Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2025

Amalan Sementara Masih Bernyawa

  Amalan yang dianjurkan untuk kita  lakukan. 1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi. 2) Baca Al Mulk sebelum tidur. 3) Sedeqah subuh hari hari. 4) Baca Ayat Qursi lepas solat. 5) Selawat pada hari Jumaat melebihi zikir zikir lain. 6) Berwudhu 10minit sebelum azan, off hp dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dlm solat. 7) Satu doa utk setiap satu sedekah subuh. 8. Seindah indah ibadah - membaca istighfar 10minit sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis. (waktu sahur) 9) Mencari kawan kawan soleh untuk dapat kan shafaat mereka - amalkan,   "وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين "  "wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin"  Ertinya: jadikan kami dalam rahmatMu bersama para solihin. 10) Setiap kali masuk masjid carilah Al Quran dan bacalah walau 1 ayat untuk tambah saksi di akhirat. 11) Jika mohon syurga, mohonlah syurga Firdaus Al A'la.Mohon yang paling tertinggi 12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sebelum sola...

Pemergian Ibu Mertua 21/12/2025

  Bismillah, Harini masuk hari ke 3 ibu mertua maq pergi meninggalkan kami.Kembali kepada pencipta.Dan tinggalkan semua hal tentang dunia. Urusan ibu mertua untuk dunia akhirnya selesai pada pagi Ahad bersamaan 21/12/2025. Semua kesakitan yang ditanggung selama ini dah tak rasa lagi. Ubat ubatan yang diarahkan doktor untuk dimakan berbelas biji setiap sesi tu ,dah tak perlu ditelan lagi. Ibu mertua dah bebas dari semua ujian dan kesakitan dunia. Kini cuma tinggal urusan anak anak dan ahli keluarga yang ditinggalkan untuk memberi talian hayat buat arwah. Didoakan roh arwahyarhamah Katijah bte Surip ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Mak,Anis doakan semoga alam barzakh menjadi tempat istirehat paling selesa dan paling tenang buat mak. Allahhumma Aamiin.

Tanda Anda Berjaya Didik Anak

  Bismillah, 3 tanda anda telah berjaya dalam usaha mendidik anak. *Bila ditegur dia tak terus melenting. *Dia sentiasa minta izin ibubapa sebelum buat sesuatu perkara. *Dia takut untuk menipu dan berani bercakap benar. Sumber? Ceramah dari ustaz Amin tapi dari laman sosial mana entah,maq dah lupa. Apapun point point nya maq masih ingat. Jadi tak salahkan kalau maq selitkan kat blog peribadi sendiri untuk tatapan sendiri dan jadi penambah ilmu untuk orang di sekeliling. Maq sekarang dalam fasa mendidik cucu cucu.Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.