Ainul Mardhiah 3 bulan
Assalamualaikum.
Ainul berumur 4bulan pada 4.8.2018 nanti. Lagi seminggu lebih kurang lah kan.
Cepatnya masa melangkah meninggalkan kita. Semuga Allah permudahkan semua urusan kita ,baik urusan dunia mahu pun urusan akhirat. Aamiin , Terima kasih Allah.
Bawah ini antara video video harian Ainul ketika berumur 3bulan. Tok mak lebih suka ambil video sebab Ainul agak aktif dan tok mak susah nak snap gambar Ainul. Kalau dapat ambil mesti gambarnya tak jelas. Sebab tu di instagram tok mak banyak video Ainul berbanding gambar. Nanti kalau ainul dah pandai fokus skrin fon , kita update gambar banyak banyak pulak okey?
Video atas ini ketika mama dan ainul baru balik dari klinik. Masani ainul baru lepas kena sunat. Lahaiii..sakit.
Ainul nampak sopan je huhu..tahniah Ainul , tahniah mama ,papa sebab dah jalankan tanggungjawab dengan sempurna. Ainul dah sunat ,yey 😂
Pada umur 3bulan , Ainul dah pandai berinteraksi dengan orang keliling. Kenal dah mana satu mak ngah ,mak usu ,mama ,papa ,tok ayah , tok mak , abang Iman , sebut jek nama mereka tu ,nanti ainul akan pandang kearah orang tu.

Ini video ainul baru bangun dari tidur . Tersengeh sengeh jek disakat mak ngah.
Dah pandai berdikari sambil dipantau oleh tok mak . Video atas tu ,kononya nak pegang botol susu sendiri walaupun mata dah mengantuk. Sebenarnya menyusu cara ini tak elok. Sebab boleh memyebabkan tersedak susu. Kalau boleh minum susu dulu kemudian baru tidur selepas di sendawakan.

Bila Ainul buat macam dalam video tu , tok mak terpaksa lap baki susu yang tersimpan dalam mulut ainul dan tok mak kena pastikan ainul tidur tanpa menyimpan susu dalam mulut. Kemudian Ainul akan diubah posisi baringnya ke sisi belah kanan ( baring mengiring ) ini juga untuk elak tersedak air liur / susu .