Ainul 2 bulan


Assalamualaikum.

Minggu ni ainul dah masuk bulan ke 3 disamping tok mak. Masa buat pemeriksaan bulanan , berat ainul dah mencapai pra obes , dah ke angka 7.6kg ,Allah hu padanlah bila mandikan ainul tok mak dah tak boleh tahan lama lama ,lengan cepat lenguh ,😅. Kalau baby lain sebelum sebelum ni , tok mak akan ajar diaorang berenang dalam tab baby tu tau. Tapi part cucu sendiri , tok mak dah tak berdaya dah hehe i am sorry..tok dah tua 😂 - hampir dah sedar diri tu ! Haha

Umur 2bulan lebih pun  Ainul dah minat tengok katun. Katun kegemaran ialah upin ipin ,betul betul betul ! Tok mak share aksi ainul tengok katun upin dan ipin tu ya? Jangan pandang belakang situasi rumah tu sebab kata mama ainul , masa tu mama sedang bersilat ,lepas balik dari kerja , dan papa dengan ainul sedang seronok menonton.


Nota tok mak : semua kisah ainul tok mak kongsi cuma diblog ini , publish hanya diblog ini. Tok nak ainul baca bila ainul dah boleh baca nanti, 😘


Masani ainul memang tengah kuat tidur. Pergi shopping pun lena jek hehe

Comments

Popular posts from this blog

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hilangkan Rasa Lenguh

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Selamat Jalan Adam Danish

Usaha ,Doa & Tawakkal