun 2021 kalini ramai pelajar yang dapat keputusan cemerlang, sekolah berbesar hati untuk meraikan pelajar pelajar nya.  Alhamdulillah.. Tahniah Aida atas pencapaiannya. Maq doakan semoga Aida akan terus berjaya didunia dan akhirat. Inshaallah ,Aamiin.. Maq dan encik suami merupakan ibubapa pelajar yang pertama sampai kemajlis tu ,so peratikanlah suasana sekolah waktu tu, hehehe sunyi sepi je sis ... Lepas ni Aida nak sambung belajar kat mana? Ramai yang bertanya soalan seperti ini.Memandangkan Encik suami pun dah pencen,maq serah semua pada aturan Allah untuk masa depan Aida.Apa yang mampu maq buat sekarang ni,mendoakan kejayaan Aida untuk kehidupannya ...