Alat Make Up Baby Ainul




Assalamualaikum.

Ainul ada barang make up? Hehe selalu lepas mandi , tok mak akan dandankan ainul dengan macam macam produk. Macam baby lain juga, Ainul ada beg make up peribadi. Apa ada dalam beg tu? Lihat bawah ni.



Ini adalah barang keperluan ainul selepas mandi. Krim seba med , vicks ,minyak telon ,balm bawang putih, putik kapas dan peralatan penyedut hingus.



1- Krim seba med tu berfungsi untuk kulit ainul yang kadang melecet di pelipat pelipat beliau. Tak perlu disapu terlalu kerap , bila merah , sapu jek lepas mandi , pada mandi seterusnya dah tak perlu disapukan lagi.  Itu cara maq , penggunaan krim jangan terlalu kerap dan jangan terlalu tebal , kerana kulit baby sensetive.


2- Vicks  hanya digunakan bila cuaca sejuk sangat ( hari hujan atau hari hari hujan ) serupa lah tu , 😆. Sapu diperut , belakang badan dan dibetis serta tapak kaki.


3- Minyak telon memang kegunaan pelengkap bila tukar lampin pakai buang. Lepas mandi kah ,lepas ukk ukk kah , tukar selepas buang air kecil kah , asalkan tukar lampin , sapulah minyak telon tu. Jangan tuang di perut terus tetapi tuang dulu ditelapak tangan kita , gosok gosok kedua telapak tangan dan sapu dari atas perut ke bawah.


Biasa maq akan sapu sambil berselawat.Tak salahkan? Ahha Mesti ada yang kata ,tak salah maaaaq..nak marhaban terus pun boleh... 😂


4- Balm bawang putih berfungsi legakan kahak ketika ainul selsema. Walaupun Ainul tak pernah lagi dijangkiti selsema yang teruk,parents beliau  tetap sediakan balm ini. Tak perlu guna hari hari tetapi memang perlu ada dalam beg make up . 


Balm ni takda bau ,tidak berangin ,tapi bila  disapukan dibelakang badan ainul selepas siap mandi, unyi kahak akan hilang. Macamana balm ni buat kerja,maq pun tak tahu.


5- Penyedut hingus tu pun antara peralatan wajib ada untuk ainul.Biarpun ainul jarang kena selsema tapi maq akan guna penyedut tu untuk sedut kotoran degil dalam hidung baby. Bila ada sesuatu dalam hidung , ketika mandi ,maq akan basahkan perlahan lahan , dan bila dah siap mandi ,maq akan sedut guna penyedut tu. Geli ? 


Jangan jaga baby kalau anda seorang penggeli , sebenarnya maq tak suka guna putik kapas untuk bersihkan lubang hidung baby, ngeri dan bahaya!

6- Putik kapas antara alat pembersih untuk penjagaan diri ainul juga. Maq guna bila nak bersihkan cuping telinga , pusat , dan sapu krim dipelipat.


Rasa maq sikit hari ada penambahan untuk alat make up ainul ni , boleh jadi akan ada sikat , bedak kompak dan pelembap bibir. Maq Pasti ?well ..  perempuan namanya kan heee ..💁


Dah join team selfie dah ..

Popular Posts