Posts

Showing posts from September, 2025

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Image
  Bismillah, Sejujurnya Maq dan Encik suami masing masing masih lagi mempunyai ibu.Apapun kami tak berpeluang untuk jaga mereka dirumah kami.Masing masing ada alasan tersendiri dan kami pun terima kenyataan itu dengan penuh kesedaran. Kalau dipihak encik suami, ini pendapat beliau waktu maq tanya kenapa tak nak bawa ibu beliau kerumah kami ; "Diri awak sendiri pun asik keluar masuk klinik,nak uruskan cucu yang 2 orang tu lagi,nak uruskan rumahtangga,nak uruskan saya ,macamana awak nak uruskan emak saya?Biar saya yang akan balik kampung tengok mak nanti.Awak uruskan je rumahtangga dan jaga budak budak." Kali terakhir kami dapat jaga ibu ibu kami tak silap pada tahun 2022. Encik suami pun baru je beberapa bulan sembuh dari masalah kesihatannya. Sebelum ni beliau diuji dengan slip disc sebelum tibanya hari raya korban yang lalu.So setiap langkahnya pun masih lagi dengan langkah berhati hati. Ibu Mertua Maq💕 Ini gambar lama waktu kami sambut raya bersama,masa ni maq masih bersem...

Kisah Sejarah Dato' Bentara Luar

Image
  Bismillah, Dah lama Maq tak kongsi sejarah negeri Johor.Harini terpanggil nak kongsi berkenaan seorang tokoh yang popular dalam liputan sejarah di negeri ini. Dato’ Muhammad Salleh bin Perang - Dato' Bentara Luar - Founding Father of Batu Pahat Beliau seorang tokoh besar Johor, lahir di Teluk Belanga, Singapura pada 1841. Beliau membesar dalam lingkungan pentadbiran keluarga Temenggung Johor dan sejak muda sudah menunjukkan kebijaksanaan dalam ilmu ukur, pentadbiran tanah serta pembangunan masyarakat. Atas titah Sultan Sir Abu Bakar, beliau dihantar membuka penempatan baru di Batu Pahat pada 1892. Hasil usaha dan kepimpinannya, lahirlah Bandar Penggaram, yang mengambil nama asal Kampung Penggaram (kini Batu Pahat) yang kini menjadi salah satu bandar utama negeri Johor. Beliau juga terlibat dalam pembangunan Muar, Endau dan Kluang. Beliau turut terkenal sebagai tokoh pemetaan awal Johor. Peta pertama Johor dilukisnya pada 1879, dan kemudian dikemaskini menjadi peta rasmi yang leng...

Gempa Bumi Johor 2025

Image
  Bismillah, Sesuatu yang jarang jarang belaku kini dah semakin kerap terjadi.Johor merupakan negeri diselatan tanah air telah digemparkan dengan gegaran demi gegaran yang bermagnitud lemah sejak minggu akhir Ogos 2025 lalu. Kenapa? Mengapa? Apakah? Hanya Allah yang maha mengetahui.Hasbunallah waniq mal wakeel. Kenyataan dibawah ini merupakan hasil salin tampal Maq dari facebook group Batu Pahat. GEMPA BUMI KE SEMBILAN DI JOHOR !  Satu gempa Bumi lemah bermagnitud 3.5 telah berlaku pada jam 09:04 AM, 27 September 2025 di Perairan Batu Pahat, Johor dengan kedalaman 10 km. Pusat gempa Bumi pada koordinat 1.6671° Utara, 103.0786° Timur, iaitu kira-kira 25 km dari tenggara Batu Pahat, Johor. Ini menjadikan sembilan kali gempa Bumi telah melanda Johor pada 2025 setakat ini. Tujuh di daratan dan dua di perairan. 1) Magnitud 4.1 pada 24 Ogos 2025 2) Magnitud 2.8 pada 24 Ogos 2025 3) Magnitud 3.2 pada 27 Ogos 2025 4) Magnitud 2.5 pada 28 Ogos 2025 5) Magnitud 3.4 pada 29 Ogos 2025 6) ...

Aturan Allah Sangat Indah

Image
  Bismillah.. Selamat malam. Sebenarnya takda idea apa pun dalam minda saat ni.Tapi jari jemari ini perlukan senaman dan Maq pilih untuk menaip. Dari tahun 1993 Maq menjawat jawatan isteri dan surirumah tangga sepenuh masa, tahun 2025 ni rasanya Maq dah layak ke untuk terima anugerah? Hahaha tiber ! Sebenarnya tak perlu pun semua tu. Bagi Maq ,lepas nikah fokus hidup Maq cuma pada rumahtangga,suami,anak anak dan alam. Bila dah semakin berumur macam sekarang ni,tak sangka kehidupan boleh berubah sejauh ini. Asalnya Maq hanya seorang budak kampung yang naif yang terpaksa jual kuih epok epok untuk duit belanja dan tambang kesekolah.Dan Maq juga terpaksa tamatkan alam persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) demi beri laluan kepada 2 orang lagi adik yang perlu meneruskan pelajaran mereka. Alasan parents , adik adik Maq lebih bijak so pelajaran mereka lebih penting  di beri keutamaan dan Maq anak sulong yang IQ pun level sederhana je ni lebih baik car...

Formula Tamak Pahala

Image
  Kata Nasihat** Alhamdulillah. Harini 21hb September 2025. Katalah harini korang dah buat tekad nak ubah diri menjadi korang yang lebih baik dari korang yang sebelum. Contoh sebelum ni korang sayang sangat nak kongsi rezeki dengan oranglain.Rasanya rugi sangat kalau keluarkan duit rm10 untuk beri kat anak buah yang datang kerumah,duit raya pun kadang korang bagi sampul kosong je.Hahaha melampau sangat dah ni! Ataupun korang juga ada perangai rasa sayangnya duit nak dihulur kat dalam tabung masjid , biarpun korang hari hari keluar masuk masjid dan hari hari nampak tabung tabung tu tercongok kat situ. Tapi harini korang rasa nak ubah perangai lama tu. Biarpun cuma ada rm0.50 dalam kocek ,korang tetap berniat akan isi tabung masjid, biarpun berbaki rm20 dalam purse ,korang tetap nak bagi 'sikit duit jajan' untuk anak anak buah. Korang takkan perasan apa apa perubahan pun lepas korang buat tu.Tapi korang kena pastikan semuanya berjalan macam biasa. Cuma bila tibanya 21hb September...

Senarai Alat Survival Menghadapi Krisis Bencana Alam Atau Peperangan

Image
Bismillah, Saja nak kongsi sedikit ilmu dan tips bila belaku sesuatu hal yang kita tidak duga.Dunia yang semakin tua ini,seribu satu kemungkinan tidak mustahil boleh terjadi.Persiapan awal itu perlu.Tak dapat nak sediakan semua jangan pulak langsung tak sediakan.Ujian ada dimana mana. Berikut adalah senarai alat survival wajib simpan di rumah untuk persediaan menghadapi krisis seperti peperangan, bencana alam, atau darurat:    1. Keperluan Asas Air & Makanan     ✅ Air Bersih – Simpan 3-7 hari (minimum 3-4 liter/hari/orang).    ✅ Penapis Air (Water Filter) – LifeStraw, katadyn, atau DIY penapis arang.  ✅ Tablet Penjernih Air (Aquatabs/Potassium Permanganate) – Untuk sanitasi air.    ✅ Makanan Tahan Lama – Beras, tin sardine, mi segera, madu, kacang, MRE (Meal Ready-to-Eat).    2. Alat Pertolongan Cemas (First Aid Kit)   🩹 Pembalut, Plaster, Kain Kasa – Untuk luka kecil & serius.    💊 Ubat-ubatan Asas ...

Ujian Waktu Cuti Panjang

Image
  Bismillah, Semalam 13/9, Maq dah start cuti mengasuh hingga 16/9. Tapi harini 14/9 Kami bertiga terpaksa ke klinik asbab diuji demam batuk dan selsema.Klinik pilihan kami pastinya Klinik Zainab. Aida dapat mc 2 hari kerana doktor kata ada jangkitan kuman dalam darah.Darah putih lebih dari darah merah.Aida perlu berehat secukupnya dan jangan lupa makan ubat. Maq macam biasalah ,walaupun batuk batuk tetap jugak kena uruskan 'pesakit pesakit' yang lain. Balik dari klinik terus Pasang EO dalam ruang rehat kami. Eo Cengkih,lavender & haruman kasturi Asma' Harun bergabung. Menu makan tengahari,Bubur nasi dan ayam goreng kunyit untuk santapan pesakit. Masa nak makan tuangkan kicap jalen manis sikit.Yummy!! pesakit makan berselera.Bertambah tambah nasi. Ramai kata sekarang ni musim demam,masa di klinik tadi pun semua yang nak dapatkan rawatan pun asbab demam. Moga sakit ini dapat menghapus dosa dosa masa silam,Aamiin... Teruskan berselawat wahai umat Nabi Muhammad ,kitalah um...

Blog Sunyi ,Maqnie pun Sunyi

Image
   Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sekarang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri.Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, Yaa Allah ,maq dah penat. Ya,sangat sangat penat...

Rindu Yang Tak Mungkin Padam

Image
  Bismillah, 12 Rabiul Awal 1447. Biarlah apa pun yang diperkatakan tentang tarikh keramat ini , kami akan setia merindui mu yaa Rasulullah.Terima kasih membawa islam dan semua kebaikannya kepada kami. Perbanyakkan Selawat Ke Atas Rasulullah. اَللّهُمَ صَلّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐔𝐌𝐌𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐋𝐈𝐀'𝐋𝐀 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐀'𝐋𝐀𝐀 𝐀𝐀𝐋𝐈𝐈 𝐒𝐀𝐘𝐘𝐈𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 "Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat Kepada Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarga Nabi Muhammad." Miss you yaa Rasul Allaah 😭

Balasan Berbuat Baik

Image
  Bismillah, Surah Al-Anfal ayat 70 :  "Wahai Nabi (Muhammad)! Katakanlah kepada para tawanan perang yang ada di tanganmu, “Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan yang lebih baik dari apa yang telah diambil darimu dan Dia akan mengampuni kamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang".  Ayat ini mengingatkan bahawa Allah melihat hati manusia dan akan membalas kebaikan serta mengampuni orang yang tulus di dalam hatinya.

Cucu Asuhan Lain Dari Yang Lain

Image
  Bismillah, Dah lebih 2 tahun beby Ayyash maq ngasuh.Aktiviti mengasuh Ayyash bermula dari pukul 8.00am hingga 5.30pm.Sabtu & Ahad  cuti. Cucu asuhan maq yang ini membesar disamping atok dan nenek.Seminggu atau 2 minggu sekali barulah dia dapat berkumpul bersama dengan ibuayahnya. PJJ sangat berat bagi seorang kanak kanak yang sedang membesar.Maq kadang sayu hati dengan keadaan anak anak kecil zaman sekarang yang terpaksa lalui momen macam ni.Tapi dah takdir mereka macam tu. Tengok gelagat dia dalam gambar pun dah boleh tahu ,Ayyash memang seorang kanak kanak yang cerdik.Kenapa maq kata dia lain dari yang lain? Walaupun baru berumur capai 2 tahun bulan April lalu tapi dia dah kenal huruf ABC hingga Z, dah kenal dah nombor 123 dalam Bahasa melayu dan inggeris,dah boleh hafal lagu lagu kanak kanak versi inggeris yang selalu maq buka di youtube tv.Masa umur setahun ,perkataan yang sering dia sebut  " Allah... " Allah huakhbar.. Masyaallah tabarokallah.. Dah pandai berse...