Gempa Bumi Johor 2025

 


Bismillah,

Sesuatu yang jarang jarang belaku kini dah semakin kerap terjadi.Johor merupakan negeri diselatan tanah air telah digemparkan dengan gegaran demi gegaran yang bermagnitud lemah sejak minggu akhir Ogos 2025 lalu.


Kenapa? Mengapa? Apakah? Hanya Allah yang maha mengetahui.Hasbunallah waniq mal wakeel.


Kenyataan dibawah ini merupakan hasil salin tampal Maq dari facebook group Batu Pahat.


GEMPA BUMI KE SEMBILAN DI JOHOR ! 


Satu gempa Bumi lemah bermagnitud 3.5 telah berlaku pada jam 09:04 AM, 27 September 2025 di Perairan Batu Pahat, Johor dengan kedalaman 10 km. Pusat gempa Bumi pada koordinat 1.6671° Utara, 103.0786° Timur, iaitu kira-kira 25 km dari tenggara Batu Pahat, Johor.


Ini menjadikan sembilan kali gempa Bumi telah melanda Johor pada 2025 setakat ini. Tujuh di daratan dan dua di perairan.


1) Magnitud 4.1 pada 24 Ogos 2025

2) Magnitud 2.8 pada 24 Ogos 2025

3) Magnitud 3.2 pada 27 Ogos 2025

4) Magnitud 2.5 pada 28 Ogos 2025

5) Magnitud 3.4 pada 29 Ogos 2025

6) Magnitud 2.7 pada 30 Ogos 2025

7) Magnitud 2.9 pada 31 Ogos 2025

8) Magnitud 2.9 pada 03 September 2025

9) Magnitud 3.5 pada 27 September 2025


Kredit info : Muhammad Syafiq


Doa yang baik baik sahaja buat semua.

Comments

Popular posts from this blog

Serba Serbi Ditahap Membimbangkan

Hikmah Disebalik Sesat

2 Muharam 1448H

Ada Luka Yang Harus Dilupakan

7 Julai ❤

Musim Haji VS Musim Durian

Aida Ke Mine Optometrist

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Orang Hidup VS Orang Mati

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah