7 Julai 2018
Assalamualaikum...
Alhamdulillah ,hari ini 7Julai 2018, sekali lagi Allah bagi maq ruang usia untuk merasakan semua nikmat pemberianNya. Semua mendapat penambahan usia yang bermanfaat.
Ucapan , doa dan ingatan yang tulus ikhlas dari insan yang mengenali diri maq ,sangat mengharukan naluri ibu tua ini.
Sungguh tak disangka , semakin meningkat usia tua , semakin ramai yang sudi ingat tarikh lahir maq. Dan sudi mendoakan lagi. Lebiu lah , 😊
Apaa ?? Dah Tua ???? Sikit tua jek.
Maq kan hamba Allah yang tak pernah nak mengaku dah tua banyak! Aduh masalah betul kan , 😂
Alhamdulillah , biar pun ustaz pesan ,buatlah perubahan pada usia 50 tahun . Tapi kalini maq dah nekad , maq nak berusaha pada usia 49 tahun. Dan keputusan adalah muktamad ! InshaAllah ! Yakin boleh Maq ! Yes !
Sebelum tu , apakata kita dengar pesanan pesanan dari ustaz dalam video dibawah ni. Banyak hal yang disentuh semata mata nak jadikan kita seorang hamba Allah yang berjaya dalam meniti usia 50 tahun ,inshaAllah
Kepada ahli keluarga , ahli group whatsapp , ahli nujum dan ahli mesyarat tingkap , thanks semua untuk kata kata ucapan kalian , semuga Allah berkati kesemuanya.
Kini 49 bukan hanya setakat nombor tetapi itulah jangka masa yang maq dah berhutang banyak jasa kepada kedua orang tua maq dan juga berhutang terlalu banyak nikmat dari Allah yang tak mungkin terbalas sampai bila bila. Thanks Allah. Tolonglah , Izinkan maq jumpa angka 50 pulak nanti ya .
Aamiin ya Robbal a'lamiin ..