Ainul dah tumbuh gigi ?


Assalamualaikum.

Bila sembang kisah Ainul. Tok mak memang teruja sangat. Apataknya , selain ainul tu cucu pertama tok emak dan tok ayah, ainul juga peneman kami dirumah ini diwaktu mama dan papa pergi kerja. Kawan ketawa ,kawan bercakap ,kawan selfie ,sikit hari nanti , kita jadilah kawan gaduh pulak kan? hehe .

Ainul suka dengar tok mak membebel

Kalau kat akaun  facebook dan instagram tu dah takda muka orang lain dah , semadang muka ainul jek.  Tok mak update hampir setiap hari. Mungkin kawan kawan alam maya tok pun dah naik muak , tapi apa tok mak kisah ? Tak pun. Update gambar cucu jek pun ,bukan tok mak bergossip atau membawang .


Tak salah rasanya kan. Habis tu siapa yang salah ? Entah ler , tok mak lah kot sebab  asyik asyik dia , asyik asyik dia.. Nak buat macamana dah dia jek ada depan mata tok mak setiap masa. Kalau lah depan tok mak ni ada Aiman Tino ,mungkin muka aiman jeklah yang akan di updatekan pulak , 😂


Tempohari ada pengalaman pelik  yang dah buat kami terjakun sekejap tentang ainul. Dalam usia 2bulan macamtu , ainul dah tumbuh gigi. Gigi taring pulak tu. Atas bawah !  Biarpun gigi tu belum keluar lagi ,tapi bengkak digusi sudah jelas kelihatan. Mula tok mak fikir ainul kena bengkak gusi atau ulser ke apa ,tapi takkan atas bawah? Kiri kanan?

Manalah kami berdua tak terjakun sebab ramai dah baby kami jaga takda pulak yang tumbuh gigi seawal 2bulan. Dan selalunya gigi akan tumbuh dibahagian hadapan dulu bukan dibahagian tengah macam ainul alami sekarang ni. Lihat jek video bawah ni. Betapa begitu 'excited' nya kedua dua orang tua tu , 😂


Comments