Amalan Sementara Masih Bernyawa
Amalan yang dianjurkan untuk kita lakukan.
1) Baca QulhuAllah 10x setiap pagi.
2) Baca Al Mulk sebelum tidur.
3) Sedeqah subuh hari hari.
4) Baca Ayat Qursi lepas solat.
5) Selawat pada hari Jumaat melebihi zikir zikir lain.
6) Berwudhu 10minit sebelum azan, off hp dan berzikir untuk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dlm solat.
7) Satu doa utk setiap satu sedekah subuh.
8. Seindah indah ibadah - membaca istighfar 10minit sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis. (waktu sahur)
9) Mencari kawan kawan soleh untuk dapat kan shafaat mereka - amalkan,
"وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين "
"wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin"
Ertinya: jadikan kami dalam rahmatMu bersama para solihin.
10) Setiap kali masuk masjid carilah Al Quran dan bacalah walau 1 ayat untuk tambah saksi di akhirat.
11) Jika mohon syurga, mohonlah syurga Firdaus Al A'la.Mohon yang paling tertinggi
12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sebelum solat dan selepas solat.
13) Rutinkan baca Al-Baqarah setiap hari kerana bawa keberkahan - keluarga bahagia.
14) Lakukan solat witir sebelum tidur ditakuti tak terbangun tahjud untuk lakukannya agar menjadi ahli witir.
15) Kehebatan berzikir melebihi kehebatan berjihad dan melakukan haji.
16) Ahlul Quran kedudukan paling tinggi dalam syurga dan terdekat dengan Allah swt.
17) Ahlul Quran yg dimasukkan ke dalam neraka sementara untuk dicuci dosa tidak dapat dibakar oleh api neraka.
18) Sunat baca Al Fatihah tanpa bersambung utk tunjukkan adab kerana membaca Al Fatihah umpama berdialog dengan Allah.
19) Al Fatihah boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air utk jadikan ubat - 1x,3x atau 7x.
20) Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al Fatihah.
20) Dalam tiap amalan titip pahala utk ibubapa mudahan dosa kita terhadap mereka terampun.
21) Kurangkan bicara tentang dunia gantikan dengan zikir supaya hati tenang.
22) Sibukkan diri perbaiki aib sendiri supaya tak sibukkan aib orang.
23) Semalas malas sunat qabliah/ba'diah jangan tinggal qabliah subuh kerana martabatnya wajib.
24) Jika ada hajat amalkan حسبنا الله ونعم الوكيل Hasbunallah Wani'mal Wakil sebanyaknya dan jaga hubungan dengan Allah pasti makbul.
Credit to owner 📌
