Pemergian Ibu Mertua 21/12/2025

 


Bismillah,

Harini masuk hari ke 3 ibu mertua maq pergi meninggalkan kami.Kembali kepada pencipta.Dan tinggalkan semua hal tentang dunia.


Urusan ibu mertua untuk dunia akhirnya selesai pada pagi Ahad bersamaan 21/12/2025.


Semua kesakitan yang ditanggung selama ini dah tak rasa lagi.


Ubat ubatan yang diarahkan doktor untuk dimakan berbelas biji setiap sesi tu ,dah tak perlu ditelan lagi.


Ibu mertua dah bebas dari semua ujian dan kesakitan dunia.


Kini cuma tinggal urusan anak anak dan ahli keluarga yang ditinggalkan untuk memberi talian hayat buat arwah.


Didoakan roh arwahyarhamah Katijah bte Surip ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.


Mak,Anis doakan semoga alam barzakh menjadi tempat istirehat paling selesa dan paling tenang buat mak.

Allahhumma Aamiin.


Comments

Popular posts from this blog

Kari Idaman Suri pack baru

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

7 Julai ❤

Aida Ke Mine Optometrist

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Kisah US Israel ,Arab Saudi & Yaman

Orang Hidup VS Orang Mati

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Jadi Mangsa Spill The Tea